Wednesday, March 5, 2014

Teman Baru Aku, Si Kaktus Mickey.

Assalamualaikum.
Hari ini aku dapat kaktus mickey dari seorang sahabat. Tak pernah aku dapat kaktus atau segala jenis tumbuhan dari sesiapa. Tumbuhan orang aku pernah dapat pun semua dalam bentuk makanan. Sekarang cerita dia..aku mana pernah bagi komitmen sepenuhnya kepada sesiapa. Kalau kaktus ni mati adakah aku tergolong dalam golongan tiada sifat maderly? Ahh bagaimana mahu kahwin kalau kaktus sebiji eh ke sepohon ni tak mampu aku jaga? Lagi haru kaktus jenis ni membuatkan kau gatal kalau tersentuh durinya. Dah, satu keja pulak. Aku letak kaktus tu depan susunan buku. Maka, makin tak ku sentuh la buku akademik aku. Alasan kukuh..kahkah.

Ingatkan kaktus tak susah dijaga..bila aku buat refleksi diri..aku rasa besarnya komitmen aku dengan sang kaktus. Kena tukar pot bila dah makin besar iaitu tak lama lagi. Kena siram air. Yang itu tak apa, dua minggu sekali pun boleh..kata kaktus kann..hoho. Aku kena beli sarung tangan khas untuk bolehkan aku tukar pot kaktus ni. Ingat nak pakai tuala saja tapi gila apa kalau tetiba bulu duri sang kaktus melekat terus. Mahu menggila aku kena duri sang kaktus.. Oh ya, pasal pot kaktus aku tak kisah. Mujur ada bekas cawan porcelain aku yang sudah patah telinga. Tak sangka berguna jugak cawan tu..tak sia-sia aku simpan junk kat dalam kotak rahsia..haha. Rahsia sangat. -..-

google
Lebih kurang begini kaktus mickey aku. Tapi kaktus aku bertelinga tiga. Unik, macam tuan dia. Okay, self claim..haha. Tapi kalau aku tak claim aku unik, orang takkan perasan kan? Kahkah. Sejak bila konfiden level aku setinggi ini..puiih la mira.

To kaktus mickey,
Aku tak pernah tanam pokok dan bagi sepenuh komitmen. Selalu emak dengan bapak yang sambung komitmen aku tu..haha. Memandangkan kau aku punya, dan hanya kita berdua di sini, mohon bersabar dengan aku. Tutup telinga bila aku maki group esaimen aku tau. Tak bagus untuk kau. Dan jangan membesar cepat sangat. Kalau besar sangat kau aku tanam dekat uum ni, nak? Jangan lupa doakan aku setiap hari. Selamat datang ke dalam hidup aku kaktus mickey. ;)

Terima Kasih pada yang memberi. ^_ _^
Mira.

6 comments:

  1. ak bg hg ank pokok durian la..bela sampai besaq,dh berbuah nnti bleh mkn...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa pun boleh. tapi masalah sekarang aku nak tanam pkok durian tu kat mana? hahaha

      Delete
  2. tnam la kat kebun..hoho..depan umah pon boleh...klu ak p umah hg nnti,berbangga la jugak tgk pokok durian tuh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup luas nak tanam pokok durian kat rumah aku wahai cik dayah..haha

      Delete
  3. dari orang tersayang ke ? ehemmm...hahaha

    ReplyDelete