Wednesday, January 29, 2014

Belog yang best!

Aku suka membaca. Sangat suka. Rasanya sebab tu aku buat belog sebab boleh follow belog yang banyak cerita yang menyeronokkan. Walaupun kau rasa cerita kau tak menarik ataupun biasa je sebenarnya tapi kadangkala itulah yang orang nak baca..nak tahu. Seronok sebab boleh menyelami hidup orang walaupun kita tak berpeluang nak buat benda yang sama. Itulah apa yang aku rasa. Aku suka ambik tahu benda yang aku tak pernah tahu.

Pernah baca belog Tiara Fazlin ? Belog dia sangat kelakar dan unik. Penceritaan dia sangat menarik, biasanya kalau aku stress buat keja, aku akan pegi baca cerita-cerita dia. Penceritaan kat belog dia sangatlah komik. Kau kena guna daya imaginasi dan cuba lakonkan apa yang dia cerita tu. Selalunya aku macam tu..konfem gelak sorang-sorang. Tapi kalau kau jenis payah nak faham komik rasanya payah kot nak paham apa yang dia sampaikan. Lagi satu best sebab ada travelogue jugak. Aku suka tengok orang jalan-jalan ni.

Satu lagi, pernah baca belog Nadia ? Dia sangat sempoi dan kelakar. Macam-macam yang dia share dari tips bercuti, marriage, rumah semua lah. Dan kadang-kadang geram jugak baca sebab dia bukan nak tapis sangat apa dia cakap. Aku geram sebab aku akan terbayangkan apa yang dia cerita tu. Aku pernah baca pengalaman dia masa dekat Krabi pegi Spa kot kalau tak salah..memang tak larat nak gelak guling-guling dengar cerita dia kena scrub satu badan. Penat gelak wei. Aku cuba untuk tak bayangkan tapi memang takleh..automatik terbayang. Kesimpulannya, aku trauma dengar perkataan spa..terbayang~ hahaa.

Dua-dua belog ni takdak dalam blog list aku. Tapi aku akan singgah dan baca bila ada masa lapang ataupun stress. Memang sengih-sengih je bila pegi baca. Hilang stress aku. Hampir semua post orang yang aku follow akan aku baca. Kadang-kadang tak komen..baca je. Biasanya macam tu. Baca kisah orang sebenarnya bagi aku semangat sebab semua orang ada pandangan, nasihat dan itu mempengaruhi aku sedikit sebanyak.

Keep on blogging ya! Aku akan terus jadi pembaca setia. Sama ada yang ada dalam bloglist, yang aku follow dan yang aku tak follow tapi best. Aku memang baca selagi kau tak menaip guna bahasa rempitz selagi tu aku baca! haha.

Mira.

2 comments: