Posts

Showing posts from 2014

Finale

Image
Assalamualaikum. Hambar dan sendu sungguh belog ni. Tapi how come tak sendu, daily life aku pun sendu..wifi suck tahap kalau wifi tu orang, kau dah pegi pukul dada dia sambil berkata 'awak janji takkan tinggalkan saya tapi awak tinggalkan saya juga..saya benci awak, benciiii!'*tumbuk dada si wifi sambil geleng kepala*.. wifi pun berjanji 'saya takkan tinggalkan awak. i'm sorry, terimalah saya kembali' sebab kesian macam drama melayu doplohtiga episod, kau pun terpedaya dengan janji wifi. Beberapa ketika lepastu dia haroommmjadah balik.. Hmm tulah kronologi drama 'teman lelakiku encik wifi'. Hahaa drama nau nak cerita pasal wifi pun..cis.
Aku sibuk tu satu hal. Tapi punca sebenar hilang sebab wifi lah. Apatah saka nak kena pakai bagi dapat wifi. Penat la nak golek atas lantai luar bilik semata untuk secebis wifi. Dah la bateri laptop sendu..malas nak bebel. Aku kena bersyukurrrrr...syukurrrrr eh baideway apa khabar si shukor tu eh. Tetibah. Tersedak katak t…

Promise to be kept.

Benda paling susah nak dibuat adalah menunaikan janji. Cakap mudah, fikir juga mudah, nak ditunaikan? Terkedek-kedek kau seperti itik pulang petang bila nak buatnya..ye dak?
Kita banyak makan hati bila janji tinggal janji. Janji. Simpan. Mintak. Tak terlaksana. Pendam. Ubat luka di hati *nah, iodin sebotol, cukup?*
Atau
Janji. Simpan. Mintak. Tak terlaksana. Pendam. Stacy-Adam bergabung. Meletop! Ya, anda kini bersama saya Nabot dan Nelofot dalam rancangan MeleTOP!! :P
Tapi sebenarnya kita dengan diri sendiri pun kejanya memungkiri janji ja. Sedar tak? Seperti kau kunci jam pukul 6.00 pagi snooze-snooze-snooze dan tadaaaa fajr elephant lah engkau. Ok, aku pun gitu. Syaitonniirrrojimm banyak peluk aku ka? Ka selimut berkulit pig serasa gebu gebas sampai terbabas ni..uhukks.
Lalu bapakku berkata, 'eleh janji dengan jam pun hang boleh tutup suruh dia gerak hang lepas 10 minit, apa nak jadi taktau?' *geleng kepala sambil sambung main game solitaire di subuh hari * Sejak hari itu,…

Di hari yang lain.

Image
Entri lepas aku acah terkejut dah masuk bulan sepuluh.. Ini hari aku pun taktahu nak acah rasa apa bila aku jenguk belog aku..sebab hari ni dah masuk 30 Oktober. Say whatttt?? -What. Lame joke aku cuba sampaikan kat kalian kan. Punchline tak sampai. Yep..dua hari lagi masuk november..marilah buat status welcoming november seperti hipster alam maya selalu buat. Baideway hipster tu apa ya?
Hello November, please be...arghhhhhhhhhhhhhhh jadah November dah?!
November 1. Midterm exam secara berjemaah seperti ramainya makmum ketika solat terawih ketika ramadan limabelas yang pertama.
2. Submission report segala subjek sebelum direjek lalu harus dibaiki lalu dihantar kembali lalu aku pening lalat kerana aku pening menjadi tukang edit. *muntah sarsaparilla*
3. Mencari tempat praktikal. Perlu aku ulas lebih? Nahhh *hujan membasahi diriku*
4. Graduation day! Tapi bukan aku lah yang grad ittew. Cousinku bukan cik sotong akan bergraduasi di sini. Apa pasal masuk list concern? Hmm..kena bagi bunga…

Oktober dah?!

Intro seperti terkejut. Okay sejujurnya acah terkejut saja..lol. Biasanya aku memang lupa diri..bila bukak blog, tengok last update..hoihoii dah sebulan tak ber-update malasnyeww ittew padahal terbongkang hari-hari. Sebulan pertama semester 7 hmm banyak hoi dugaan seperti baby boo iols buat perangai..selama 5 tahun tak pernah buat hal tetiba bamm melayang duit begitu saja. Mujur dah baik, aku redho..yang pasti baby boo tu bukan pakwe. Pakwe takleh panggil sweet cenggitu, panggil 'hang' pun dah kira ok dah. Bila masuk zaman up panggil 'awak' itu paling up aku boleh pegi. Takda zaman 'papa-mama'. Itu kira puiii!! kau berhak terajang aku kalau aku guna 'papa-mama' dalam percintaan. yeww geli sebut percintaan.
Orang kata aku hati kering, ego, selfish, garang hah apa ntah lagi..sampai aku dah lupa jadah apa lagi. Kiranya kalau dalam novel akulah antagonis dalam love-line aku sendiri. Tapi tahukah anda hati kering ni penting tau tak? Sebab bila hati kering t…

Cuti panjang sudah habis bro.

Image
Walau aku tahu kebanyakan pembaca blog ni perempuan tetap tajuk kena letak 'bro'. Kalau letak 'sis' rasa aweks sangat. Rasa bukan jiwa aku juga berbunyi seperti tengah berjual beli dengan customer dekat online shop. 'PM sis, ada sis, saya dah pos sis' Jadi macam tak relevan pula aku guna sis kat sini. Nak aku panggil sis, mohon beli belah dekat page aku..haha. Lain tempat aku tak guna term 'sis'..lol sangat perangai kan.
Hari ni khamis, esok jumaat dan lusa sabtu hah bajet rebecca black mengira hari eh iya ka nama budak tu rebecca? Aku balik sabtu..hari ni khamis, apa pun tak pack lagi. Paling teruk cadar masih dalam beg plastik, tak bawak keluar dan basuh lagi lalala. Ini kalau ayah tahu sampai rumah hujung sana pun boleh dengar bebelan dia. Jangan memain dengan ayah. Suara dia setakat hujung rumah sana boleh dengar clean and clear kot. Orang biasa berkawad ni dia punya volume suara boleh sampai gegendang telinga berdengung. Oleh itu aku masih merahsi…

jantan betina.

Image
Assalamualaikum.

Setiap kali raya aku ada masalah. Masalah boleh setel sebenarnya tapi sebab aku ambik mudah setiap tahun makanya aku masih berdepan masalah serupa. Padan muka..dia macam kau tahu ada lubang depan kau tapi setiap kali lalu kau terjatuh jugak ke dalam tu. Ceh over kejap aku rasa..haha. Aku nak cerita keluh kesah aku bila kena buat ketupat pulut ja sebenarnya.
Okay..tak susah pun nak buat ketupat pulut. Yang susah bila dia ada jantina. Ye ada jantan betina, sapa reka jenis balutan ni pun taktahu lah. Tapi aku stress sebab aku hidup dalam kekeliruan jantina ketupat. Mereka mahukan ketupat jantan, and me..i'll always make ketupat betina..why ha? Lagi senang kot..lalala. Kalau ikut hati memang sesuka hatiku sahajalah lipatan ketupat ittew. Tapi well bila buat sesama dengan golongan emak-emak, tok nenek semua memang kena kondem lah.. TT
Sekarang kau tengok jenis ketupat ini. and they want ketupat jantan. Diskriminasi tahu. LOL padahal aku bengang sebab selalu ter-betinak…

Raya.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
Hambar benar intro post aku. Terlalu cliche. Banyak benda nak cerita tapi sebab gambar lambat nau nak dapat, semangat tu tak berapa nak ada. Alasann..haha. Raya macam biasa..tak meriah berbanding zaman kanak-kanak sunkist dulu. Meriah apanya kalau suku masa dekat dapur, suku masa wrestling dengan sepupu dan suku masa tidoq mati depan tv dan lagi suku masa tengok tv. OOTD jangan harap pernah ada. Aku hairan juga dengan orang rajin OOTD. Boleh bagi tips bila time paling sesuai nak ambik gambar tu? Aku rasa macam eh eh time mana orang ada masa OOTD ni. Same goes to monopod..bila entah time sesuai nak bawak keluar benda galah tu. Takkan kat kubur kot. LOL. I is malu.
Cerita raya nanti-nanti lah kongsi eh. Tunggu gambar baru aku upload plus cerita-cerita sebalik tabir. Kalau gambar krikk krikk sangat aku terus tak cerita lah kot..haha. Perangai sangat kan. Ok lah, di kesempatan ni, saya aicehh terus guna 'saya' sebab masuk mood salam peran…

cukup islamkah kita?

Assalamualaikum.

Few weeks before aku ada baca artikel INI di mana Ireland dikatakan negara paling islamik. Mulanya aku fikir tu sekadar provokasi barat saja nak menyakitkan hati. Biasa barat kan perangai poodah cenggitu keja nak tengok negara orang tungggang langgang. Ayah aku juga fikir begitu, anggap sebagai provokasi. On the second thought, Ayah keluarkan hujah. Knowing my Ayah, hujah dia akan buat kau seperti pegi ceramah forum perdana eh tak ceramah lah..apa-apa jenis ceramah pun boleh. Padat dan bermaklumat.
Kata Ayah..it's not bilangan jumlah muslim di negara itu yang menjadikan mereka islamik. Tapi bagaimana mereka yang bukan muslim ini mengamalkan apa yang dianjurkan, digariskan oleh Islam itu sendiri. Dari segi pengurusan, kehidupan seharian, adab dan segala-gala aspek kehidupan. Contoh mudah, Jepun negara bukan Islam tapi bersih persekitarannya. Malaysia? Kat mana ada tanda 'jangan buang sampah disini' hoii terus penuh bawah signboard tu sampah segala tok nenek…

Tiga ibadah anda boleh buat bila menses.

Image
Memandangkan sekarang bulan puasa, keinginan nak beribadah dengan banyak-banyak adalah tinggi sebab pahala dilipat gandakan. Bulan puasa adalah sejenis catalyst untuk perubahan diri, sama ada membanyakkan ibadah ataupun berhijrah ke arah yang lebih baik..luar dan dalam. Tapi well bila menses datang kita perempuan ni rasa err tak dapat dah nak buat itu ini. Salah! Banyak yang kita oleh buat masa menses, takdalah terpenyek duduk saja sepanjang hari atau habiskan masa curi-curi seludup nasi goreng dalam bilik ja keja hang..kahkah.


Pertama, kita boleh berzikir. Kalau kau pesen macam aku yang 'ha, zikir tu yang mana satu?', ya aku memang selalu konfius. Boleh pegi google something macam zikir harian, kalau ada buku lagi bagus. Dan dah jumpa zikir banyak-banyak tu, pick something dan mula amalkan. Kalau satu saja zikir yang kau amalkan pun takpa, jangan risau asalkan kau konsisten, itu adalah lebih baik. Nak lagi senang download zikir dalam bentuk mp3, ala cari hafiz hamidun punya …

kerana karamel.

Tajuk serupa cerpen tak berepisod..haha. Aku buat puding karamel jumaat lepas sempena makan-makan dekat rumah. Masa tengah buat karamel belah petang tu, kakak aku mengemukakan soalan yang memang distract aku dan memerlukan aku berfikir lepastu sedar-sedar setitik karamel ditanganku. Ye, setitik ja tapi panas ya Rabbi. Kalau boleh menjerit, dah aku jerit biar satu taman dengar.
Seminit pertama aku masih cool dan bagitau kakak, 'woi second degree burn' konon macam tahu sangat lah berapa degree aku burn padahal first degree ja pun..bajet. Masa tu tak sakit, boleh duk usha la kesan landing karamel tu. Dah macam kesan asteroid menghentam permukaan bulan dan kulit aku sudah berubah bentuk seperti selepas terkepit pintu dengan efek hitam terbakar.
Selepas beberapa minit..baru aku sedar, pedih. Demm lambat gila sensory organ aku bagi signal dekat otak. Apa ke patrick sangat la pemikiran aku waktu tu. Dah pedih tu menggeletis la cari paip air. Aku serupa lupa cemana nak handle kena be…

Cermin.

Image
Assalamualaikum.
Cermin gunanya untuk tilik diri sendiri. Tengok mana kurang dan betulkan. Bukan buat modal nak perahsantan sorang-sorang seperti 'mirror mirror on the wall who the fairest of them all?' eh gitu ke spell maktiri SnowWhite tu? Ha, motif sekarang..cermin tu bukan untuk kau belek dan perasan 'akulah manusia lawa di negeri ini' lepastu berlagak dengan orang yang kau rasa kurang lawa. Jadah.

Cermin tu guna dia untuk kau muhasabah. Selain digunakan untuk picit jerawat yang dah masak kau boleh la perhati diri kau luar dalam. Seperti kau tengah belek diri kau sambil hati kau berkata 'lawa jugak aku ni' kau sebenarnya boleh bermuhasabah diri dengan berkata 'muka lawa gini tapi selalu solat lewat apagunanya?' lepastu kau boleh depress untuk seketika. Ye memang menyentap jiwa raga tapi ini hal personal..apa peduli. Antara kau, cermin dan pencipta kau.
Bukan apa. Manusia kan suka berlagak..riak..takbur bongkak ha apa lagi..kau boleh namakan sendiri…

masa depan.

Assalamualaikum.

Baru perasan aku belum ada entri bulan Jun. Nak kata busy gila tidak juga, acah-acah busy ada lah. Biasalah kalau dekat rumah duduk dia memang nota entah ke mana, study ke mana. Ye, sebenarnya aku pun taktahu jadah apa aku buat kat rumah sepanjang hari. Tumpang tanya, membazir masa kira berdosa tak? Kalau ya, aku nak pegi insaf selama dua hari. Kalau tak ehee..boleh buat lagi. Danggg *ayah baling periuk*
Oh ya, sekarang dah masuk sem 6. Maknanya tinggal setahun sebelum aku boleh kata byebye kepada dunia degree. Takut juga fikir masa depan ni. Banyak sangat benda nak kena pertimbangkan. Rasa senior tapi bila orang panggil akak ja lah aku rasa cenggitu, kalau tak akulah juniorrrrrr!! *tak boleh terima hakikat*
Aku fikir nak sambung masters tapi tak pasti course apa dan di mana. Tak sure sama ada nak stick kepada apa yang dah aku belajar masa degree atau find some other things that i will surely love. Entah. Aku kan gadis yang penuh tanda tanya dan hidup ibarat suka-hati…

Ayam

Ya. Tahu ayam sedap! Tapi sila jangan makan ayam banyak sangat takut kau terikut-ikut perangai ayam. Kalau kau perasan peribahasa guna perkataan ayam selalu membawa maksud yang tak baik mana pun. Contoh, cakar ayam err hangat-hangat tahi ayam, ayam berak kapur dan bontot ayam. Eh, bontot ayam kira peribahasa/simpulan bahasa ke? Haha. Pandai-pandai je hang mira.
Omputih selalu kata 'Don't be a chicken!'. Maksud dia jangan duk penakut sangat lah manusia hoi. Ha, aku ni kalau jadi translator kat tv mesti orang bengang ayat caca marba..kahkah. Berbalik kepada 'don't be a chicken' tu aku nak bagitau yang benda paling merugikan adalah bila kita takut nak buat sesuatu yang tak patut ditakuti. Kita ni manusia..selalu takut walaupun tak perlu. Entah apa masalah entah. Aku hairan juga sebenarnya. Adakah ini salah syaitonnirrojimmm? Biasalah tipikal..semua benda buruk kena cari salah orang/setan, jangan tuding kat diri sendiri dulu..kah.
Bila kita takut, banyak peluang a…

Suara

Aku belajar sesuatu. Kalau nak orang ambik peduli apa kau cakap, kau kena tegas and please have some gut to tell them. Ha, omputih sebentar..hehe. Cakap belakang takkan membantu. Aku selalu berjaya menghalang diriku dari voice out kan ketidakpuasan hati aku. Dan nyata perghh ayat drama..kakaka..eh sambung balik. Dan nyata bila kita tak nak suarakan kemarahan itu ianya lebih menyusahkan.
Ia ibarat kau nak berak tapi sembelit. Seksa kan? Haa macam tu lah, kau nak buang sebab kau rasa aish takpayah simpan la benda yang susahkan kau tapi yet kau tak boleh. Pehh seksa wo tak boleh berak. Aku pesen kalau tak boleh berak mesti nak muntah, loya-loya semua tu. Bak kata entah sapa entah, aku tak ingat sapa..pening loya tu sebab kau simpan bahan toksik sebab tu lain macam rasa dia. 
Jadi, marilah buang toksik bersama-sama. Eh, aku bukan ajak berak secara berjemaah. Aku ajak korang untuk lebih berani menyuarakan pendapat, ketidakpuasan hati, kejengkelan dan segala ke yang ada di dunia ini. Maril…

harap.

Malas nak berharap.
Sebab kalau berharap sangat pasti kecewa berganda-ganda.
Maaf. Hari ni entri ibarat takda jiwa dan buang masa.
Esok lusa aku kembali ceria. Janji.

say something, i'm giving up on you.

Hari ini.

Assalamualaikum.
Sindrom takdak idea kembali. Buka belog nganga sana sini lepastu idea hilang, tutup. Dah banyak kali jadi. Entah, rasa macam takdak benda menarik nak dikongsi. Mungkin malas..haha. Adakah ini perkara biasa? Kadang-kadang rasa nak delete belog..sebab banyak merapu dari membantu. Tapi bila fikir balik, kalau aku pergi sekurang-kurangnya ilmu aku tulis kat sini orang masih boleh guna dan disebarkan. Mungkin sekadar resepi tapi bagi aku yang sedikit itu pun jadilah mungkin ada manfaat juga untuk mereka yang mencari..mungkin. 
Kehidupan seharian? Alhamdulillah sudah selesai semua presentation semester ini. Sekarang fokus report sahaja. Penat ya tapi gembira juga. Dua dari empat presentation dipuji, lagi dua aku sendiri pun tak puas hati. Tapi biasalah manusia tak sempurna. Cehh cliche ayat bela diri paling sering diguna..poodah boleh tahan aku ni. Okay, salah aku yang mana keja tak sempurna tu, hati tak betul-betul mahu, sambil lewa jadi padan muka kau mira ;p
Kurang dua …

Sambung Masters dan PhD di Malaysia?

Image
Benda baik harus dikongsi.  Jadi aku fikir aku patut kongsi benda ni. Pernah dengar Program MyBrain ? Kalau anda berminat untuk sambung masters atau PhD tapi malas sebab nak kena fikir pasal yuran. Sila bukak portal ini. KPM wujudkan Mybrain untuk bantu kita-kita ni sambung masters/phd dengan yuran ditanggung oleh mereka. Dengan kata mudah,yuran freeokay. How cool is that? Haha.
Cuma kos sara hidup, penginapan dan lain-lain tak termasuk lah. Tapi jangan risau banyak lagi cara untuk kita dapat dana seperti pusat zakat, MARA dan yang sama waktu dengannya. Yang penting kita cuba cari. Bukan tercongok tunggu duit jatuh dari langit.
Ini aku screencap sikit dari laman web MyBrain. 

Aku sekadar menyampaikan. Kalau berminat boleh apply. Tapi jangan tanya aku bagaimana nak isi dokumen itu ini. Aku pun taktahu. Tapi aku pasti maklumat yang kau perlu, ada dilampirkan dalam laman web tu. Aku share sebab aku rasa perlu, bukan sebab aku pernah apply. Aku tak layak lagi, belum ada degree pun..haha.

Manis 23

23 April 2014
Ya..sudah masuk 23 tahun ini. Tahu..aku nampak muda..kahkah.
Ayat self claim tapi tapi ada jugak orang claim aku tak nampak macam 23.
Entah betul entah tak sebab aku selalunya perangai kartun..haha.
Tapi yang best semalam aku keja part time..pegi dengan kawan,
Ada staff ingat dia kakak aku.. kakak ok bukan adik beradik ke apa..ekeke..
Jadi kawan aku, si mekni tu terus tak boleh nak tido semalaman.
Stress mungkin.. :P

Ucapan hangat (direct translate sendiri okay:warm wishes) dari teman-teman sudah cukup buat aku gembira.
Paling best dapat mesej dari ayah pagi tadi dengan perkataan TUA di capitalkan..amboi..
Ok happy gila sebab selama ni aku fikir butang mesej handphone canggih ayah boleh guna huruf 'K' sahaja. Boleh buat bahan pekena ayah bila balik rumah nanti..haha

Tiada party berbelon, tiada celebration meriah dan pasti tiada tepung dilemparkan.
Oh, tepung tak patut dibazirkan, patut goreng buat cucur ikan bilis..sedapnyaaa.
Amalan simbah air jugak tak patut di…

Review: Yo Bride-to-Be!

Image
Tak. Bukan entri aku nak cerita aku ni bakal jadi bride to be..belum lagi. Aku nak share online shop yang mungkin membantu bride to be (B2B) sekalian. Kot kot la tercari-cari tempat shopping alam maya yang menge-bestkan. So, aku di sini nak la bagi sedikit option kot berminat kan. Kot lahh..tak paksa. Aku review ni takda sapa suruh, saja nak share. Tolong business kawan-kawan.
LoveyDoveyLand Yang pertama ialah LDL ni. Owner kenalan zaman menengah atas. Nama dia Ummi. Service yang LDL tawarkan ialah buat sticker tag, gift box, kad kawen, business dan yang seangkatan dengannya. Boleh bincang anda nak apa, baru sesuai dengan kehendak anda. Sticker tag bukan sekadar untuk kenduri kawen-mawen semata, teacher's day, birthday, business, akikah dan apa sahaja jenis majlis berkenaan.
Contoh sticker tag.
Dan sekarang ada promosi menarik. Grab it fast!
Boleh dihubungi melalui: Whatsapp - 0125162283
Instagram - Loveydoveyland
Fb page - LoveyDoveyLand



The Art of Hijab TAOH ni pulak bisnes salah …

aku rela..

Sungguh. Aku rela hasil keja aku dikeji. Dari aku dipuji atas keja hebat yang aku curi.

Mira.

orang bisnes.

Aku ni jenis susah nak percaya dengan orang. Kalau bergolek atas tanah nak suruh aku percaya pun aku takkan peduli selagi takda bukti. Ada bukti pun kalau minda sedar aku cakap 'NO!' aku takkan percaya juga. Jadi senang cakap, engkau takpayah la nak bagi aku percaya benda yang aku taknak percaya..boleh tak?

Satu. Aku tak percaya ke sistem MLM, sistem piramid ke sistem segi empat ke bujur pun aku taknak percaya. Takkan. Apa ke gila aku nak percaya. Kau ingat kalau orang boleh kaya sorang-sorang dia nak share dengan engkau? Memang tak lah. Manusia ni tamak haloba mana boleh bagi orang sekaya dia..kang kaya dah jadi mainstream dia kira jadi tak special dah lah. Imagine semua orang pakai beg LV original, semua orang pakai kasut Jimmy Choo Original dan pakaian pulak semua jenis brand yang aku malas nak ngeja..belit belit ha. Kaya takkan jadi best dah. Sebab tu orang kaya tak ramai dalam dunia ni.

Orang kalau dah kaya takkan nak share sumber kekayaan dia dengan engkau. Kecuali dia p…

pertanyaan yang mengguris hati.

Image
Aku bukanlah golongan mudah terguris hati. Hati keras sikit dari kerak nasi. Jadi kalau engkau rendam dalam air pun tak berapa nak berkesan. Anggap hati aku macam bekas arang terlekat pada jaring lepas bakar sate. Haa, yang hitam tu. Bukan bermaksud hati kotor ye tuan-tuan dan puan-puan dan adik manis sekalian. Aku nak kabo betapa degilnya benda alah hitam tu nak tanggal dari jaring..begitulah degilnya hati aku. Payah nak terguris kecuali ada benda super sedih atau tengok movie meruntun jiwa seperti miracle in cell no. 7..itu rasa hati hancur.

Merujuk tajuk di atas, aku rasa terguris dengan eh jap terguris ke tergores ni? Yang aku pasti dan tahu gores dan menang ja. Mana satu yang betul ni? Encik Osman Baku please jawab kekusutan saya ini. Kenal Osman Baku? Tak kenal gi google sana. Ehem..tersasar dari niat asal. Tampar pipi, kembali ke realiti. Setiap kali kawan tanya bila nak beli smartphone? Ada whatsapp tak? Ada wechat tak? Hatiku rasa terguris. Sebab macam eh eh ketinggalannya d…

Edisi Mudah: Telur dadar ikan bilis.

Image
Gedik kan telur dadar pun aku nak letak resepi kat sini. Tapi resepi tu bukan penting sangat pun..aku di sini untuk memberi keyakinan kepada umat manusia bahawasanya 'Anda semua boleh masak! Takpayah tunggu bini sakit baru nak terkedek-kedek belajar masak. Dan takpayah desperate kelaparan tahap naga tasik chini baru nak belajar masak. Masak itu mudah!' Masak memang mudah tuan-tuan dan puan-puan serta adik manis..yang payahnya, nak masak bagi sedap..hehe.
Pada aku, cukuplah masak setakat mampu kenyangkan adik beradik, anak beranak dan satu family engkau. Takpayah la tahap nak buat katering. Pada aku orang yang patut niaga makanan adalah orang yang dikurniakan bakat memasak..bukan sekadar tahu masak. Banyak beza tu tahu. Kalau setakat tahu masak tapi bakat takda, tak sedap mana pun. Tak caya? Cuba analisis berapa kali engkau makan kat kedai tak sedap? Faktor tu faktor...
Jadi demi memulihkan keyakinan para tukang masak tak berapa nak konsisten seperti aku, aku share resepi telu…

hujung minggu punya cerita.

Jumaat lepas aku dengan hati separuh rela pegi ke satu sekolah di Kuala Nerang, ngajo budak-budak english. Ala ala english camp katanya. Hati aku separuh rela sebab..keja lain bertingkat dah tu nak kena tinggal uni. Aku ni jenis kalau pegi dari uni lebih dari sehari semalam, momentum hilang. Balik cuti midsem toksah cerita lah. Macam mabuk oo..taktahu hujung pangkal dah kekdahnya. 
Tapi memandangkan masa kecik-kecik berangan nak berbakti pada nusa dan bangsa, aku pun gagahkan diri dengan muka senyum manis-kelat bangun pagi tunggu bas ke lokasi program. Jujur, aku benci budak-budak. Kalau baby tak boleh bercakap, haa yang tu aku suka! Bukan apa budak-budak ni aku bukan reti handle pun. Dah sah sah aku garang, penyabar jauh sekali. Masa mula tahu kami kena buat program kat sekolah aku terus rasa krenggggg *guruh*..kilat sabung menyabung lepastu petir panah pokok sebelah aku, mujur aku baring atas tanah..fuhh. Berpeluh aku. Nightmare oh nightmare..
Kalau adik sendiri lain la..suka jugak…

kesempatan

Dunia ni seronok juga sebenarnya. Bergaduh inginkan itu ini sebab rasa diri sendiri bagus. Finee..

Aku bosan bergaduh berebutkan sesuatu yang aku rasa tak perlu. Dalam satu group esaimen aku, semua berebut nak bagi idea itu ini sampaikan apa yang aku cakap langsung taknak dengar. Aku sedar lah muka aku ni memang ala-ala bodoh dan tak reti apa-apa. Tahu. Lama dah aku tahu. Memandangkan aku malas nak buat apa-apa sebab bodoh kan..aku pun bertukar jadi oppurtunist. Ya, si pengambil kesempatan dalam kesempitan..kahkah.

Keji. Aku tahu. Tapi saja aku nak tengok sejauh mana mereka boleh pegi. Go groupmate! Punyalah tak pedulikan aku si oppurtunist ni, diorang nak senyum pun malas. Okay. Oh, tapikan keja taknak assign ke aku lepastu emosi aku tak buat keja. Dia punya emosi bukan marah-marah tu. Dia punya emosi jenis silent treatment anggap saja aku tak wujud. Haa, cenggitu.. So, cuba bagitau wajar tak aku jadi oppurtunist? Hahaa..

Kaedah memberi tamparan virtual kepada groupmate aku ni, senan…

teman baru aku, si kaktus mickey.

Image
Assalamualaikum.
Hari ini aku dapat kaktus mickey dari seorang sahabat. Tak pernah aku dapat kaktus atau segala jenis tumbuhan dari sesiapa. Tumbuhan orang aku pernah dapat pun semua dalam bentuk makanan. Sekarang cerita dia..aku mana pernah bagi komitmen sepenuhnya kepada sesiapa. Kalau kaktus ni mati adakah aku tergolong dalam golongan tiada sifat maderly? Ahh bagaimana mahu kahwin kalau kaktus sebiji eh ke sepohon ni tak mampu aku jaga? Lagi haru kaktus jenis ni membuatkan kau gatal kalau tersentuh durinya. Dah, satu keja pulak. Aku letak kaktus tu depan susunan buku. Maka, makin tak ku sentuh la buku akademik aku. Alasan kukuh..kahkah.

Ingatkan kaktus tak susah dijaga..bila aku buat refleksi diri..aku rasa besarnya komitmen aku dengan sang kaktus. Kena tukar pot bila dah makin besar iaitu tak lama lagi. Kena siram air. Yang itu tak apa, dua minggu sekali pun boleh..kata kaktus kann..hoho. Aku kena beli sarung tangan khas untuk bolehkan aku tukar pot kaktus ni. Ingat nak pakai tual…

semester baru

Hello. Aku cemas ni. Cemas sebab aku rasa banyak benda nak kena catch up. Itu hari aku bergembira dengan peginya Mr. M dari hidupku tetapi kegembiraanku hanya sementara. Yang terindah hanya sementara..betul kata Erra Fazira, aku pecaya kata kau...ssobss. Mr. M memang dah pegi tapi kali ni beliau kembali dalam bentuk lebih advanced. Ingatkan seksa ekonomi sudah berakhir tapi malangnya tidak..sobss. Aku rasa macam nak pegi berperang dah ni. Nasib baik aku tak jual lagi buku makro dan mikro aku. Kalau tak aku kena beli balik..poodah gila rasa.
Semester baru tidak begitu indah wahai tuan tuan dan puan puan dan jugak cik adik manis..Tidak indah! Aku macam ada sleeping disorder ja tapi bukan insomnia lah. Aku nak tido tapi tak boleh nak tido. Bila dah tido aku tak rasa macam aku tido pun. Apakah lah kan. Jangan assume aku angau ibarat makan tak kenyang, tido tak lena, berak tak flush..sekeh nak? Aku makan kenyang, juga tak pernah lupa flush lepas berak cuma masalah tido yang tak lena. Anga…

Soalan yang aku paling malas nak jawab.

Aku taktahu kenapa orang selalu tanya soalan yang aku taknak dengar. Ok lah setakat nak kena dengar tapi yang nak kena bagi jawapan serta pandangan bernas yang payah tu. Bukan apa..aku ni jujur orangnya. Pehhh basuh baju sidai sendiri gayanya ni..tapi logik apa! Kalau tak sidai sendiri bila baju nak keringnya kan. Aku bagi metafora aneh lagi. Eh, metafora ke sebenarnya benda ni? Ahaha.
Setakat soalan femes amess 'bila nak kawen?' aku tak heran sebab takda orang nak tanya soalan berbaur begitu pun kat aku. Satu, sebab muka aku seperti telah dipatenkan sebagai forever alone lepastu sebab kedua, perangai man at heart aku ni. Dalam erti kata lain, takdak ciri girlfriend sejati lah. Kalau aku tetiba invite kawan-kawan ajak mai kenduri mau tercekik tulang ayam secara berjemaah, tak pasal masuk berita. Kalau metro masuk muka depan dengan headline berbunyi, 'Tulang ayam durjana!! gara-gara terkejut dengan undangan perkahwinan seorang kenalan, beberapa individu dikesan tercekik tu…

Orang yang tak pernah mengalami takkan pernah mengerti.

Image
Alergik. Ya, dia datang lagi. Setelah dekat dua tahun tak menyerang. Tak semena-mena dia datang. Amboi dah la tak jumpa sebab kenapa alergik lepastu sekali datang sakitnya tak berapa boleh nak tido malam la.

Ramai orang dalam dunia ni tak mengerti betapa sakitnya bila alergik. Agaknya dia fikir rashes a.k.a ruam tu tumbuh sekadar menghiasi kulit. Kalau ianya tak menyakitkan, sungguh aku tak hairan. Tapi ini.. Gatalnya ruam tu sampai tahap rasa nak rendam tangan dalam air panas menggelegak. Biar tangan kebal dan tak terasa apa. Tapi kang hilang deria tangan aku..tak pasal-pasal ja. Dari sakit sekejap terus kekal.. Sabar mira sabar.

Hari pertama semester baru, aku tak dapat pegi kelas. Terus ke pusat kesihatan dengan sang roommate. Jumpa doktor, ambik ubat dan ke lab nak setelkan jadual sem ini. Bila malam ruam makin banyak. Biasanya dua hari pertama saat paling kritikal sebab time tu ruam baru nak bercambah. Ya, bercambah lagi meriah dari jerawat zaman sekolah.

Dalam banyak-banyak temp…

Goodbye Mr. M.

Bila mood menulis datang mana boleh halang. Haruslah bukak belog dan menulis ibarat aku tak pernah melupakan belog ibarat belogku sentiasa di hati. Bila mood tiada, password pun aku kena recall sebab banyak sangat password nak kena ingat, facebook, twitter, portal uum, learningzone, dropbox dan entah jadah apa lagi. Siap buat stick note tulis password. Teruk.

Result UUM dah keluar, 10 hb hari tu. Portal congested toksah cakap lah..hari kedua baru aku boleh login. Result tu masalah nombor dua, aku nak setel jadual aku dulu untuk semester 6 ni tapi apakan daya sistem komputer pun kadangkala tak betul. Ada dua kelas kena pegi add manual. Tak seronok pun jadi senior, lagi menyampah nak susun jadual..huh.

Oh, nak bagitahu akhirnya aku lulus subjek macroeconomic aku. Rasa nak nangis guling-guling. Aku repeat dua kali ok paper ni! Diulang aku repeat dua kali! Orang cakap microeconomic payah nak score last-last micro sekali ja ambik, macro sampai dua kali. Jadi adik-adik junior sila jangan te…

sebab aku tak punya banyak wang.

Tajuk bunyi macam sedih sobs sobss dah kenapa? Aku ni sebenarnya ada masalah nak bagi tajuk dekat entri. Payah dia lagi payah lagi daripada nak namakan bakal anak di masa depan. Perghh bakal anak, bakal suami pun taktahu ke mana ada hati fikir anak. Tapi aku rasa semua orang ada nama favourite yang ada dalam otak kan. Ke aku sorang-sorang je yang berangan macamni? Ahha.

Tajuk ni sebenarnya panjang lagi,
sebab aku tak punya banyak wang sekarang ini maka aku harus tahan diri sambil menggembara melalui perspektif manusia yang lain.
Haa, itu tajuk panjang entri ni. Itupun setelah dipendekkan dapat la dua baris tajuknya. Ayat macam apa dah. Harommm complicated jugak pemikiran aku ni. Tak sangka aku seperti awek normal biasa yang sungguh complicated. Selalunya aku feelings aku ni gegirl bila pandang phone pink aku yang bapak aku bagi dan bila period melanda. Time lain tak berasa gegirl sangat.

Cemana nak rasa gegirl kalau groupmates assignment selalu panggil aku bro.
'bro assignment apa …

Edisi Mudah: Resepi Cheesekut.

Image
Assalamualaikum.

Seperti biasa, aku kalau resepi mudah, senang dan tak rumit memang aku share. Aku share apa yang aku pernah buat je. Kalau payah memang aku tak buat. Dah tak buat apa ke halnya aku nak share kan. Jadi, aku buat keputusan nak share resepi ni sebab rasa macam aloloo senangnya. Banyak dah orang share resepi ni tapi saja nak jugak up entri satu..hehe.

Aku mula-mula tengok Cheesekut ni dekat belog Kak Yana. Rasa macam senang je, bahan pun tak banyak. Oh, kalau kau rasa nak cari resepi dessert yang mudah dan sedap, pegi usha belog Kak Yana tu. Aku dah berapa kali terpengaruh entah..haha.

Bahan:
  1   paket deluxe cracker original
1/2  tin susu pekat
200 gm cream cheese
2-3 sudu susu full cream dutchlady

Cara-cara: 1. Pukul cream cheese sampai kembang atau lembut. Pakai mixer ataupun blender, ikut suka mana lagi mudah.
2. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih manis, masukkan lebih susu pekat.
3. Masukkan 2-3 sudu susu full cream. Kalau nak cream cheese cair sikit, letak lah s…

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers