Tuesday, December 31, 2013

2013

Assalamualaikum.
Sebelum 2013 berakhir aku nak buat throwback sikit. Setakat mana yang ingat. Ada yang memang dah pernah cerita kat sini dan ada jugak yang simpan kat dalam memori je sebab malas nak taip..hehe.

Januari: Explorasi Gunung Tahan
Kali terakhir aku daki gunung i guess. Sebab dah semakin gemuk, semakin tak larat dan geng mendaki gunung dah habis belajar. Nak jumpa geng yang best bukan senang. Jadi aku rasa cukuplah kot hiking dan masuk hutan. Lepasni aku maybe join something yang berkaitan laut pulak. Snorkeling, kayak dan sama waktu dengannya.
 
my worst nightmare T_T
Febuari: Awesome A
Oh, girlfriends datang sini. Sempat lah foya-foya kejap. Macam biasa pegi Gua Kelam yang sebelum ni tak sempat pegi dan juga ke Wang Kelian bawak diorang gi shopping, diorang punya gila takpayah tanya..haha. Dan juga makan laksa dan abc di Kuala Perlis. Best betul petang-petang tengok sunset kan.. :)
 

  
Mei: Rumah Sri Kenangan
Antara program yang aku join sebagai Ajk..tough memang tough tapi ini program under DPP Proton a.k.a kolej kediaman aku..jadi kebanyakan ajk memang kenal lah. Cuma konflik haruslah ada sebab hidup aku time tu chaotic sangat. Dan i cried after the program sebab ada sorang uncle ni nyanyikan lagu' Goodbye My Love' untuk kitaorang. Katanya dia takda apa-apa nak bagi, so dia nyanyi lah. Lagi dramatik, uncle ni takleh jalan so dia duduk atas kerusi roda je. Tapi dia sangat happy go lucky. I'll always remember you uncle.. ;)

Nah, gambar aku kembang semangkuk. Takleh upload gambar dengan diorang..dilarang.

Mei: Mastura's Wedding
Wedding Mastura aku memang dramatik sebab gagah naik bas dari Perlis ke Penang. Siap naik feri kau. Ya, sorang-sorang sebab Efa last minit tak dapat pegi. So, ku gagahkan diri pegi jugak. Thanks a  lot to Dilah sebab ambik aku dan pegi kenduri sesama :)

Ok, gambar dengan pengantin takda sebab pengantin sibuk nak gi tukar dress. Datang lambat.huhu. Rasanya akulah yang takda langsung gambar dengan pengantin sebab aku sakit perut. Sampai rumah kenduri terus pegi kat pengantin dan tanya toilet kat mana. Rare tak rare? Hahaha. Thanks Mas sebab tak lupa jemput :)


Mei: BBQ
Bbq terakhir dengan kawan-kawan hiking. Diorang semua dah habis study, dah habis parktikal tengah tunggu grad tahun depan. So, sebelum habis belajar kitaorang pun ber-bbq lah ramai-ramai. Sangat best..aku makan banyak gila wei. Tengah bbq boleh pulak hujan lebat gila. Dramatik sangat tau.

 

Ogos: Fadira's Wedding
Tak ingat tarikh tapi dalam bulan raya lah. Gambar dengan both pengantin takdak sebab takda orang sharekan dengan aku..haha. Dapat gambar dengan pengantin perempuan je. Ini kawan zaman Pendang jugak. Surprise jugak sebab tahu-tahu je dia jemput kat group Dara Pendang. Kelas kan nama group..haha.
Fadira ni businesswoman, tahu CMC ubat untuk resdung tu? Dialah tokey CMC tu. Sangat sweet..masih ingat kawan lama..terharu kejap. Thanks Fadira sebab jemput :)

Ogos: Meet my Awesome A
Tak cukup geng sebab Tikah balik U awal, dia kena gi Indon rasa waktu tu. So, bertiga sahaja. Pipah happy dapat duit raya kebenaran dari mak aku..haha. Dan sempat pegi melawat Alny kat Uitm. Alny pun dah tengah buat praktikal ni, lepasni payah dah la nak lepak macam sebelum ni.

September: Belajar masak
Nak bangga jap sebab first time buat western food. Sangat best! So, ini lah hasilnya aku bagi roommate aku rasa sekali sebab banyak jugak masaknya. Resepi? Hahaha kelakar pulak bagi resepi bila baru first tiem buat ni.. Kalau rajin aku upload la untuk membuktikan tahap kesenangan buat chicken chop ni.

November: Terengganu trip
Akhirnya dapat pegi Taman Tamadun Islam. Aku teringin lama dah. Dulu pegi tak sempat ke masjid kristal je sebab dah lewat. So, dah tercapai impian aku. A good place to go..sangat informative tapi perlukan maintaince lah. Banyak lah yang kurang bila tak jaga betul-betul kan.


Itu sahaja yang ku mampu recall. Yang lain biarkan..haha. Semoga 2014 lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. Umur makin bertambah harap diri pun makin matang. ^_^

Have anice day!
Love, Mira.

Saturday, December 21, 2013

Kenapa aku ada blog?

Assalamualaikum.

Banyak alasan sebenarnya kenapa orang buat blog ni. Kalau tanya aku, aku memang jenis diary person. Jenis suka menulis. Aku perlukan buku untuk catatkan perjalanan hidup aku. Bercerita apa jadi dengan hidup aku pada diary sedikit sebanyak buat aku lega. Kadangkala sekadar untuk buat motivasi kepada aku sendiri.

Masa aku buat blog, aku memang bertujuan nak share apa yang suka, pengalaman travel, resepi dan juga hidup aku sebagai pelajar. Paling aku suka, blog walaupun takda lah banyak mana details aku tapi bila usha balik catatan lama buat aku mengenang masa lampau aku. Blog ni macam time travel lah. Dari zaman matrik dan sekarang aku sudah di tahun ke-3 di universiti.

Walaupun tak semua aku share di sini..tapi aku tetap rasa seronok bila jenguk blog ni. Paling best zaman matrik. Sikit je post tapi setiap kali baca, buat aku rindu. Ya..dalam draf macam-macam kisah yang belum sempat nak upload. Taktahu la bila yang sesuai nak di upload kisah yang boleh tahan basi tu..haha. Blog ni akan terus jadi jurnal hidup aku. Dari belasan tahun sampai akhir hayat aku mungkin.. ;)

Have a nice day!
Mira.

Wednesday, December 18, 2013

5 hari lagi.

Minggu depan final exam. To be exact 5 hari lagi. Macam biasa lah, masih di awang-awangan..rasa macam tak percaya dah nak final. Hoii nervous sangat nih sebab semua paper berkembar, ada kembar dua, ada kembar tiga. Jarak antara exam haruslah jauh. Penat nak tunggu tapi mungkin ada baiknya. Tak ada lah aku stress sangat. kot. Macam bakal lagi stress pun ada..hehe. Tapi orang cakap appreciate every moment kan. So, aku appreciate je lah moment aku yang macam err..taktahu siang ke malam ni.

All the best untuk semua yang bakal exam. Dan tragiknya aku takdak study week. Oh sangat nice kan. Dari masuk U tak pernah lagi dapat study week. Seksa boleh tahan sebab tak sempat nak cover itu ini. Masuk je era final exam ni rasa macam hebat sebab boleh multitasking. Sambil basuh baju pun boleh hafal formula. Tengah sidai baju boleh ingatkan diri pasal mindmap yang buat semalam. Tengah tidur dalam mimpi boleh keluar soalan matematik. Dalam mimpi pun kena fikir. Taktahu lah apa tandanya..

Aku tak rasa macam stress sebab jerawat tak keluar tapi petanda tak boleh tahan bau makanan dah sampai dah. Aku kalau stress tak boleh bau makanan especially nasi macam pening lepastu nak muntah. Ini mainan perasaan betul. Ke petanda boleh diet sepanjang hampir sebulan exam nih? Hahaa. So, aku makan roti plus buat bubur. Macam sakit pulak. Doakan aku sihat sejahtera sepanjang musim exam ni. Dan boleh jawab exam dengan jayanya serta dapat juga ilmu untuk masa depan.


Assalamualaikum. ^_^
Sekian.Terima Kasih.
Mira.

Monday, December 16, 2013

Sebab aku kena diet.

Masa kecik dulu aku fikir diet=tak makan langsung. Semua salah tv sebab asal perempuan taknak makan, dia akan cakap 'i diet lah'. So, aku buat kesimpulan, diet is tak makan. Err...memang takkan ada dalam kamus hidup aku lah kan diet mendiet ni. Sebab aku ni food lover yang sejati. Taktahu la sejati tahap mana, sebab aku mana ada ambik gambar makanan setiap kali makan lepastu upload ke social network. Mungkin tak cukup sejati..haha.

Dan sejak masuk universiti aku memang ibarat kena pam..gain weight banyak. Sangat banyak. Ayah dan emak bising sebab gehhmook katanya. Lepastu cakap aku ni budak lagi tak patut gemok gemokan begini. Setiap kali mak balik dari tadika bawak penimbang, mesti dia excited suruh aku timbang. Lepastu bebel..kenapa anak dia ni gemook begini rupa? Ayah akan jawab, asyik makan memang lah gemook anak kita ni.. T_T

Tapi memang pun. Masa zaman belasan tahun a.k.a muda lah kot, berat aku range 44 ke 46 kg. Ini dari zaman sekolah sampai lah habis matrik. Lepas setahun masuk U, aku tak pernah timbang sampailah tahun ke-2, aku timbang pun sebab emak suruh. Kali terakhir aku timbang 58kg. To be exact 58.5kg. Itu dalam pertengahan tahun ini.

Sebenarnya tak timbang pun aku tau aku gemok sebab aku dah tak muat pakai seluar aku. Sekarang dah takpayah pakai belt sebab tak longgar pun seluar..itu kalau berjaya pakai la. Dan baju kurung aku seperti mengecil. Ayat pujuk diri betul..haha. So, aku stress bila aku pakai baju rasa macam ketat. Aku ni dari dulu suka pakai baju besar jadinya bila gemok ni rasa tak selesa lah. Macam sarung nangka je aku rasa.

Jadi itulah sebab aku diet. Demi nak pakai baju dengan selesanya. Taknak bazir duit beli baju baru.
Bukan sebab seseorang tu suruh. Hmm..memang taklah aku nak buat kalau disuruh pun..haha. Diet aku memang paling mudah, kurangkan karbohidrat. Itu sahaja. Aku masih berusaha ni. Kau ingat senang nak control pengambilan karbo? Aku ni dah la pencinta nasi dan potato..sobss. Demi nak save duit, akan ku teruskan niat untuk diet ini.

Here..gambar before masuk u dan after masuk u..hehe.

before

after
Assalamualaikum.
Mira.

Wednesday, December 11, 2013

Aku dan impian.

Aku ni sebenarnya boleh la dikategorikan sebagai orang yang tak berimpian. Sebab apa? Aku aku rasa impian boleh melemahkan aku. Ye, tahu! Impian tu perlu untuk bagi kau semangat kan. Tapi aku lebih gemar panggil impian aku sebagai rancangan a.k.a plan. Sebab kalau buat rancangan lepastu tak jadi, takda la aku berduka lara dan bersedih-sedihan. Aku kan taksuka layan perasaan sedih.

Ada satu hari roommate aku tanya soalan cepumas. 'Mira tak rasa nak kawen ke? Kawan-kawan Mira semua dah banyak jugak yang kawen kan? Asyik pegi kenduri je.. Tak rasa macam tergugat ke or rasa nak kawen jugak!!' ujar sang roommate. Aku pun gelak lah sebab sejujurnya kawen tiada dalam plan aku yang asal. Masa umur 20 tahun aku dah ada idea apa nak buat dalam 5 years. Aku tak letak target  kawen dalam 5 year plan aku pun. Kiranya dalam 5 tahun tu aku nak buat apa yang aku suka.

Roommate aku pulak sebaliknya, dia sebolehnya nak kawen before graduation dia. Kiranya nak datang konvo dengan husband lah ataupun at least tunang. Tapi tengok calon sekarang macam tak sempat nak kawen before grad je sebab boyfriend dia junior..hehe. Walaupun begitu, dia berharap graduation day nanti ada lah surprise dari buah hati dia. Roommate aku memang drama sikit. Banyak tengok cerita cinta aku rasa..haha.

Bila aku cakap pasal 5years plan aku dia terus rasa macam aku ni pelik. Seperti mengapakah kau begini tak berperasaan mira? Ahaha. Tapi hampir setahun jadi roommate aku ni, dia dah boleh faham cara aku berfikir dan betapa aku tak romantik. Bukan apa, dia kadang-kadang punya beria cerita scene romantik dalam drama/filem semua lepastu aku cuma jawab 'erk'. Ye, haruslah beliau sakit hati..haha.

Sesungguhnya ketahuilah bahawa aku ni pangkat kakak even nombor dua. Aku banyak tanggungjawab nak kena pikul instead of fikir nak kawen. Kawen tu jatuh nombor berapa pun tak tahu sebab aku tak pernah fikir secara seriousnya untuk kawen. Bukan apa..tengok akaun bank terus tangisan syahdu berkumandang. Jadi bagaimana harus aku fikir nak kawen? Hahaa. One day insyaAllah bila aku betul dah sedia dan rasa macam dah fulfill plan aku yang dah lama aku nak buat, Ya, aku akan fikirkan.

Salah satu sebab aku rasa takpa kawen lambat sikit adalah sebab kakak aku pun belum kawen lagi. Once dia dah kawen mungkin aku akan rasa yang i'm next gitu kot. Lepastu baru excited sikit kot. Gamaknya lah. Hati ni malas betul nak berperasaan. Mak kata the only perasaan yang aku ada ialah marah. Ok mak, ok! Merajuk ah gini.. :P

So, sekarang sudah 22. Kiranya 5 year plan aku tinggal lagi 3 tahun plus minus untuk dilaksanakan. Harapnya semua plan berjalan lancar. Sehebat mana kita plan pun, Dia tetap Planner yang sempurna lagi maha mengetahui. Semoga dipermudahkan segalanya. :)

Assalamualaikum.
Mira.
p/s: sudah 5 tahun. terima kasih untuk itu. ;)

Monday, December 9, 2013

Perempuan dan Perasan.

Perempuan mudah tenggelam dalam perasaan. Juga mudah perasan. Sebab tu perempuan selalu sakit hati.
Ini contoh kisah aku perhatikan.

Si cantik manis Aurum crush dekat Barium yang kacak bergaya digilai ramai. Satu hari Aurum senyum manis kat Barium..Barium balas walaupun sebenarnya dia bukan sengih kat Aurum pun, dia sengih sebab kena cahaya matahari terik pagi. Tu yang jadi dia nampak macam sengih plus kenyit sebelah mata.So, Aurum perasan dah ni. 'Wahh, Barium suka aku!', kata Aurum dalam hati.

Disebabkan Aurum excited dia pun post lah kisah cinta malu-malu (bajet ye) dia tu di facebook, twitter dan tak lupa instag cuma tak sempat buat keek sebab takut jadi viral. Setiap hari post  biasa Aurum akan buat seperti, You are my last love, You light up my life, I love you beby..muahh muahh mahupun I chenta u sangat tau tau! Memang love in the air habis lah wa cakap.

Esoknya, Aurum terjumpa dengan Barium kat gerai jual pisang goreng, kemain senyum sampai pipi. Dan Barium pun senyum lebar je. Padahal hakikatnya Barium tu happy gila sebab dah tiga hari mengidam pisang goreng. Maka, Aurum yang terperasan nak mati ni curi-curi la ambik gambar Barium. Ye lah, follower twitter, facebook, instag semua duk request nak tengok si jantung hati. Dah dapat gambar terus upload dengan caption 'doakan yang terbaik ye kawan-kawan'. Aurum yakin dia tak bertepuk tangan sensorang.

Setiap hari si Aurum ni stalk facebook Barium. Punyalah crush tahap tak ingat, memang semua benda Barium buat dia nak ambik tahu. Dah macam private investigator dah. Dan pada suatu hari...Aurum ternampak Barium meng-update status 'I'm married to Kalium. You are my sunshine baby!'. Terus Aurum bengang. 'Apakah jantan durjana ni? Berani dia tinggalkan aku macam tu je', ujar Aurum bersungguh-sungguh.

Lagi best, gambar Barium dan isterinya Kalium jadi viral sebab sweet sangat. Dah la sweet, sama cantik sama padan la. Memang berapi je Aurum ni. Dan terus la follower/kawan facebook, twitter serta instag tanya sebab Aurum kan duk share status chenta dia yang konon cinta abadi tetiba ternampak gambar sang jejaka kawen dengan orang lain. Apalagi terus la Aurum bengang dan terus menyerang Barium katanya Barium tak setia, tak pandai nak pilih teman hidup.

Barium pelik, siapakah minah yang serang dia secara membabi buta ni? Babi pun tak buta tau. Stress jugak Barium fikir apa silap dia. Tapi nasib baik isteri dia  si Kalium ni jenis tenang, suruh relaks je. Dan Aurum masih ibarat anjing menyalak bukit. Sensorang dia je lah blame si Barium di laman sosial padahal Barium bukan kesah pun.

Memandangkan Aurum dengan beraninya melancarkan perang terhadap Barium di laman sosial serta taktahu malu, Aurum telah dikecam teruk. Orang semua pelik, Aurum ni cukup sifat perempuan ke tidak? Bukan apa..perempuan kan pemalu. Jadi, Aurum pulak diserang oleh para penyokong Barium+Kalium. Ya, dengan hebatnya. Sampai Aurum tertekan dan rasa nak deactivate akaun. Tapi tak jadi deactivate bukan apa Aurum rasa dia ramai follower, rugi lah kalau deactivate akaun. Dah takleh la nak show off lepasni. Lagipun Aurum ni attention seeker. Rasa macam tak cukup oksigen kalau tak dapat attention secukupnya.

Memandangkan Aurum rasa terkesan sikit dengan kecaman ke atas dirinya maka Aurum pun padamlah post chenta hujung nyawa dia tu dan juga gambar dia curi-curi ambik tu. Aurum dengan bajet tak bersalah terus post 'mana ada i syok kat dia, tak pernah pun i cakap i cinta dia. uolls ni saja tau'. Ye, Aurum masih tak dapat terima kenyataan bahawa dia ni perasan sorang-sorang. Padahal dia yang syok sendiri sambil tergedik-gedik.

Kalau sesapa nampak Aurum boleh la lempang sedas dua. Jadi perempuan jangan mudah perasan walaupun anda terasa nak sangat perasan. Have some pride girls.


Assalamualaikum.
Take care. Bye.
Mira.

Sunday, December 8, 2013

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Assalamualaikum.

Itu hari, mungkin setelah berbulan lamanya aku rasa..Dayah ada tanya cemana nak kukus kalau takdak periuk pengukus. Lepastu aku cakap nanti aku draw lepastu tunjuk kat dia. Walaupun macam lama gilaaa dah, aku tetap kena tunaikan janji. So, here you go. :)

Maafkan lukisan yang ehemm..malas nak cakap, aku takda bakat melukis dan apa jua seni. Mohon tahu..haha.

Rajah 1
Seperti gambar di Rajah 1, anda boleh imagine kan? Susun je mengikut apa yang sudah dilukis dalam rajah tu. Lepas boil air sampai agak-mendidih boleh la guna untuk mengukus apa yang kau nak kukus.

#Tips 1 : Periuk dalam rajah ini boleh diganti dengan loyang atau apa sahaja yang boleh bertahan dengan pressure.

#Tips 2 : Kalau nak tambah air, sila guna air panas untuk cepatkan proses boil tu. Kalau masukkan air sejuk memang lambat la makanan nak siap. Sempat agaknya layan cerita hindustan.

Dan bawah ni ialah contoh bakul rotan tu. Aku sebenarnya taktahu sama ada ianya layak dipanggil bakul ke tidak..haha. Tapi kalau kat rumah aku, benda ni memang wajib ada, jadi tempat letak periuk/kuali panas. Boleh didapati di pasar raya mahupun pasar malam/pagi.


Lepas ni boleh la nak try buat Puding Karamel Kukus , ikan masak stim, kek coklat kukus dan yang sama frekuensi dengannya. Makan masakan kukus ni best sebab dia macam gebu betul dan tak guna minyak, bagus untuk kawal pemakanan.

Selamat mencuba!
Mira.

Wednesday, December 4, 2013

Edisi Mudah: Sotong Masak Asam!

Assalamualaikum.

Itu hari balik rumah ayah request sotong masak ayam padahal aku bukan tahu pun sotong masak asam tu cemana rupa. Macam hilang ingatan kejap..haha. Biasanya sotong buat masak sambal, goreng tepung kan tapi kat rumah aku sotong selalu letak dalam sayur, nasi goreng takpun tomyam dan of course masak asam ni. Selalunya sotong ni jadi side dish je sebab makanan wajib kat rumah aku adalah ikan.


Dan aku hanya makan seafood bila kat rumah atau kat kedai makan selain dari kedai yang ada kat dalam kawasan universiti. Sebab? Aku was-was tahap kebersihan dan food handling seafood ni. Aku kan di train oleh ayah untuk handle seafood. Memang pembersih tahap dewa kalau aku yang siang/handle seafood. So, aku jadi tak sedap hati kalau tengok seafood yang orang lain prepare. Kegilaan apakah ini? Aku pun taktahu..haha.

Lagipun kalau kat kafe universiti/kolej kan diorang selalu masak halal balal je. Kadang-kadang bau hanyir tak hilang. Itu memang aku takleh terima. So, selamat tinggal seafood! Itu yang balik rumah selalu mengidam seafood tu..hehe.

Ok, kembali kepada topik asal.

Resepi Sotong Masak Asam

Bahan-bahan:

Sotong- 6 ke 8 ekor
Bawang besar-1 biji
Bawang kecik (3 ulas) + bawang putih (1 ulas)=tumbuk diorang.
Asam jawa-sejemput(rendam dalam air)
Sos Tiram- 4 sudu.

Cara-cara:
1. Tumis bawang kecik+bawang putih yang ditumbuk tadi sampai bau wangi. Pakai minyak sikit je untuk tumis tu.

2. Agak-agak bawang dah tukar jadi kuning masukkan air asam jawa yang direndam tadi. Letak sikit-sikit  dulu kalau tak yakin.

3. Lepastu letak sos tiram lebih kurang 4 sudu. Sebenarnya ikut suka kau je lah nak letak banyak mana pun.

4. Masukkan sotong dan biarkan dia masak kat dalam kuali tu.

5. Then, masukkan bawang besar. Kalau taknak bawang lembik sangat letak la lambat-lambat sikit.

6. Tunggu kejap biar sotong tu masak betul dan siap!

Atas ni how sotong masak asam look like sebelum ianya masak sepenuhnya. Kau biar je dia masak kat situ. Kuah ni mula-mula cair je dan akan pekat dari semasa ke semasa.

Haa, ini rupa last dia. Nampak masam tak? Sebenarnya tak masam sangat pun sebab dah letak sos tiram bagi kurang sikit kemasaman asam tu. Dan takyah letak garam. Sos tiram dah masin pun. Kalau kau insist nak letak garam sangat, letaklah. Aku kan tak makan masin memang tak letak garam dah.

Kalau nak lagi best letaklah cili padi sebiji dua. Aku lupa letak cili sebab nervous lama tak masak..haha.
Selamat mencuba!

Mira.