Monday, October 21, 2013

Oh, My..

Assalamualaikum.


Masuk minggu ke-7 a.k.a minggu ini memang super penat. Taktahu nak explain penat tu cemana. Midterm secara berjemaah bermula selasa ini. Semua subjek takmau kalah. Semua nak buat midterm exam awal. Dah kenapa? Dalam banyak-banyak hari kenapa harus pilih tarikh yang terlalu rapat. Pakatan mendera jiwa dan raga sungguh.

Itu belum kira assignment, presentation, homework mahupun revision. Kadang-kadang rasa tak sempat kejar masa. The only good thing from this busy schedule is I'm not hungry all day long anymore..haha. Stress punya pasal terus loss appetite. Pun boleh..haha. Mohon turun berat barang sekilo dua. Kalau turun alhamdulillah sangat.

Cakap pasal berat badan. Haruslah raya aidiladha hari tu aku dikecam hebat. amboi, kecam kau. haha..taklah, dikutuk hebat gara-gara masalah kegemukan yang melanda diriku dewasa ini. Ayat karangan spm, haruslah sedikit gramatis..ekekeke. Ok, back to the topic. Mohon kawan-kawan yang slim melim gorgeous share-kan idea turunkan berat badan dengan berkesan. Hanya kaedah natural sahaja yang aku sudi ikut. Makan ubat, herbalife etc takmo!


Seriously have to do something to this body..haha. Kalau tak, terpaksa let go baju-baju yang masih elok tapi tak muat dah. Adik aku pulak ada taste fashion sendiri, kadang-kadang je dia rembat baju aku. Selalunya dia tak berapa nak pakai kalau tak kena gaya dia. InsyaAllah bakal jual sejumlah pakaian yang masih elok tapi tak pernah dipakai takpun sekali dua sahaja pakai. Kesian tengok baju dalam kotak, almari duk tersadai tanpa kasih sayang dan perhatian.

Ok lah, saja nak update nak bagitau aku masih bernafas di dunia yang fana ini. Doakan aku berjuang hingga ke titisan teh ais yang terakhir. Ya, takda kaitan. Apa lah yang nak diharapkan pada entri dikala 3 pagi ni..haha.

Sekian.
Love, Mira.

5 comments:

  1. alahai..kesiannya mira, hihi ada bape sem lagi tinggal? gud luck okeh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kak. datang time busy macam tu lah. bila malas, apa taknak buat,salah sendiri..hehe

      Delete
    2. eh, lupa nak jawab pulak. ada dua sem lagi. thanks kak emma. hihi :)

      Delete
  2. mira..ak x dpt nk imagine la hg gemokkk..rsanya bdan hg tetap maintain jer..propaganda kah?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. imagine pipi kembang dengan paha yang turut kembang macam drumstick..hehe. takda masa aku nak propaganda, baju semua tak muat dah. mostly..huhu

      Delete