Sunday, March 31, 2013

breathless..

Assalamualaikum.

Aku rasa sangat lifeless...tak! Bukan lifeless rasa hidup tak berguna tu emm..mungkin patut kata breathless kot. Rasa macam every phase yang aku lalui sem ni sangat pantas, tuntas dan memenatkan. Tapi yalah tak student ah kalau tak busy ye dak? Hehe..maka kita redha je lah.

Aku sebenarnya selalu bukak blog tapi idea berterbangan sebab rasa dialog seperti 'apa aku buat depan belog ni padahal esok ada presentation? kuiz? midterm exam? grrrr...' Ya, dialog ni lah yang buat aku tarik muka kat diri sendiri, logout..konon konon tengok buku sat pastu tertido..ya, tertido bukan sengaja nak tido.

Bangun pagi menyesal sebab tak baca buku/prepare presentation semua tu. Dan cycle tu berterusan setiap hari. Cuma lately ada kesedaran untuk lebih fokus.. Ya, sekurang-kurang taklah aku menggagau bila pegi kelas.. Dah la aku ni most kelas memang berseorangan je. Loner nak mampus.

Sebenarnya ada bagusnya aku loner ni. Bila masuk kelas aku kenal orang baru yang macam-macam perangai. Boleh jadi lebih berdikari dan tak bergantung pada orang. Juga ambik part jadi decision maker. Belajar arrange masa untuk discussion dengan groupmates yang totally stranger, belajar jadi penyabar dengan sikap orang dan belajar meng-explore kelebihan diri. Banyak lagi sebenarnya.

Ah, part belajar jadi penyabar yang tak menahan tu. Mak aku kalau baca ni konfem menangis tak percaya..haha. Aku ni pada mak adalah orang yang jenis tak reti toleransi gitu..sobss. Ceni lah mak, dengan anak sendiri pun taknak caya..sobss. Padahal budak berdua tu lagi lah tak toleransi..manja! *tetiba* hahaha.

Dan sesungguhnya aku gembira dengan life aku walaupun orang rasa aku sangat hambar dan macam krikk krikk...Tapi ada aku kesah? Haha..of course lah tak kannn.. :P

Oklah, nak sambung buat assignment. Nak boleh cuti midsem ni punya lah seksa.. Oh, esok ada midterm lagi. Aku memang suka update belog dalam masa genting ceni..hehe. Anyway, best of luck untuk rakan-rakan dan taulan yang busy dengan semua benda alah tu...you know what i mean. By the way, taulan tu apa eh? Let me know kalau tahu.

Goodbye March and Hi April! :)
Sekian.



p/s: esok adik aku pegi PLKN. semoga hang jadi lebih berdikari balik nanti. jangan nangis pulak, kalau nak nangis masuk shower pastu mandi sekali. pandai-pandai lah cover noh..hehehe.

Love, Mira.
Si Jiwa Kacau tapi Masih Cute ;)

Wednesday, March 20, 2013

U akulah yang paling payah nak score..tuihhh.

Tadi masa meng-scroll facebook ada lah seorang hamba Allah yang menghina U orang lain dengan membandingkan dengan U dia yang pada pandangan dia lebih hebat berbanding U orang lain.

Aku sebenarnya menyampah dengan orang-orang yang keep on nak tegaskan U dialah yang tersusah di dunia untuk score exam. Konon standard U dia paling tinggi setinggi langit (?) Konon nak kata kalau duduk U lain score tinggi-tinggi pun setara dengan budak yang markah teruk kat U dia.

Oh, please lah..hang sebenarnya nak bagitau hang dapat result teruk kennnnn... Ek eleh, takpayah buat teruk wei. Dah result takleh score ngaku ja lah yang hang berjimba sepanjang sem perabis duit pinjaman/biasiswa tapi buku haroommm nak bukak, jeling pun mungkin sekali ja dan lagi teruk mungkin tak beli buku rujukan langsung. 

Assignment? Esok nak hantar malam ni baru kampoi nak buat..tuihh. Lagi haroomm assignment group jadi sleeping partner ja. Eh, bukan buat kawan tidoq malam tu, rakan lelap kot bahasa melayu kita. Lepastu nak claim exam hang tersusah di dunia dan U lain takpa la lecturer baik bagi markah which is standard depa low dari U hang? Ketahian apakah ini?

Tapi aku 'respek' hang sebab berani mengutarakan pendapat sambil menghina U orang lain. Hang hina diri sendiri sebab kemalasan study tak boleh ka? Kenapa nak sabitkan U orang yang takdak kaitan dengan hang? 

Aku rasa hang mental breakdown. Orang lain pun stress jugak kalau nak exam. Tapi mengutuk U orang lain takkan buat hang lebih happy. Hang akan lebih stress. Sebab hang akan di-bash oleh persatuan student-student di seluruh negara..hang akan lebih stress percayalah..haha. Dan kemudian tutup akaun twitter, facebook dan segala laman sosial yang hang ada.

Oh, akhir kata aku mengucapkan selamat maju jaya kat hang sebab pasni nak buat akaun twitter/facebook pun kena guna nama lain dah. Lepastu mungkin akan ada page benci hang.. Elok la tu bukan senang orang nak buat page atas nama kita ye dak? Haha..

Have fun ya dik! Selamat meniti populariti membunuh ini.


p/s: bukan U aku pun yang dikutuk tapi aku anti budak mulut capoi yang rasa dia ja yang bagus. poyo! pada budak U  yang sama dengan adik tu diharap bersabar, memang payah kita nak menjawab dan defend bila ada orang busukkan nama U kita kan. Don't worry, aku rasa semua orang faham dan marah pada budak tersebut sahaja. student lain tak termasuk dalam senarai.


*kampoi: usaha sungguh-sungguh bagai tiada hari esok. bila dah desperate sangat kan.
*capoi: mulut murai tiada batasan. juga tiada insurans.

Love sangat, Mira.

Tuesday, March 19, 2013

tiada tajuk

Assalamualaikum..

Rindunya nak merepek tapi sangat sibuk menghadapi ujian di dunia yang fana ini. Most of the time aku takda idea nak share apa..dan takda gambar menarik nak share. Dan ironinya bila dah ada idea, takleh connect internet la, gmail unreachable lah...benci betul.

Banyak benda nak dibebel sebab banyak perasaan yang tak terluahkan *sigh*. Sem ni aku rasa paling mencabar setakat ni..setakat ni lah, lepas ni taktau nak jadi apa ntah. Rasa restless ja. Paling sedih baru sekali balik rumah..hehe. Sahabat-sahabatku yang duk jauh mesti bengang dengan kenyataan ni. Tapi ya, selalunya kalau nak masuk week 5 at least dah dua kali aku balik tapi..sobss.

Hujung minggu iaitu hari Jumaat program tak henti-henti, setiap minggu ada je..apa yang buat diorang aktif sangat sem ni tak tau lah. Sabtu dah ko-k. Tahukan anda sabtu bukanlah hari yang menggembirakan since ahad dah start kelas. Macam ni lah rutin aku setiap minggu..nak curi-curi keluar foya-foya tak sempat.T_T

Sapa cakap masuk U boleh relax? Sapa cakap?? grrr...aku rasa nak sekeh je orang yang cakap camtu.

By the way, hari ni selasa dan pastinya takda kelas.. Tapi akan dipenuhi dengan discussion untuk group project yang dah nak kena present/ submit sebelum cuti. Ini bermaksud aku ada plus minus dua minggu untuk menyelesaikan segala kerja ni. Dan paling best banyak pulak midterm sebelum cuti ya..seronoknya saya..

Dengan ini, sekian saja laporan saya. Ada discussion dalam 15minit lagi..huhu. Ni pun saja update sebab nak bagitau saya masih hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah.. :)



Love, Mira.

Friday, March 1, 2013

365 hari

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Pejam celik pejam celik rupanya dah 365 hari tokwan meninggal. Rasa macam dia masih ada sebenarnya. Tokwan meninggal 1 Mac 2012 kat rumah sendiri dengan ditemani orang kesayangan dia. at least dia tak rasa kesunyian.

Sebenarnya tokwan sakit. Dah lama since aku kecik lagi tapi lepastu penyakit dia tu sembuh even tak pegi jumpa doktor. Dan penghujung tahun 2011 dia diserang penyakit yang sama..kanser. Aku pun tak sure apa nama kanser tu yang pasti ada ketumbuhan kat belakang telinga tokwan. Ketumbuhan tu membesar dengan cepat dalam masa yang singkat. Tengok pun kita dah rasa sakit apatah lagi dia yang menanggungya kan.

Masa bulan ramadan tahun 2011, dia asyik cakap dia macam tak sempat nak beraya dengan kami. Tapi alhamdulillah tahun tu kami masih sempat beraya bersama..buat kali terakhir. :')



Yang gambar atas ni masa bercuti ke Langkawi beramai-ramai. See the girl yang dress merah bersanggul se'coet' tu..haa, akulah tu. Baju biru tu akak aku and the only man yang duduk tu lah tokwan aku.

2008
Kalau tak keberatan, boleh la sedekahkan al-Fatihah untuk tokwan. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn. :')
Terima kasih..
                                                                                                                                            Love, Mira