Posts

Showing posts from 2015

Tak boleh move on.

Aku rasa nak marah tapi apalah ertinya marah pada benda tak hidup. Erk walaupun selalu ja aku buat gitu..haha. Aku marah dengan sistem haish nak salahkan sapa ntah..taktau jpj ataupun jpn. Lesen aku beralamatkan satu alamat yang dah lebih sedekad aku lupakan. Alamat masa di kelantan dulu. So, kau rasa zaman mana? Zaman aku muda remaja dulu haa. Kalau suruh cakap kelantan pun bunyi lain macam dah kot tapi kalau orang cakap aku faham ja. Dan ya, aku baru dapat lesen, lame betul. Aku rasa aku tak suka memandu. Tapi memandu diri ke jalan yang benar insyaAllah suka jugak lah..haha. Aku syak jpn tak boleh move on. Aku dah tukar alamat kat mykad dah dua tahun rasanya..tapi still dalam sistem buh alamat kelantan lagi. Redhoo lah redhooo...
Reminiscing old memories perhaps?

Love & War

We magically grew up together. Not together like physically together, but together like i got your back dude! Those past years were not always rainbow and sunshine. Storm and lightning are always in between those happy day. And yet we're still together. It's a miracle when i can throw away my egos half of the time.Yes, i can only tolerate certain amount..haha.
Most of the time i felt guilty towards you. My stubbornness, my whatever-lah-kau attitude, my silent treatment and even my temper which acknowledge by everyone by my side as bad tempered. And you, still stand by me with a smile. ;)
I might be crazy, but dude, you're crazier. for sure..LOL. 7.
M.

Don't Quit.

Image
There's always the day you really want to just give up and sleep all day long. But, you know, giving up isn't an option. After my epic failure last week, my days became gloomy. Till yesterday, I did it! Even it doesn't goes well as expected but still, I passed! Alhamdulillah and Yehooo! ;p Preparing myself for better days.

I had my reward. How about you?
If you don't get any yet. Then, don't quit!
Brace yourself and kick it!
All the best :D
Assalamualaikum.


M.

Goodbye Past! Hello Future!

Image
Assalamualaikum
Aku berangan. Berangan masih di bulan November padahal check calender opss December kau. Yang opps tu bukan sebab apa sebab 1 December birthday emak aku..iaitu hari ini haha. Masih macam tahun lalu juga, aku tak bagi hadiah apa pun..sebab duit tak punya akan ku cari jugaaa oooo aku sudah biasaaaaaaa~
Mungkin tahun depan emak dapat hadiah lah kot. Sabaq noh..eh tapi takyah tunggu birthday kalau ada duit bila-bila pun che belanja mak..hiho. Eh kalau bagi menantu boleh kira hadiah juga kan? Hari tu mak hingaq sebab katanya menantu sorang pun takdak lagi..amacam dah bersedia kah emakku? Haha takpayah tanya, che tau mak takmau menantu kan saja cari pasal nak kelai (baca:kelahi).
Orang kata emak dengan anak yang muka copy paste ni angin dia lain macam. Apa tu macam clash of personality ka apa ntah. Well, yes i admit it. Aku dengan emak can't stand each other for long time. Macam kalau tak kelai sehari boleh bisul mulut kami ni haha. Tapi kelai on silly stuff ja..perempu…

The day.

Image
Akhirnya hari itu sudah tibaaaa hahaha payday esok. Tapi rasanya payday tu macam sejam ja kot bertahan, berderet benda nak kena bayar..phew. Tapi takpa asalkan well spend duit yang kita dapat tu takda salahnya kan. Oh ya, ini gaji keja part time itu hari. Lepasni kena cari keja baru. Moga ada rezeki yang lebih baik lagi. :)


Dan, Salam Maal Hijrah!
p/s:start plan menabung untuk travel woah terasa dewasa hoiih. 
Assalamualaikum. M.

Unambitiously Me

Selalu..aku tak sedar bahawasanya aku tidak begitu ambitious. Sampailah sesuatu berlaku lalu aku terasa seperti denggg kenapa hang tak ada ambition yang begitu wahai amirah? Selain daripada tiada cita-cita yang padu, kukuh dan menyakinkan, aku juga tiada permintaan yang jelas dalam pelbagai aspek. Orang putih kata ambiguous.
Itu hari pegi tempah baju untuk konvo which is unpredictable sebab ingat nak pakai baju raya lepas sekali eh ada rezeki lebih, ayah pulak parking kereta dengan niat nak beli grocery tapi parking betul-betul depan kedai kain. Jadi, emak buat kali entah ke berapa ratus tanya 'takmau buat baju ka?' Well, bila kita nak konvo yang excited adalah orang lain, kita blur. Emak dengan adik aku dah siap tempah awal-awal lagi baju nak gi konvo aku okay. Ha, kembali pada cerita parking depan kedai kain, maka aku yang entah fikir apa 'ya' kan aja. Beli pun sesuka hati saja pilih.
Aku pilih, salmon peach. Lepas balik rumah aku terfikir apakah yang merasuk minda …

saying goodbye

Kalau difikir-fikir bab saying goodbye is one of the hardest moment. Tak semudah elsa nyanyi let it go..let it goooooo.. Eh si Elsa pun bertahun hidup baru reti let it go, ha nampak kan susah nak let go something. Aku dalam fasa bingung macam biawak terlepas lepastu konfius mana nak pegi bila tersesat kat jalan raya..lepastu gelabah sorang-sorang.
Nak sangat sambung belajar tapi taknak guna duit mak ayah dah. So, kumpul la seringgit sehari eh sampai anak lapan pun belum tentu boleh bayar yuran sambung belaja..sebab duit masuk tabung dua minit lepastu keluarkan balik gi beli cikedis..haha. Tapi sejujurnya aku memang kumpul duit seringgit sehari tapi hari aku keluar rumah saja. Kalau aku tak keluar rumah, aku tak menabung. Jangan tanya amalan apa aku buat ni..aku sendiri pun tak paham. Saja nak kabo, aku jarang keluar rumah, jadi tabungan pun sendu..kehkeh.
Berbalik kepada goodbye thingy, aku rasa susahnya nak move on and chasing the dreams. Rasa macam taknakkk, aku rela pi belajar hmm…

Jalan Yang Tak Kau Ambil.

Image
Masa tingkatan empat kita semua ada belajar poem, 'The road not taken'..salah satu english literature kategori wajib lah. Rasanya semua umat yang belajar syllabus english sezaman dengan aku memang kenal benar dengan poem ni. Aku sebenarnya bukanlah peminat english lit. tapi Teacher Tan Lee Suan yang garang dan tegas dan humorless tapi kadangkala berjaya buat aku gelak tu telah membuatkan sajak ni lekat dalam kepala aku. Aneh kan, humorless tapi aku selalu rasa beliau hebat sebab membuatkan aku 'kenal' hampir semua poem dalam syllabus.
Aku rasa sampai seratus tahun lagi pun, the road not taken patut dikekalkan dalam english lit punya syllabus. Kenapa? Sebab aku selalu rasa sajak ni penuh makna sebab dia bagi hint tentang pilihan yang hang bakal buat..for the good or the bad, it's your call. Haa, gitu. Secara tak langsung dia bagitau bila kau dah pilih kau kena go for it jangan teragak-agak macam ponddds yang keliru. Itu pemahaman aku lah.
Dan..hari ni sebab aku ter…

Review: Movie Filipina Yang Menarik!

Image
Assalamualaikum.

Memandangkan buat sementara waktu ini hidupku sungguh free sebab tiada sekatan juga tiada komitmen berat jadi dengan rajinnya aku akan mengulas movie yang berbaloi untuk diulas. Berbaloi ada dua erti, berbaloi untuk ditonton atau bebaloi untuk dicarut..haha.
Tak dapat dinafikan, love story memang kegemaran aku tapi aku amat cerewet dalam menerima love story yang dijadikan filem. Sebab apa? Kebanyakan love story adalah cliche dan kadang tu kita tahu dah ending bagaimana. Bollywood ada exception sebab walaupun confirm happy ending tapi jalan cerita setiap filem tak pernah sama, Tak percaya, sila rewind balik semua cerita bollywood yang hang pernah tengok.
Sejak dua tahun yang lepas aku rasa dah terjebak dalam perangkap filem cinta filipina..haha. Sebab? Mereka tak perlukan hero dan heroin yang terlalu kacak atau cantik over the top untuk menjual filem mereka. Bagi aku, itu lebih real dan nampak hidup. Sampai aku rasa mungkin love story tu tengah berlaku di sekeliling ki…

Perempuan dalam Misi

Assalamualaikum.
Cari keja adalah sukar, cari pasal lagi sukar haha. Apakah lah intro begitu. Aku ada misi, bukan misi kat hospital tu, ini misi hidup erk macam over pulak kalau letak misi hidup. Ini misi pencapaian peribadi dalam hidup, okay, aku nak buat kerepek bawang! Aku suka kerepek tapi tak pernah buat kerepek. Kenapa? Haha sebab kerepek ni perlukan nilai kehalusan yang mana aku, tiada. Buat tu takda masalah, masalahnya bila nak kena slice things halus-halus. Aku boleh nangis kalau tak dapat sehalus yang sepatutnya tapi aku tak boleh slice halus, jadi faham tak tekanan tu? Semoga next post aku upload gambar kerepek bawang kebanggaan aku, bukti kejayaan lah konon. Entah jadi entah tidak.
M.

Raya Sa-orang Mira 2

Assalamualaikum.
Pertama kali aku cakap nak buat part 2 dan termakbul kehkeh. Teruk betul. Oleh itu nak teruskan part 2 yang menceritakan hari raya pertama saya..gitu.
Hari Raya pertama tahun ni aku ada personal mission aiceh macam runningman pula siap personal mission bagai. Oh ya, personal mission aku adalah selepas solat subuh kena terjah toilet untuk mandi. Taknak la bertolak-tolakan dengan kakak adik sepupu makcik pakcik untuk mengatakan 'hang la mandi dulu!' sambil tarik selimut..haha. Kampung tok adalah seperti kampung yang lain juga, air paipnya sejuk yakmat sampai nak menjerit kadang tu. Setiap masa air sejuk walaupun ketika tengahari panas litlit.
Mujur tahun ni kesesakan tidak berlaku dengan teruk sebab tak semua balik beraya rumah tok dan juga dengan pertambahan dua bilik air yang menjadikan total bilik air di rumah tok adalah tiga. Dua bilik air dalam rumah lagi satu di luar sana. Dah macam public toilet pula tapi syok la boleh mengada-ngada pilih toilet mana sat…

Raya Sa-orang Mira

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!
Tiba-tiba macam termasuk roh rajin menaip. Jadi haruslah aku bercerita ibarat tiada hari esok. Cuba datang roh malas, toksah cakaplah, sedih. Oh ya dengan berbesar hatinya aku nak bercerita how my raya yang telah dilalui selama ini, gittew. Sebenarnya takda la menarik sangat cuma mungkin one day bila sudah tua dan banyak yang dilupakan, boleh refer belog sendiri untuk refresh memories. Jadah apa, rasa narsistik sangat baca belog sendiri tapi tak apalah kalau aku tak baca siapa lagi nak baca kan? Haha.
Beraya di Perak.
Sejak 2008 kami beraya di Perak kerana grandparents sebelah emak sudah tiada. Kalau tidak, dulu kami mengamalkan sistem bergilir untuk mengelakkan pergaduhan ummah. Sekarang, 2015 hanya tinggal Tok seorang sahaja. Tok ialah perempuan manakala Tokwan adalah lelaki. Kenalah describe sebab orang selalu confuse bila aku kata 'Tok'. Tokwan telah pergi pada tahun 2012, he's such a fighter. Itu nanti kita c…

arah.

Assalamualaikum.
Pejam celik haha Ogos dah. Last update haritu June krikk krikk hambar betul aku ni. Aku buat apa? Tiada apa. Cuma rutin harian yang sama. Dalam zone transition. Mencari-cari arah kononnya. Kadang tu rasa lalalala okay lepastu in split second rasa bosanggg. 
Oh, ya Selamat Hari Raya! Nanti kalau mood rajin mai boleh cerita how i celebrate my raya gitu without pic of course. Mintak maaf kalau ada terasa dengan aku yang tercarut mahupun termarah eh mana ada itu nasihat tu. Kahkah. Okbye.

M.

perempuan dan angan-angan

Perempuan biasanya kuat berangan..terlalu dreamy kadang-kadang tu. Kalau kau tak termasuk dalam golongan kuat berangan, meh aku nak belanja cendol. Walaupun aku tak reti buat cendol lagi tapi demi menghargai kau sebagai seorang yang tak kuat berangan, aku sanggup belajar buat cendol, ha gitu! 
Kenapa aku kata perempuan kuat berangan? Acee usha social media, insta, twitter, facebook perempuan tak habis-habis dengan #relationshipgoal #ToFutureHusband #OMGiwantthatsobadly ok hashtag last tu aku reka sendiri. Aku meluat sebenarnya. Eh terasa jujur pula. Lewls.
Aku faham kau rasa teruja dengan paparan sesuatu gambar lalu kau tak boleh nak tahan diri kau dari meng-relationship goal setiap masa. Sesekali takpa, aku faham la ini kalau makan breakfast sesama #relationshipgoal , masak bersama  #relationshipgoal , pegi swimming dekat pool sesama #relationshipgoal , pegi kedai buku sesama #relationshipgoal , pegi candlelight dinner #relationshipgoal .. Kau rasa? Aku tunggu ja orang post pegi ber…

tamat latihan praktikal.

Assalamualaikum & Hi June!
Masuk June bermakna bye internship and hello report writing! *waive* Aku pening dengan report yang perlu dibuat dalam bahasa melayu. Bunyi kerek sangat ibarat duk rumah cakap omputih kan padahal..krikk krikk. Cuma bila biasa belajar in english dan di akhirnya perlu alih bahasa dalam tulisan err awkward juga. Aku jeling kamus, kamus jeling aku..lol.
Doakan aku penuh bersemangat meneruskan penulisan report daku. Okay, acah bersemangat padahal trauma takut report direjek lecturer..haha. Walaupun dan biasa direjek tapi kali ini untuk last time rasa nak buat yang the best of the best lah kekonon. Hmm aku cuba acah positif ni.
Latihan praktikal aku? Awesome. Tidak begitu menakutkan seperti yang senior-senior katakan. Aku gain weight, at least 5kg. Tak berani naik atas penimbang takut tak boleh terima hakikat lepastu frust dua minit tiga puluh empat saat. Aku punya plan diet haruslah berguguran seperti gugurnya daun di musim hujan..haha.
Next, nak cari kerja t…

Gigi.

Image
Assalamualaikum.

Aku syak gigi bongsu aku nak tumbuh. Suluh pakai torchlight pun tak nampak. Tapi sakitnya tuh tetap dirasakan. Bengang telinga yang membawa kepada bengang di hati juga. Emotionally unstable bila sakit gigi tu menyerang. Lagi teruk dari pms..pms pun aku rasa stable lagi emosi aku nih.

Symptoms hampir semua dah rasa tapi ya masih aku tak nampak mana gigi itu. Bapak aku ingat itu hanya delusi aku. Pemikiran aku terganggu sebab gigi ni. Kalau ada orang ajak sembang pun aku bolayan ja. Selera of course hilang..aku telan nasi tapi hmm terseksa.. Cepatlah keluar awok gigi bongsu yang comel, terseksa saya tunggu awok.. T__T
Taknak jumpa dentist. Dentist terakhir aku jumpa kena tendang..haha :P M.

April it is.

Rasa sekejap saja dah masuk bulan empat, rasanya semakin hari semakin malas menulis lalala sebab faktor usiakah ini? Kagum la dengan orang yang consistently writing belog ni. Aku banyak cakap tapi menulis malas lalu belog dibiarkan sepi hewhew.
Tinggal less than two month untuk habiskan internship so rasa nak menggeletis dan menggatal seperti ulat bulu sebab i'll be freeeeeeeee tapi sementara ja lah sebab lepastu nak fokus report dan serabutkan diri dengan long term plan. Belum decide nak sambung atau kerja. Dilema tetap ada. Doakan aku nampak jalan mana patut aku pilih.
Oh ya dah bertambah tahun ni maka bertambahlah rakan-rakan yang mendirikan masjid juga mendirikan surau..ahaha pandai ja buat pepatah sendiri. Faiqah is married, dayah dah tunang dan few more friends dah kawen, few friends baru dapat baby dan juga ada yang expecting..jadi, tahniah!! Semoga segala urusan dipermudahkan. Jangan tanya aku bila, aku luku karang.. :p
Tahun ni aku busy study untuk pt3..demi masa depan m…

4 Perkara perlu tahu sebelum anda mula baking.

Image
Baking a.k.a membakar (?) bukanlah benda yang aku buat dari kecik. Memandangkan emak aku bukan baker memang tak lah dia nak ajar aku bake. Emak aku pesen tak makan manis, junkfood, fastfood dan benda alah lain yang memudaratkan kesihatan. Makanya no dessert served! Eh, kalau kuih melayu tu emak reti la jugak..tapi memandangkan aku tak pernah fully buat sendiri, aku tak share lah resepinya. Cemana aku nak cerita kalau aku sendiri tak pernah buat? Kehkehkeh..alasan.
Okay, merujuk kepada tajuk..aku nak share lah apa yang kita kena tahu sebelum kita mula baking. Aku belajar bake dari buku dan google/blog/facebook ja weh. Sebab tu kadang-kadang jadi secara magiknya dan kadangkala hado..krikk krikk ja hasilnya. Tapi takpa, orang cakap practice makes perfect.

#1 Kenali bahan yang digunakan.
Oh, mula-mula aku familiarkan diriku yang serba taktahu ni dengan bahan yang biasanya digunakan dalam dunia baking. Contohnya aku taktahu dulu self raising flour tu cemana. Memang aa translate dia tepung…

Hilang.

Sedar tak sedar things changed..people changed. Aku juga berubah. Kadang tu aku tak sedar pun aku berubah..tapi bila throwback tengok gambar lama zaman muda remaja pheww dah berubah aku rupanya. Walau terasa poyo tapi aku nak cakap jugak, aku tak rasa diriku ini gemok pun. Tak pernah rasa gemok walaupun emak ayah dan seluruh ahli keluarga asal jumpa aku gemoklah point pertama nak dicakapnya. Bukan nak cakap assalamualaikum..aku tanya apa khabar ke pe benda..wuwu. Tapi sebagai manusia poyo dan confident level tinggi, aku tak rasa apa-apa.
Lalu ketika aku melihat gambar throwback zaman matrik aku rasa macam eh akukah itu? Lepastu tengok latest pic erm erm apakah kau makan selama ni mira?? Ya, aku gemok. Aku rasa sungguh sado, dulu tulang ja banyak..haha. Tiap kali sedu terjadi, adik aku automatik akan cakap 'fuhh, kak akan besaq (baca:besar) lagi' tahikk jugak la adik yang sorang tu..haha. Mak ayah aku punya teori, baby kalau sedu dia akan besaq lagi, maka mungkin aku masih ter…

Hang Pi Mana?

Assalamualaikum
Hang pi mana? hang hang pi mana? hang pi mana? *insert rap* nah aku parodikan lagu taufik versi utara.. Sila nyanyikan beramai-ramai sampai hang sendiri hang..LOL. Aku kehilangan perkataan, kehilangan idea untuk menulis. Keringnya idea seperti keringnya baju di ampaian pada musim panas ini. Kering sekering-sekeringnyaa. Hmm sampai dah kot maksud aku, punya nak bagitau ketiadaan idea bernas..haha.
Current update? Sebulan lebih dah aku menjalani praktikal. Mencuba untuk get along dengan staf yang baik-baik belaka. Aku keja makan ja bila pi keja. Impian kurusku musnah seperti lagu pelamin anganku musnah. Asal mesyuarat ja ajak kami makan, kadang tu tolong akak-akak ofis ni sikit ja tapi depa rajin duk belanja makan itu ini. Moga murah rezeki. :)
Oh ya, kawan baru pun ada. Hmm aku anggap apa aku dapat ni jawapan untuk doa-doa aku. Aku sebenarnya sejak setahun sebelum intern dah start berdoa agar urusan sebelum, semasa dan selepas intern aku ni jadi senang, berjalan lancar…

Romancinta: CaliphBusker+Mojo AJL29

Image
Jujurnya aku terkejut juga tengok performance Mojo + CaliphBusker dalam AJL29 semalam. Sebab yalah Romancinta kan banyak kontroversi sebelum final AJL29 ni..so jadi the most anticipated show gitu, pada aku lah kan. Rasa macam sapalah bawak lagu ni..lepastu masa behind the scene Edry bagi hint, rasa tak sabar tunggu turn Mojo. Sekali dengar, perghh..macam what?? Kagum sangat. Vokalis suara power dan he's blind.. Fuhh..rasa macam eh cemana nak cakap entah. Ini kalau tengok sorang-sorang mengalir juga air mata ni..haha. Mujur aku tengok reramai..kehkeh.

Few feedback dari twitter. They win people's heart. :D




Siap standing ovation penonton semalam..memang lain macam lah. Goosebump aku dengar dia nyanyi. Dua penyanyi ja buat aku goosebump masa tengok AJL semalam, CaliphBusker dan Dayang NurFaizah memang perghh merinding bulu roma aku..lol. Bukan senang nak buat persembahan depan orang, lagi tak senang a.k.a susah adalah untuk dapat respek orang dan juga buat persembahan yang orang …

Edisi Mudah: Puding Karamel Tanpa Telur

Image
Assalamualaikum.
Aku perasan ramai yang mencari-cari resepi dessert mudah, ini bila aku refer keyword yang membawa pembaca ke blog ini. Jadi aku akan cuba lah untuk merajinkan diri upload dessert yang aku pernah buat yakni mudah. Kalau level masterchef aherher kem salam lah nak rajin..haha. Aku pernah upload pasal Puding Karamel dulu kan tapi kali ni tanpa telur dan teknik masak yang lagi senang, takyah kukus, takyah bake. Jadi boleh scroll bawah untuk resepi ye. 
Oh ya, be extra careful bila buat karamel sebab hoihoihh sangatlah panas. Kesahnya, aku buat puding karamel sebab ada buat kenduri kecik kat rumah. Biasa bila kenduri iols incharge bab dessert ni..sebab orang lain suka makan ja buatnya taknak..cehh. Jadi ketika membuat karamel kakak aku distract aku dengan soalan apa ntah, aku punya reaksi hanyalah haaa? lepastu aku rasa panas hmm dah jatuh setitik karamel kat tangan. Lagi panas dari kena air panas T_T dan sebab blur aku lembab nau nak gi basuh dengan air sejuk..gelembung l…

Tinggal.

Image
Fikir pun rasa susah..belum buat lagi. Nak tinggalkan satu fasa dan beralih ke fasa lain pheww berpeluh otak fikir. Banyak fasa hidup ni tapi yang paling tenang tiada banyak masalah pastinya fasa sekolah. Percayalah~~ Tetiba throwback sekolah..haha.

Secara tak rasminya pengajian aku di universiti dah setel, tinggal internship satu sem dan tadaa insyaAllah bergraduasi hujung tahun ni. Doakan aku lepas semua paper, takdak sangkut mana-mana..aminn.

Motif up entri sebab aherher lama tak update belog. Rindu gila nak menulis tapi duk tinggal lama-lama jadi macam skill menulis tumpul you know. Enam belas hari masuk 2015 baru update..cehh nak terobek aktiviti tahun lepas pun macam wkwkwk buat lawak ke mira? hahaa. So, lupakan niat untuk terobek tahun lepas, move on je lah ke tahun baru.

New phase, the internship. Setahu aku lah, aku sorang ja takdak kawan satu tempat intern. Dari U lain atau kos lain aku taktahu lah. Aku redho dan pasghah ja ni. Semoga baik-baik saja. :)


Mira.

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers