Edisi Mudah: Ketam Masak Cili

Assalamualaikum.

Dua hari lepas aku masak ketam masak cili. Lepastu memandangkan rasa macam simple je resepinya maka haruslah share.


So, aku rujuk resepi dari sini. -->> Rasa Karangkraf
Tapi seperti biasa haruslah ada ubah sana sini sikit.

Resepi: Ketam masak cili.

Bahan A: (kisar)
bawang merah -3 ulas
bawang putih -2 ulas
halia -1 inci
serai -1 batang
cili padi -8 biji

Bahan lain:
sos tomato -2 sudu
gula
garam
kunyit

Cara:
1. Pertamanya campur garam dan kunyit pada ketam. Dan kemudian goreng. Goreng separuh masak dan angkat. Kalau kering nanti dah tak best dah rasa dia.

2. Panaskan kuali dan minyak. Then, tumis bahan a yang dikisar tadi sampai pecah minyak.

3. Lepastu bolehlah masukkan sos tomato, gula dan garam. Letak secukup rasa ya.

4. Masukkan ketam. Kacau sampai sebati dan biar dia masak sekejap.

5. Dan...siap dah.


Note:
* Kalau nak masukkan telur pun boleh, untuk pekatkan kuah. Itu ikut selera anda lah ya.
* Sos cili dengan sos tiram pun boleh tambah. Sebagai perasa tambahan kan.
* Bahan-bahan ni sesuai untuk 3 hingga ke 7 ekor ketam. Makin banyak bilangan ketam, maka jumlah bahan pun kena tambah bagi seiringan.

Akhir kata, pesanan dari aku: Memasak tak pernah susah, yang susah bila malas..hehe :D

Love, Mira.

Comments

  1. amboi...cheq terasa part akhir tuuuu.. huhuhuhu menitik ayaq mata eh..hhahahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tikah,sy cakap utk diri sendiri ja lah..hahaa

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers