cukup islamkah kita?

Assalamualaikum.

Few weeks before aku ada baca artikel INI di mana Ireland dikatakan negara paling islamik. Mulanya aku fikir tu sekadar provokasi barat saja nak menyakitkan hati. Biasa barat kan perangai poodah cenggitu keja nak tengok negara orang tungggang langgang. Ayah aku juga fikir begitu, anggap sebagai provokasi. On the second thought, Ayah keluarkan hujah. Knowing my Ayah, hujah dia akan buat kau seperti pegi ceramah forum perdana eh tak ceramah lah..apa-apa jenis ceramah pun boleh. Padat dan bermaklumat.

Kata Ayah..it's not bilangan jumlah muslim di negara itu yang menjadikan mereka islamik. Tapi bagaimana mereka yang bukan muslim ini mengamalkan apa yang dianjurkan, digariskan oleh Islam itu sendiri. Dari segi pengurusan, kehidupan seharian, adab dan segala-gala aspek kehidupan. Contoh mudah, Jepun negara bukan Islam tapi bersih persekitarannya. Malaysia? Kat mana ada tanda 'jangan buang sampah disini' hoii terus penuh bawah signboard tu sampah segala tok nenek ada. Apa yang kau nak buktikan mahkluk? Heran betul sedangkan kebersihan sebahagian dari iman. Hairan -.-

Sikap & adab. Kadangkala yang islam pada ic ni dia punya perangai boleh tahan shaitonnnirrojim hoi walaupun ketika itu syaitonnnirojim kena rantai. Mana pegi ada sopan entah aku pun taktahu. Sejujurnya aku garang, ada masalah anger management juga tapi takda lah sampai aku berkelakuan tak senonoh di khalayak. Kes tengah hangat sekarang, si peugeot putih tu lah. Marah tu biasa tapi kau kena tengok juga siapa. Orang lagi tua kena hormat walau hati engkau mendidih panas serupa air tengah masak nak bancuh kopi tahu? Hormatkan orang kalau kau nak dihormati. Simple rule. :3

Benda paling mudah. Tengok diri, muhasabah tengok cukup islam ke kita ni? Tak malu orang tengok seorang muslim perangai sama macam si atheis? Islam hanya terbukti apabila diamalkan bukan pada banyaknya ilmu yang kita ada. Jadi, amalkan ilmu yang kau ada..walk your talk la kekdahnya. Simpan ilmu nak buat pekasam eh? Tau lah pekasam goreng letak cili padi dengan bawang, perah limau sikit umphh gila tapi takpayah la apply kepada ilmu..rugi. 

Masih ingat tiga benda yang masih boleh beri pahala ketika kita sudah meninggalkan dunia ini? Anak soleh/solehah, sedekah dan ilmu yang bermanfaat. Anak soleh nak dapat bukan senang. Tak caya? Tengok diri sendiri dah jadi anak soleh/soleheh kepada parents kau belum?Haa..sentap kan sesentap hatiku mengenangkan diri sendiri..haha. So, jangan sibuk nak jadi isteri/suami solehah/soleh je sampai mak bapak dilupakan. *tetiba* lol

Salam 19 Ramadan. Selamat berbuka dari insan yang duk kat negeri yang paling lambat berbuka dan panas. *simbah ais kat kepala*

Mira.

Comments

  1. tetiba rasa macam, x terlambat lagi ke aku nie nak muhasabahkan diri? hihi thanks mira sebab tolong ingatkan..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's never too late kak..hehe. wahh lama tak nampak kak emma aktif except kat fb la..hehe. :)

      Delete
  2. " bukan bilangan jumlah muslim di negara itu yang menjadikan mereka islamik. Tapi bagaimana mereka yang bukan muslim ini mengamalkan apa yang dianjurkan, digariskan oleh Islam itu sendiri "..
    setuju dengan pendapat ayah mira ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila fikir sentap juga kan..haha. :D

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers