Monday, July 1, 2013

edisi mudah: ayam goreng ala kfcdefghijklmn...

Assalamualaikum.

Itu hari aku buat ayam goreng ala kfcdefghijklmn.. Aku kalau letak nama, kalau tak panjang kira belum cukup annoying la, itu yang gatal letak nama camtuh..hehe.

Ok, berbalik kepada resepi, aku tertarik dengan resepi kak Liana kat belog dia yang senang gila lah. Kalau ini tak dikira sebagai senang boleh lah cop diri sendiri pemalas. So, dengan sedikit perasaan rajin aku buat lah ayam goreng tersebut tapi dengan penambahan ikut suka hati nurani.

Walaupun tak perfect lagi ayam goreng kfcdefghijklmn aku ni tapi aku puas hati sebab rupa ayam tu memang jadi macam gambar kat bawah ni. Tapi itu sumber google ja lah. Ingat aku rajin nak ambik gambar ni? Memang tak ah..hehe.

*google*

Ini resepinya:
Ayam goreng ala kfcdefghijklmn

1. tepung gandum
2. serbuk cili.
3. serbuk kari
4. lada putih
5. garam
6. ayam- sebelah sahaja
7. telur- sebiji


Cara-cara:
1. Basuh ayam dan tos.

2. Ambik mangkuk dan letak tepung gandum+ serbuk cili+serbuk kari+lada putih+garam. Gaul sebati dan biar dia dalam keadaan kering.

3. Gaul ayam dalam mangkuk tadi tu. Dan biarkan ayam tu kat dalam mangkuk tu selama beberapa minit.  Aku tunggu kejap ja sebab malas nak perap lama..hehe.

4. Panaskan minyak. Yang penting minyak kena banyak, sebab kita nak deep fry baru lah ayam dimasak sekata pada waktu yang sama. Dan pastikan minyak betul-betul panas baru best.

5. Celup ayam dalam telur  dalam bekas yang lain. Lepastu, kita buat coating balik dalam mangkuk yang kita guna tadi. So, kira dua kali lah kita menggaul ayam ke dalam campuran tepung tu.

6. Goreng ayam dan lepastu boleh la dihidangkan.


nota kaki:

  • Kalau tak yakin, gorenglah seketul dua then rasa dulu. Kalau kurang perasa ke apa boleh la betulkan.
  • Taknak guna telur pun boleh, ce try tgk link resepi kat atas tu.
  • Segala jenis campuran tu aku agak-agak ja..hehe.
  • Nak lagi senang, boleh lah beli terus tepung gorengan yang kat pasaran tu. Konfem jadi. :)
selamat mencuba!


p/s: Itu sahaja untuk hari ni. Hari ni kena masak lokan masak kicap. Huhu..takut gak lah sebab ayah yang selalunya masak dish tu. High expectation ni. Ok bye.

Love, Mira.

6 comments:

  1. lepas ni xpayah beli kfc dh la...jimat duit...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak. sebab aku kan malas..hahhaa.

      Delete
    2. ala...aku buat tak jd sgt mcam ayam kfc..sob3

      Delete
    3. praktis lah selalu. hang kan chef masa cuti camni? hihi

      Delete
  2. wah, rajin betul mira kat dapur yer..boleh jadi calon isteri mithali nih..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..kak, ini sebab cuti ja ni rajin sikit masak. tapi kalau dtg hari malas memang takdanya..hehe

      Delete