Terima Kasih. Thank you.



Ada sekali masa zaman matrik, si Wa marah-marah bila ada budak yang tak reti cakap terima kasih. Tak ingat sebab apa tapi budak tu memang patut cakap terima kasih pun. So, apa lagi..mengamuk lah dia waktu tu. Aku sengih ja lah..hehe. Mengamuk versi Wa ialah membebel non stop. Kalau kau pernah dengar, kau tahu la betapa mak neneknya beliau bila membebel...kekeke.

Jadi, berbalik kepada soal ucapan terima kasih.
Aku perasan ramai yang payah/berat mulut nak cakap terima kasih. Tak tahu lah kenapa. Mungkin jenis tak kisah pasal orang, tak reti menghargai atau jenis sombong. Taktahu lah aku. Sebab aku ni jenis yang diajar untuk selalu cakap terima kasih pada orang. Cuma kadang-kadang duk leka buat benda lain aku lupa nak lafazkan. Rasa bersalah ja bila tak cakap terima kasih bila orang dah buat baik dekat kita. Haa, itu contoh salah sendiri ya.

Kepada siapa nak cakap terima kasih?
Sebenarnya pada sesiapa yang kita jumpa setiap hari kita boleh cakap terima kasih. Macam aku setiap kali turun bas aku akan cakap terima kasih kat driver bas tu. Kalau turun ikut pintu depan memang aku make sure suara aku driver tu dengar. Takpayah sampai satu bas dengar ye. Itu sebagai tanda aku hargai dia hantar aku pegi kelas walaupun lambat..sobss. Kalau aku turun ikut pintu belakang pun aku cakap terima kasih jugak tapi macam lebih kepada cakap pada diri sendiri gitu.

Paling senang kat makcik/pakcik/abang/kakak/adik yang keja kat kafe. Dah sah-sah setiap hari jumpa kan. So, amalkanlah ucap terima kasih. Setiap kali lepas bayar duit makan ka..or diorang ambik order ka ataupun bila diorang tolong bersihkan meja. As simple as that. Tak susah pun kan yet aku tak paham kenapa ada manusia yang nak cakap terima kasih punyalah payah.

Pada akulah kan, bila cakap terima kasih ni nampak la kita hargai kebaikan orang tu buat. Even kau rasa macam "eh eh..memang keja dia kot. apahal nak terima kasih bagai?". Well, cuba pikir kalau itu memang keja dia sekalipun apa salahnya kau gembirakan hati dia. Cakap terima kasih bukan kena bayar pun. -.-'



Sekian, terima kasih sebab baca. :)

 Love, Mira.

Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers