hari melawat adik.

Assalamualaikum.

Aku hari ni sepanjang hari spend masa on the road.
Ini gara-gara pegi Baling melawat adik aku kat plkn.
Haa, memang aku setuju sangat budak manja camtu dapat plkn..yehaa!
Baru kena buku dengan ruas kann.. :P

Nak pegi jumpa dia ni memang bawak macam-macam
Nak beli barang sendiri pun teragak-agak, tak biasa katanya
So, kami bawak la apa yang patut.
Yang paling best ayah masakkan itik masak kicap untuk dia.
Kemain kau..

Oh, melihatkan adik aku terasa nak join plkn jugak lah..hihi
Sebabnya satu je, adik aku dah kurus!
Seriously kurus padahal baru 10 hari camtu je..magic tahu!
Muka dia dah tak macam pinggan.
Pinggang dah makin kecik, loose sikit seluar dia.

Aku rasa sebab penat kot, terus tak lalu makan.
Haha...first time kena buat macam-macam.
Masa duduk rumah memang lepak kaw-kaw kan
Nah...rasakan penangan plkn..hehe

Walaupun makin kurus tapi beliau makin hitam..
Semua orang lebih cerah dari dia..
Lepastu dia stress..haha

Tapi aku tak dapat nak upload gambar kat sini.
Ada masalah teknikal sikit..
Rugi rugi....hehe.

Tapi plkn bagus untuk orang jenis adik aku.
Boleh ajar dia jadi lebih berdikari.
Biar dia try buat semua sendiri sebelum sambung belajar nanti.

Oh, esok dah nak balik uum. Sedih nakk..
Saja balik lewat sebab malas. Ni pun tengah buat assignment.
Malam esok midterm exam finance.
Haa, cuti tak serupa cuti..takpa, bersyukur.

p/s: tengah tengok majalah 3, cerita dari lahad datu. sedih ;'(

Love, Mira

Comments

  1. dondi dpt plkn?
    wow!
    tahniah utk dia.
    haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, sapa lagi dondi lah. hehe :)

      Delete
  2. Replies
    1. itulah pasal. rasa macam dia budak2 ja lagi. fatin pi mana dah weh?

      Delete
    2. dia blaja kat international islamic college...
      amik kaligrafi islam pe tah...mnat sgt seni..
      sbelum ni asyik tukar tmpat blaja je..
      kali ni kita org sume x nk cmpur tgn dh apa pn yg dia mnat...
      amik kos ni la baru dia cmerlang skit...sesuai dgn mnat dia akhirnya...

      Delete
    3. itu uia ka? untunglah pandai seni. jeles betul aku. aku ni spesies tgn keras..hahaha

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers