Monday, December 16, 2013

Sebab Aku Kena Diet.

Masa kecik dulu aku fikir diet=tak makan langsung. Semua salah tv sebab asal perempuan taknak makan, dia akan cakap 'i diet lah'. So, aku buat kesimpulan, diet is tak makan. Err...memang takkan ada dalam kamus hidup aku lah kan diet mendiet ni. Sebab aku ni food lover yang sejati. Taktahu la sejati tahap mana, sebab aku mana ada ambik gambar makanan setiap kali makan lepastu upload ke social network. Mungkin tak cukup sejati..haha.

Dan sejak masuk universiti aku memang ibarat kena pam..gain weight banyak. Sangat banyak. Ayah dan emak bising sebab gehhmook katanya. Lepastu cakap aku ni budak lagi tak patut gemok gemokan begini. Setiap kali mak balik dari tadika bawak penimbang, mesti dia excited suruh aku timbang. Lepastu bebel..kenapa anak dia ni gemook begini rupa? Ayah akan jawab, asyik makan memang lah gemook anak kita ni.. T_T

Tapi memang pun. Masa zaman belasan tahun a.k.a muda lah kot, berat aku range 44 ke 46 kg. Ini dari zaman sekolah sampai lah habis matrik. Lepas setahun masuk U, aku tak pernah timbang sampailah tahun ke-2, aku timbang pun sebab emak suruh. Kali terakhir aku timbang 58kg. To be exact 58.5kg. Itu dalam pertengahan tahun ini.


Sebenarnya tak timbang pun aku tau aku gemok sebab aku dah tak muat pakai seluar aku. Sekarang dah takpayah pakai belt sebab tak longgar pun seluar..itu kalau berjaya pakai la. Dan baju kurung aku seperti mengecil. Ayat pujuk diri betul..haha. So, aku stress bila aku pakai baju rasa macam ketat. Aku ni dari dulu suka pakai baju besar jadinya bila gemok ni rasa tak selesa lah. Macam sarung nangka je aku rasa.

Jadi itulah sebab aku diet. Demi nak pakai baju dengan selesanya. Taknak bazir duit beli baju baru.
Bukan sebab seseorang tu suruh. Hmm..memang taklah aku nak buat kalau disuruh pun..haha. Diet aku memang paling mudah, kurangkan karbohidrat. Itu sahaja. Aku masih berusaha ni. Kau ingat senang nak control pengambilan karbo? Aku ni dah la pencinta nasi dan potato..sobss. Demi nak save duit, akan ku teruskan niat untuk diet ini.

Here..gambar before masuk u dan after masuk u..hehe.

before

after
Assalamualaikum.
Mira.

6 comments:

  1. miraaaa...byknya pbezaan bila tgk gmbar kat ats nih..huhu..tp xpe,chubby2 pon de org syg...cohmel pe..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa...tahu pun banyak beza. Aku cakap taknak caya kan. :P

      Delete
  2. Replies
    1. eh, tikah bukan berjaya mendiet dan kurus ka? boleh pakai seluar/baju lama kira kurus lah..sobss :"(

      Delete
    2. eh..apa plak..berat sya selalu trun naik lah..tp selalu naik lah..huhuhu ni perot dah berlapis2 ni..mcm mna cite ni

      Delete
    3. ahahaha..sit up lah sampai pengsan gayanya kita ni..hehe

      Delete