Sunday, May 26, 2013

Review Novel: Suami Yang Kubenci

Assalamualaikum.

Suka baca novel tak? Kalau suka meh sepp sikit. Geng lah tapi aku bukan fanatik novel lah. Dulu-dulu zaman muda remaja suka ah layan novel-novel ni. Bajet jiwang gitu. Lepastu makin tua makin malas nak layan novel. Sebabnya jalan cerita akan-akan ja. Boring tahu.

Sekarang beli novel bila aku curious ja. Maksudnya baca online dulu sekerat lepastu baru decide untuk beli kalau best. Tapi kadang-kadang dalam belog best ja ceritanya tapi bila dibukukan tak best. Frust tau tak? Tapi tak selalu lah jadi camtu. Tapi bila jadi camtu, kecewa tahu tak..sobs.

Oleh, itu saya di sini akan memulakan review novel yang mungkin membantu dalam memilih bahan bacaan di masa lapang ni. Kalau tak membantu maafkan saya..

Dan novel pertama yang aku strongly recommend adalah 'Suami yang Kubenci'. Walaupun bunyi macam keji gila tapi best woi. Aku suka gaya bahasa dia. Cuma biasalah permulaan cerita yang cliche, terpaksa kawin sebab tunang si perempuan lari so hero ni tolong gantikan.

Apa yang menarik?


Aku ni jenis suka baca banyak kisah dalam satu novel berbanding fokus pada hero dan heroin semata-mata. Selain kisah Uwais dengan Hannah sebagai watak utama, ada gak kisah cinta yang kelakar dan awkward antara abang Fawwaz dengan cikgu Batrisya. Insiden curi selipar, takut lintah/pacat, tak reti masak, tak reti ngorat. Macam-macam lagi lah.

Yang paling best karakter makcik Sari emak si Uwais. Mak dia sangat spoting tapi garang tapi sweet. Eh?! Mak dia memang menarik minat aku. Banyak kali baca novel ni pun aku tetap gelak bila bayangkan mak dia nih. Sangat lawak ok.

Aku tak menyesal lah baca buku ni. even kakak aku yang bukan pembaca novel pun suka dengan novel ni. Dan 'orang tu' pun baca jugak, ya memang tak boleh blah layan novel jugak..haha.



Kalau rasa was-was gitu boleh lah baca beberapa bab awal dalam penulisan2u kat SINI
Dan kalau nak save duit belilah secara online kat Karya seni
Dapat jimat RM3 dan free postage.
Aku dah beberapa kali beli kat sini.
Mudah ja urusan dia, just follow arahan dia dan bayar.
Lepastu dah dapat novel..yeay!

Selamat membaca!
Love, Mira.

3 comments:

  1. sy pon ade + dah baca jgk novel nie..mmg best lah, berbaloi2 beli..hehe ritu baca kat penulisan2u novel i love u stupid, kemaen lg best..lepas tu terus decide nak beli even tebal + mahal, tup2? kurang menyengat lah..uhuk,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, kadang2 macam tu. baca online kemain best tapi bila beli nak baca sambungan dia menghampakan. macam hilang taring gitu. tak suka la..huhu.

      Delete
    2. saya suka i love u stupid. tebal2 pon dok ulang2 baca. khatam 3-4 dah kot. hahaha

      Delete