Saturday, January 25, 2014

Review novel: 13 jam A380- Evelyn Rose



Sekian lama tak tulis review novel, hari ni aku rasa nak buat review. Mood review ni mai bila takda idea nak tulis apa kat blog ni.
 
Ok,13jam A380 ni aku beli online, macam biasa lah kat KaryaSeni. Jimat 3 ringgit dan free postage. Tapi masa aku beli ni lama jugak la sebab seminggu lebih baru dapat. Selalunya dua tiga hari ja dapat, banyak order agaknya. Memandangkan aku bukanlah gila novel yang nak baca gila-gila, setakat seminggu tu apalah sangat.

Yang pertama, tajuk novel ni buat aku geram. Aku malas gila kot nak membaca benda yang banyak nombor ni. Tapi unik gak lah sebab selalunya tajuk novel kan ada cinta, rindu, kasih dan seangkatan dengannya. Jadi tajuk ni berjaya tarik perhatian aku cuma aku malas gila nak sebut tajuk, aku sebut 13jam je kalau orang tanya..hehe.
 
Ok, novel ni watak utama dia Syed Haydar dengan Hana Sofea. Hana ni punyalah suka kat si Haydar yang jutawan muda ni padahal bukan pernah jumpa pun. Kira macam crush dalam diam lah, siap stalk twitter Haydar lagi. Punya suka. Lepastu secara kebetulan dia terjumpa dalam pesawat A380 masa nak pegi London. Hana nak sambung PhD dan Haydar ada bisnes kat sana. Hana punya happy toksah cakap lah tapi dia buat-buat la macam tak kenal Haydar ni. Sebabkan dia rasa suka sangat, dia mintak Haydar jadi boyfriend dia sepanjang dalam penerbangan tu. Masa tu ada 4 jam lagi kalau tak salah before landing. Hana ni jenis bebas dan gila-gila sikit. Sampai je kat London, masing-masing buat hal sendiri.

Hana ditakdirkan kenal dengan keluarga Fawwaz dan jadi pengasuh kepada Emmel, budak kecik yang comei a.k.a anak Fawwaz. Fawwaz  ni kaya gilaaa. Cerita ni banyak sangat orang kaya, pening aku. Walaupun Fawwaz ni kaya dia jenis jaga pergaulan dan alim la..memang jenis baik. Perangai dia dengan Hana memang totally lain lah. Hana pulak dalam fasa nak berubah jadi baik dan keluarga Fawwaz ni lah yang banyak bantu dia. Mulanya dia masih gilakan si Haydar tu tapi ada sekali dia nampak Haydar dengan girlfriendnya terus dia rasa macam reality check lah. Dia patut tinggalkan kenangan 13jam tu dan move on. Jadi Hana teruskan hidup dia sebagai student dan pengasuh Emmel.

Bila dah habis belajar Hana dah nak balik Malaysia sebab nak mintak izin kawen dengan Fawwaz. Dah banyak kali mintak kat bapak dia tapi bapak dia tak kasi, suruh habiskan PhD dulu. Dan Hana takut nak bagitau bapak dia yang Fawwaz ni bukan orang Malaysia. Fawwaz ni banyaklah mix cuma yang aku ingat nenek dia orang Malaysia. Lagi best, bapak Hana ni tak berkenan orang luar dia nak anak dia stay Malaysia sebab kakak Hana kawen dengan mat saleh lepastu tak duduk Malaysia dah..macam tu lah lebih kurang.

Dalam flight balik, Hana terjumpa Haydar..dramatik kan. Masa pegi dan balik terserempak dengan orang yang sama. Waktu ni Hana dah lain la, dia dah berubah. Haydar tegur dia dan cakap dia nak Hana balik. Gila kejap. Hana pulak cakap dia balik sebab nak kawen..kira macam go away lah kau! Dan lepas turun flight Hana ni disambut family dia. Entah cemana Haydar ada sama waktu tu, so bapak dia assume Haydar lah boyfriend Hana yang dia duk mintak nak kawen selama ni. Padahal..orang lain. Haydar ni ambik kesempatan lah nak berbaik dengan family Hana. Hana memang bengang je sebab dia kan nakkan si Fawwaz tu.
Dan ada satu kejadian yang buatkan si Fawwaz tu back off. Dia takleh terima Hana. Haydarlah orang yang bertanggungjawab pedajal si Hana tu. Dia tetap nak Hana, tak kira macam mana pun. Lepas Fawwaz blah, Hana decide nak kawen dengan Haydar tapi ada sebablah..bukan dia saja-saja nak kawen dengan Haydar tu. Hana selalu rasa Haydar ni jahat dan tak sebaik Fawwaz. Nak tahu apa yang Haydar buat sampai putuskan Hana-Fawwaz kena baca lah. Dan kalau nak tahu sebab apa Hana nak kawen dengan Haydar pun kena baca jugak. Kalau semua nak tulis tak best dah..hehe.

Kesimpulan dari novel ni, kadang-kadang kita butakan mata, tak nampak apa Tuhan nak tunjuk kat kita sebab kita nak benda lain. Dan bila dah berubah ni kadangkala kita rasa macam kita bagus sangat sampai pandang orang lain sebelah mata. Padahal orang tu baik je, kita yang judge dia lebih-lebih. Banyak kot pengajaran dari novel ni. Dan sebab novel ni aku akhirnya paham ayat ‘manusia ibarat logam’. Dulu pernah dengar tapi tak paham. Penulis ni kira berjaya sampaikan cerita dan berdakwah juga dalam masa yang sama. Terima kasih Evelyn Rose.

Yang aku taksuka pasal novel ni sebab Hana tu terlalu negatif dan annoying boleh tahan. Stress jugak aku membacanya tapi realitinya ramai je yang macam tu. Dan satu lagi bosan dah aku baca kisah orang super kaya banyak-banyak ni. Fantasi sangat.

Kalau nak baca awal-awal bab boleh lah tengok kat blog penulis kat blog evelyn rose
Dan kalau nak beli online klik sini.

Itu saja. Assalamualaikum..

p/s: penulis ni sama dengan TheWeddingBreaker, so watak dalam TWB pun ada jugak dalam 13jam A380 ni.

3 comments:

  1. Aku suka gila part yg hana kena tazkirah tu lepas dia nmpak haydar dgn prempuan lain, berkesan sampai ke aku utk move on...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, masa Hana nak berubah mula-mula tu eh? memang la. tulisan si penulis tu sampai kan. best kot cara dia sampaikan tazkirah dia tu.

      Delete
  2. haah..yg best gila tu,tazkirah dia ringkas tapi mantap!

    ReplyDelete