tiada tajuk

Assalamualaikum..

Rindunya nak merepek tapi sangat sibuk menghadapi ujian di dunia yang fana ini. Most of the time aku takda idea nak share apa..dan takda gambar menarik nak share. Dan ironinya bila dah ada idea, takleh connect internet la, gmail unreachable lah...benci betul.

Banyak benda nak dibebel sebab banyak perasaan yang tak terluahkan *sigh*. Sem ni aku rasa paling mencabar setakat ni..setakat ni lah, lepas ni taktau nak jadi apa ntah. Rasa restless ja. Paling sedih baru sekali balik rumah..hehe. Sahabat-sahabatku yang duk jauh mesti bengang dengan kenyataan ni. Tapi ya, selalunya kalau nak masuk week 5 at least dah dua kali aku balik tapi..sobss.

Hujung minggu iaitu hari Jumaat program tak henti-henti, setiap minggu ada je..apa yang buat diorang aktif sangat sem ni tak tau lah. Sabtu dah ko-k. Tahukan anda sabtu bukanlah hari yang menggembirakan since ahad dah start kelas. Macam ni lah rutin aku setiap minggu..nak curi-curi keluar foya-foya tak sempat.T_T

Sapa cakap masuk U boleh relax? Sapa cakap?? grrr...aku rasa nak sekeh je orang yang cakap camtu.

By the way, hari ni selasa dan pastinya takda kelas.. Tapi akan dipenuhi dengan discussion untuk group project yang dah nak kena present/ submit sebelum cuti. Ini bermaksud aku ada plus minus dua minggu untuk menyelesaikan segala kerja ni. Dan paling best banyak pulak midterm sebelum cuti ya..seronoknya saya..

Dengan ini, sekian saja laporan saya. Ada discussion dalam 15minit lagi..huhu. Ni pun saja update sebab nak bagitau saya masih hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah.. :)



Love, Mira.

Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers