Sunday, May 26, 2013

Novel: Suami yang Kubenci

Assalamualaikum.

Suka baca novel tak? Kalau suka meh sepp sikit. Geng lah tapi aku bukan fanatik novel lah. Dulu-dulu zaman muda remaja suka ah layan novel-novel ni. Bajet jiwang gitu. Lepastu makin tua makin malas nak layan novel. Sebabnya jalan cerita akan-akan ja. Boring tahu.

Sekarang beli novel bila aku curious ja. Maksudnya baca online dulu sekerat lepastu baru decide untuk beli kalau best. Tapi kadang-kadang dalam belog best ja ceritanya tapi bila dibukukan tak best. Frust tau tak? Tapi tak selalu lah jadi camtu. Tapi bila jadi camtu, kecewa tahu tak..sobs.

Oleh, itu saya di sini akan memulakan review novel yang mungkin membantu dalam memilih bahan bacaan di masa lapang ni. Kalau tak membantu maafkan saya..

Dan novel pertama yang aku strongly recommend adalah 'Suami yang Kubenci'. Walaupun bunyi macam keji gila tapi best woi. Aku suka gaya bahasa dia. Cuma biasalah permulaan cerita yang cliche, terpaksa kawin sebab tunang si perempuan lari so hero ni tolong gantikan.

Apa yang menarik?
Aku ni jenis suka baca banyak kisah dalam satu novel berbanding fokus pada hero dan heroin semata-mata. Selain kisah Uwais dengan Hannah sebagai watak utama, ada gak kisah cinta yang kelakar dan awkward antara abang Fawwaz dengan cikgu Batrisya. Insiden curi selipar, takut lintah/pacat, tak reti masak, tak reti ngorat. Macam-macam lagi lah.

Yang paling best karakter makcik Sari emak si Uwais. Mak dia sangat spoting tapi garang tapi sweet. Eh?! Mak dia memang menarik minat aku. Banyak kali baca novel ni pun aku tetap gelak bila bayangkan mak dia nih. Sangat lawak ok.

Aku tak menyesal lah baca buku ni. even kakak aku yang bukan pembaca novel pun suka dengan novel ni. Dan 'orang tu' pun baca jugak, ya memang tak boleh blah layan novel jugak..haha.



Kalau rasa was-was gitu boleh lah baca beberapa bab awal dalam penulisan2u kat SINI
Dan kalau nak save duit belilah secara online kat Karya seni
Dapat jimat RM3 dan free postage.
Aku dah beberapa kali beli kat sini.
Mudah ja urusan dia, just follow arahan dia dan bayar.
Lepastu dah dapat novel..yeay!

Selamat membaca!
Love, Mira.

Tuesday, May 21, 2013

Obsession :3


Assalamualaikum.



Kebelakangan ni, aku macam obses sikit lah dengan sewing thing ni. Sebelum ni pun pernah obses dah tapi kejap ja sebab busy dengan komitmen sebagai student. *tangan di dada mata ke atas*

Sejak last year aku rasa sangat teringin nak start my own business yang of course berkaitan fashion. Lepas habis spm dulu aku ada ambik kelas menjahit tapi tak ramai yang tahu. Kawan rapat ja tahu sebab malu. Perangai brutal macam aku ni pegi kelas menjahit? Gelak pecah perut lah kawan-kawan sekolah aku. Even that someone macam gelak sembunyi-sembunyi sebab taknak aku kecik hati.

Ayah aku pun sangat sokong kalau anak-anak dia belajar benda kemahiran macam menjahit, masak dan yang sama waktu dengannya. Ayah pernah suggest aku apply fashion design untuk upu. Tapi hell no lah. Sebab kelemahan terbesar aku ialah aku tak pandai lukis. Sangat tak pandai lukis. Ini diwarisi dari ayah..haha. Selama ni kalau aku reka apa ke benda pun hanya melalui imaginasi aku sendiri ataupun lepas dah google sana sini.

Dah beberapa kali blogwalking kat belog yang ajar diy, makin gila lah aku nak buat benda alah semua tu. Cuma masalah terbesar sekarang mesin jahit kat rumah dah rosak..sobs. Nak beli yang portable tu tapi tengok akaun bank..pengsan~~

Mana nak cekau duit? Aku tengah fikir sama ada aku perlu buat muka comel bila buat cubaan mintak sewing machine kata ayah dengan mak..hehe. Since ayah dah pencen ni rasa keji pulak kalau aku demand kan. Dah lah Samad Don, adik aku tu bakal masuk u or matrik ntah. duit lagi.

Mungkin permulaan ni aku nak start buat yang simple macam potong kain ikut measurement sesuka hatiku dan suruh kedai tolong jahit. Start cuti sem tiga bulan ni rasanya dah boleh slow-slow buat diy kalau menge-bestkan dan berbaloi boleh start bisnes..yeay!

Oh, gambar bawah ni dari hasil google diy. Akak ni sangat ohsem. Super duper ohsem tapi tak ingat link dia. Long cardigan dengan dress merah tu dia jahit sendiri. Cantik kannnn...



Ini pun hasil meng-google jugak. Akak bawah ni banyak jugak koleksi diy dia. Bukan setakat baju, beg, ribbon, dress semua ada..Ya, lupa link lagi sekali. Tapi omputih la penerangan dia. Haa, kat gamabr tu link belog dia.


Sebagai permulaan, aku rasa nak start buat kimono cardigan satu dengan halfmoon sehelai. Tetiba keluar cerita halfmoon kan. Sebab halfmoon salah satu yang tersenang. Cuma masalahnya sekarang mana gunting aku pegi? Mana??

p/s: balik ni kena pegi cari kotak barang menjahit aku. sejak kembali stay kat perlis aku dah tak pernah menjahit. which is almost two years. karat dah otak ni..hehe.

Love, Mira.

Thursday, May 16, 2013

suddenly get annoyed.

Assalamualaikum.

Sementelah aku meng-update belog pada ketika ini maka,
ketahuilah bahawa esok ada kuiz, macam besa.. =..=
Hari ada kuiz memang tangan gatal nak menaip.
Ini namanya tabiat buruk lagi annoying dan maha menyusahkan diri pada masa hadapan.

Sudahlah.
Aku cuma rasa aku nak meluahkan perasaan tak puas hati aku hari ni.
Kali ni aku bengkek dengan senior kerek.
Setakat senior setahun usah begitu poyo.
Padahal umur sebaya ja pun.

Aku tak faham dengan orang yang post something kat facebook
dan harap semua orang take note dengan kata-kata mahupun arahan dari mereka.
Melainkan anda lecturer, aku faham kalau tetiba ada last minit punya announcement.
Tapi kalau bukan lecturer usah poyo.

Kau nak kitaorang isi borang tapi takdak statement besar gedabak sebagai status.
Yang ada hanya document yang kami kena edit dan masukkan point yang kau highlight.
Memang edit details tu mudah. Sangat mudah.
Tak, tak tipu memang mudah.
Tak sampai 5minit pun. aku rasa.

Tapi kau ingat semua orang menghadap facebook 24/7 macam kau?
Kau ingat semua orang ada smartphone macam kau?
Ada tab macam kau?
Tak. Aku takdak. Tak mampu pun nak beli segala gadget mahal tu.
Kalau nak bagi boleh pm kat facebook.

Ya, aku memang tak up to date. outdated. dan sebagainya.
Kalau nak tegur atas kelewatan kami, guna ayat baik-baik lah.
Memang ingat kami semua akan tunduk dengan tekanan yg kau bagi?
Haruslah tidak.

Pesanan untuk kau dan kau, masa bbq nanti kalau mulut macam longkang
seperti selalu memang dinasihatkan bersedia siap-siap.
Aku ni selalu simpan bila bengang tapi sekali dah meletup, sendiri mau tau lah.
Sekian.

Sakit hati, Mira.

Thursday, May 9, 2013

Belajar.

Assalamualaikum.

Aku berpendapat kita perlu belajar untuk rasa bertuah dan bersyukur.



Tak, entri ni bukan pasal politik.
Malas nak cakap pasal politik yang makin huru-hara.
Taknak libatkan diri. Buat serabut kepala.
Cakap pung pang pung pang tapi apa pun takdak.
Baik buat assignment dan fokus untuk final ni.
Nak psiko pun sorang-sorang je.

Aku rasa bertuah dengan bersyukur kena duduk sebaris.
Ya, seperti kau datang lambat ke kelas yang lecturer garang tahap pheww
berpeluh otak kau nak menjawab tapi tak kena marah.
Atau tak buat exercise dia bagi sebelum cuti panjang dan lepastu tak kena marah.
Atau bila kau lupa tarikh listening test dan tak pegi kelas sebab tido mati
lepastu lecturer suruh datang ambik test individually.. test yang sepatutnya takleh buat di lain waktu.

Faham tak betapa bertuahnya kau bila tak kena marah?
Faham tak betapa bertuahnya kau bila boleh ambik test balik?

U tak sama macam matrik.
Masa matrik masih di-spoonfeed.
Zaman U? Jadi zaman forkfeed dah.
Takdak sapa kesah kalau kau tak ambik test pun.
Takdak sapa kesah kalau kau tak faham satu hapa pun.

Tapi bila diberi peluang rasa macam sobss...bertuahnya aku.
Rasa macam lega sebab at least ada yang peduli.
Sebab kadang-kadang memang ter...
terlambat, tertido, terlupa..dan segala ter lagi..

Dan aku bersyukur sebab aku rasa bertuah. sebab apa?
Sebab selalu diberi peluang kedua ketiga dan keempat.
Ok tak, kedua ja. Ngada sangat nak peluang banyak-banyak..hehe.

Belajarlah untuk rasa bertuah dengan apa yang kau miliki dan bersyukurlah kerana itu.



p/s: Alhamdulillah for every tiny things You give me.
pictures:courtesy from google.
Love, Mira.