jadual sempena ramadan

Assalamualaikum.



Sempena bakal menyambut ramadan tahun ni, aku nak share sesuatu yang aku belajar dari talkshow kat tv. Jumaat minggu lepas atau mungkin dua minggu lepas, aku ada tengok slot selamat pagi malaysia kat tv1. Macam pelik sangat tetiba layan tv1 kann. Dalam rumah ni, selalu kalau jenis layan tv1 ni ayah dengan akak aku je..hehe.

Dan pagi-pagi kan selalu ada talkshow yang best-best.Sebabkan kitaorang keluarga melayu tradisional so layan talkshow yang cakap bahasa melayu je. Breakfast show ke apa tak mampu nak tengok. Itu bentuk ketidakadilan sebab takdak subtitle.

Jadi selalu antara Selamat Pagi Malaysia takpun Malaysia Hari Ini jadi pilihan. Serius cakap memang best layan talkshow pagi-pagi. Sebab banyak gila kita boleh belajar. Ada tips, info terkini dan macam-macam. Kalau anda tak pernah layan talkshow pagi ni kira boleh tahan rugi lah.

Berbalik kepada rancangan selamat pagi malaysia di suatu jumaat tu, ada slot jadual ramadan. Kalau tak salah yang bagi tips tu imam muda asyraf. Aku rasa la sebab aku ni payah nak cam orang.

So, dia bagi lah guideline cemana nak buat jadual sempena nak sambut ramadan ni. List je sunnah yang kita rasa kita nak start amalkan sepanjang 30hari tu. Buat la senarai banyak mana pun  as long as kau rasa mampu nak buat rutin yang sama secara istiqamah.

Ini contoh jadual ramadan yang aku buat.


Aku punya contoh ni simple gila. Sebab..kau ingat senang nak istiqamah? So, aku buat yang rasa insyaAllah termampu untuk dilakukan sepanjang bulan puasa ni. Mana tahu kot berkesan dalam mendisiplinkan aku, boleh terus amalkan untuk bulan-bulan yang lain jugak.

Ada sunnah yang senang macam bersahur. Kau bangun makan/minum  pun dah kira ok dah kan. Tak susah kalau ngantuk sangat, letak air dengan kurma dua biji tepi katil kau. Senang kan..tapi itu tahap malas sangat-sangat dah tu..hehe.

Aku letak solat kat situ jugak. So, disamping nak kejar yang sunat, yang wajib tak dilupakan gitu. Barulah rasa lengkap hidup ni. Dan part 'do something good', apa-apa sahaja benda baik yang kau buat kau tanda lah. Contohnya, pegi bentangkan sejadah sebelum solat tarawih. Tolong siram pokok bunga mak pun boleh kira something good kan. Bagi kucing makan ke..takpun paling senang tolong mak/ayah kau. Serius senang nak buat baik. Sama ada kita nak ataupun tak je.

So, itu sahajalah update hari ni. Yang mana baik bolehlah diamalkan. Well, takpayah susah buat jadual camni pun, sebab sekarang dah ada aplikasi camni dalam smartphone kan. Tapi aku kan oldschool takda smartphone semua tu, so pakai jadual macam ni lah. Okey lah jugak kan, boleh jadi panduan kat aku. Dan mungkin jugak korang. Sharing is caring. (^_ _^)v


p/s: benda ni praktikal lah kalau nak ajar anak yang baru nak start berpuasa. buat jadual cantik-cantik lepastu bagitau diorang. mesti diorang lagi semangat.

Love, Mira.

Comments

  1. nak buat jadual jugak la cam ni...mana tau berkesan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat jangan tak buat dayah..hehe.

      Delete
  2. bagus jugak ade jadual macm ni kan..:)
    salam ramdhan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, buat reminder.. salam ramadan jugak akak. :D

      Delete
  3. wah, bagus betul mira nih..kitorang pulak tengah disiplinkan diri untuk solat di awal waktu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..saja ja kak emma, cuti2 ni banyak masa terluang..hee. haa, solat awal waktu pun kita tgh nak cuba disiplinkan. sama lah kita.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers