Sunday, December 8, 2013

Cara Buat Pengukus Manual Bagi Yang Tiada Periuk Pengukus.

Assalamualaikum.

Itu hari, mungkin setelah berbulan lamanya aku rasa..Dayah ada tanya cemana nak kukus kalau takdak periuk pengukus. Lepastu aku cakap nanti aku draw lepastu tunjuk kat dia. Walaupun macam lama gilaaa dah, aku tetap kena tunaikan janji. So, here you go. :)

Maafkan lukisan yang ehemm..malas nak cakap, aku takda bakat melukis dan apa jua seni. Mohon tahu..haha.

Rajah 1
Seperti gambar di Rajah 1, anda boleh imagine kan? Susun je mengikut apa yang sudah dilukis dalam rajah tu. Lepas boil air sampai agak-mendidih boleh la guna untuk mengukus apa yang kau nak kukus.


#Tips 1 : Periuk dalam rajah ini boleh diganti dengan loyang atau apa sahaja yang boleh bertahan dengan pressure.

#Tips 2 : Kalau nak tambah air, sila guna air panas untuk cepatkan proses boil tu. Kalau masukkan air sejuk memang lambat la makanan nak siap. Sempat agaknya layan cerita hindustan.

Dan bawah ni ialah contoh bakul rotan tu. Aku sebenarnya taktahu sama ada ianya layak dipanggil bakul ke tidak..haha. Tapi kalau kat rumah aku, benda ni memang wajib ada, jadi tempat letak periuk/kuali panas. Boleh didapati di pasar raya mahupun pasar malam/pagi.


Lepas ni boleh la nak try buat Puding Karamel Kukus , ikan masak stim, kek coklat kukus dan yang sama frekuensi dengannya. Makan masakan kukus ni best sebab dia macam gebu betul dan tak guna minyak, bagus untuk kawal pemakanan.

Selamat mencuba!
Mira.

19 comments:

  1. dulu akk pun guna style nie juga mengukus....sampai lah tahap mampu beli periuk kukus yg normal. so cara ni dah ditinggalkan...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha.senang kan kalau ada pengukus normal. ini pun nenek sy ajar masa cuti sem hari tu padahal ada ja pengukus normal..hehe

      Delete
  2. oyehhhh...dpt jgak ak tahu caranya,nasib la bakul rotan tu mmg ada je,xyah susah2 nk cari plak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeayyy! hang boleh try la pasni. boleh terus g praktik dah lepastu sila bagi bukti..hehee

      Delete
    2. aikkk..nk bukti jugak ke???hohohoho

      Delete
    3. mestilah nak! baru tau hang buat ke tidak..ehehe

      Delete
  3. guna bakul plastik jadi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya plastik tak boleh. ada jenis plastik taktahan pressure &panas nanti jadi meleding bakul tu, rosak la. rugi. :)

      Delete
  4. kalo letak mangkuk kaca blh x ? sbb nak kukus nasi.

    ReplyDelete
  5. kalo letak mangkuk kaca blh x ? sbb nak kukus nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure sebab selalunya pakai loyang, tak pun ramekin. kalau mangkuk tu tahan guna dalam microwave, rasanya boleh tahan dikukus. insyaallah.

      Delete
    2. Kalau nak buat kek atau cup cake guna cara ni boleh ke,mohon jawapan segera...

      Delete
  6. Kalau nak buat kek atau cup cake guna cara ni boleh ke

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. bergantung pada resepi. biasanya kek 1jam 30min mcm tu.

      Delete