Posts

Showing posts from January, 2014

Belog yang best!

Aku suka membaca. Sangat suka. Rasanya sebab tu aku buat belog sebab boleh follow belog yang banyak cerita yang menyeronokkan. Walaupun kau rasa cerita kau tak menarik ataupun biasa je sebenarnya tapi kadangkala itulah yang orang nak baca..nak tahu. Seronok sebab boleh menyelami hidup orang walaupun kita tak berpeluang nak buat benda yang sama. Itulah apa yang aku rasa. Aku suka ambik tahu benda yang aku tak pernah tahu.

Pernah baca belog Tiara Fazlin ? Belog dia sangat kelakar dan unik. Penceritaan dia sangat menarik, biasanya kalau aku stress buat keja, aku akan pegi baca cerita-cerita dia. Penceritaan kat belog dia sangatlah komik. Kau kena guna daya imaginasi dan cuba lakonkan apa yang dia cerita tu. Selalunya aku macam tu..konfem gelak sorang-sorang. Tapi kalau kau jenis payah nak faham komik rasanya payah kot nak paham apa yang dia sampaikan. Lagi satu best sebab ada travelogue jugak. Aku suka tengok orang jalan-jalan ni.

Satu lagi, pernah baca belog Nadia ? Dia sangat sempoi d…

Review novel: 13 jam A380- Evelyn Rose

Image

Aktiviti waktu cuti.

Image
Assalamualaikum.

Memandangkan cuti semester sudah bermula haruslah entri semua berunsur insan bahagia berbunga-bunga..hehe. Jadi rasanya aku nak share apa yang biasanya kita boleh buat atau nak cuba-cuba buat bila cuti. Tak kisah la cuti semester, cuti hujung minggu, cuti sekolah, cuti bersalin atau anda memang cuti setiap hari pun. Tapi semua aktiviti indoor je lah yang aku share kali ni.

1. Cooking
Masak memang aku biasa buat dari zaman lepas SPM lagi. Sekarang ni kalau hari malas aku tolong ayah je..hehe. Ayah aku kan tak keja dah so automatik memang beliau masak pabila daku mahupun emak tiada. Boleh kata aku setiap hari masuk dapur sampai kadangkala ibarat tiada idea nak masak apa dah.

Bagi yang jarang masak atau tak pernah pun masak time cuti adalah masa terbaik untuk belajar memasak. Serius tak susah pun, baling saja semua benda dalam kuali..haha. Kalau rasa was-was dengan idea aku tu, ce tengok Jamie Oliver tu..campak dush dush pun nampak sodap gak! So, takpayah takut sila cuba…

Masih.

Assalamualaikum.

Masih sama. Makin malas nak menaip..idea berterbangan tapi nak realisasikan dalam bentuk perkataan tu mahlass hoi. Ni dah masuk tahun baru pun sama jugak haa, takda beza sebab malas nak ada azam. Azam bodo-bodo ada jugaklah buat pedoman. Itu pun kot ya kalau ingat. Biarkan azam tu tersemat di hati gittew. Nampak tak, nak cerita azam tahun baru pun malas..hmm.

Tahun ni tanggungjawab bertambah sebab kena tolong adik aku supaya cemerlang sikit dalam pelajaran. Adik aku adalah student yang secara konsisten berada di kelas akhir sejak di tahun satu. Sekarang dah masuk form 2. Gila konsisten beliau sebab tu ayah dah start bising sebab beliau malas. Kalau aku ni kau dah rasa malas, adik aku double malas..ekeke. Tapi kalau tugasan harian dia, selalunya tak lupa.

Tolong adik study tu benda biasa, aku rasa seluruh kakak dalam dunia ni pernah buat tuisyen persendirian kat adik masing-masing kan. Tapi itulah, aku punya jarak usia dengan adik aku dah la sembilan tahun, haruslah sy…

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers