Husnuzon

Assalamualaikum.


Itu hari tengok program Zikir Hati yang tetamu dia Diana Amir (DA) dengan Ustazah Asni tu. Topik dia adalah Husnuzon iaitu sangka baik dan Suuzon iaitu sangka buruk.

Sebelum nak memberi pandangan sendiri aku nak point out apa yang DA ada cakap. DA cakap ada ustaz dia cakap.. Haa, banyak cakap cakap kan. Ilmu kan memang camtu, yang mana baik harulah disampaikan. Tak gitu? Hehe..

Katanya mata ni ada dua jenis, mata madu dengan mata lalat.
Mata madu ni mata yang selalu nampak kebaikan. Cemana pun keadaan, dia nampak sisi kebaikan dulu. Dan mata lalat ni asyik nampak yang buruk-buruk ja. Asyik nak fikir yang teruk a.k.a negative thinking. So, kita pilihlah nak mata kita jenis yang cemana.

Jadi itulah, sedikit ulasan dari program tu. Dapatlah jugak input sikit buat peringatan. Daripada duk menghadap drama ja keja aku..hee.
Dalam kehidupan seharian ni memang banyak yang boleh buat kita sangka buruk lagi-lagi di bulan puasa ni. Sebagai contoh, bila hang tengok orang keja kontrak duk buat jalan raya yang duk rehat tepi jalan dan ada tergantung teh ais ikat tepi.

Mungkin ada yang terdetik kat hati, 
eleh, keja tak tara mana pun tak puasa..piirah’.
Well, aku nak bagitau satu ja, kalau hang rasa camtu apa kata try keja kontrak selama satu hari. Aku rasa sehari pun mampu buat hang kenang untuk seumur hidup.

Jangan sebab kita keja dalam aircond buat kita rasa macam keadaan orang lain pun sama. Penat keja dalam aircond dengan penat keja di tengah panas lain wei. Kalau tak percaya sila cuba.

Menurut pengalaman sendiri, aku pernah tolong tarah rumput dengan sapu daun-daun berguguran kat rumah tok aku seluas separuh halaman pun dan rasa nak nangis. Rasa penat dengan dahaga tu Ya Allah memang perit nak tunggu berbuka. Itu baru keja yang boleh kata ringan ja, tak sampai keliling rumah lagi tu pun dah rasa nak nangis. Bayangkan la orang keja kontrak takpun keja di sawah…

Cuma kalau dah tau tak puasa sebab keja berat ni pandai-pandai la cover bila nak makan/minum. Jangan duk berlagak tunjuk tak puasa pulak. Itu kang tak pasal-pasal kena angkut dengan van jenazah. Sendiri mau ingat lah. Dan jangan lupa ganti puasa tu.

Ramai orang tak faham situasi orang yang keja berat dan cenderung nak kata macam-macam kat diorang ni. So, lepasni sebelum nak tuduh orang itu ini mohon fikir dulu takpun cuba menyelami kehidupan orang tu dulu baru cakap ya. Sekian.

Love, Mira.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers