random thing.

Assalamualaikum.

Apa yang lebih indah dari meng-update dikala ada kat rumah sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aaaaaaaaaaa...indahnya. Ayat nak bajet happy gila ja padahal normal pun duk rumah sebab selang dua minggu memang bertapa kat rumah pun..hehe.

Sementelah kat rumah ni seperti biasa memang hari-hariku dipenuhi dengan lecture oleh beloved emak dan ayah. Oh, kalau kau pernah jumpa mereka mesti faham lecture apa yang harus aku dengari saban hari. Kadang-kadang best jugak, kadang-kadang bosan sebab lecture berulang. Nak tegur kang kesian pulak, emak/ayah tengah excited nak bercerita cam tak baik pulak potong mood kan. Dah tahu pun buat muka excited jugak..hehe. :P

Tapi aku paling malas nak dengar lecture yang bertajuk "Hey mira hang dah gemuk! Bila mau kurus?"
Serius tak tipu, ini topik paling banyak diungkit. Ada masa ja, terus kena bahan..sobss. Tapi lepastu aku bahan ayah balik sebab dia pun gain weight sangat banyak jugak..haha. Lawan mengutuk kegemukan masing-masing..indah kan..haha.

Ohh my...raya ni pun pasti topik gemuk masih berada di carta teratas. Tahun lepas dah kena, tahun ni pun mesti kena lagi since makin menggemuk. Tapi takpa, kita tabah. *tepuk bahu sendiri*



p/s: makanlah selagi tak memudaratkan. sekian. :)

Love, Mira.

Comments

  1. hehehe..rasanya tu topik yg bakal diungkit jugak oleh mak ak nnti...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...so, cemana? mak hang ada kata apa2 tak? hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers