Sunday, January 13, 2013

aku seketul bom jangka.

Assalamualaikum.

 

 Aku seorang yang talkative iaitu banyak-banyak-banyak cakap. Punya nak tunjukkan betapa banyaknya aku bercakap. Tapi aku biasanya takkan bercakap dengan orang yang aku tak rapat. Kadang-kadang dengan orang aku baru kenal pun aku kemain pot pet pot pet..usia perkenalan tak berapa penting yang penting adalah tahap persefahaman antara dua pihak.

Oh, sebanyak mana aku bercakap pun bila aku bad mood memang secara magiknya aku akan diam. Kerana kadang kala bila diam tu buat orang lebih terasa. Cakap banyak kadang-kadang tak berguna kan?

Sebenarnya payah jugak hidup dalam era yang menegaskan golongan diam ini sebagai lemah. Lemah sebab tak menegakkan keadilan. Lemah sebab tak memprovokasi pihak lawan. Lemah sebab hanya diam sambil gosok mata.

Aku tak selemah itu cuma terlalu malas untuk melayan perkara merepek. Terlalu malas nak bergaduh dengan manusia tak faham bahasa. Terlalu malas nak membiarkan orang menyakitkan hati aku. Terlalu malas untuk menunjukkan keegoan aku.

Dengan itu aku pilih untuk diam. Biarlah dia memperbodohkan dirinya.


Kisah benar;
Aku kan orang utara. Ramai yang menganggap orang yang percakapan pekat loghat tertentu ni tak mampu nak berbahasa inggeris dengan baik. Aku punya speaking memang suam-suam kuku kaki tapi vocab insyaAllah ok. Nak jadi cerita dalam kelas process writing (english) ada satu keja berkumpulan (2 org) yang perlu disiapkan.

Aku kan loner mana ada kawan, maka aku jadi partner dengan si X yang takdak kawan jugak. Kisahnya kena buat karangan dan markah akan diambil. Pertamanya, segala idea tulus ikhlas dari aku di-reject dengan yakin seperti idea aku terlalu karut. Okay, fine. Aku pun diam je lah. Sabar mira sabar.

Dan kali kedua ayat yang aku karang di-reject lagi. Okay, sabar lagi mira. Idea kena reject, ayat dikarang kena reject..Aku bersabar sebab itu kelas pertama di pagi hari, kalau mengamuk nanti sepanjang hari bad mood. No! No!

Dan kemudian dia yakin utk buat ayat sendiri. Okay, aku redha bagi je lah kat orang yang kononnya hebat sangat tu. Sekali..ayat yang dia cuba buat seperti ayat google translate.. Puiii. Mungkin lebih teruk dari google translate. Orang lain pun google translate jugak tapi taklah sebendul itu.

Even grammar aku ke laut tapi aku tau la kalau ayat macam awkward petala sepuluh. Dan aku malas nak betulkan dah sebab dia yakin dan percaya dia betul sebetulnya. Okay. -..-

Dan bila lecturer check memang banyak tolak markah language. as expected. Aku happy gila kena tolak markah sebab language dan ditulis dengan pen merah kat situ. Biar dia nampak sikit. Biarlah markah aku ditolak dengan banyak pun, yang penting puas hati.

Untuk keja individu aku score, kalau berkumpulan memang out lah lagi-lagi dengan perempuan ni. Tapi kesah pulak aku. Yang penting final paper jawab individu bukan berkumpulan..haha. Ok, rasa psiko pulak bila ceritakan perangai vangang begini..hee.



moral of the story: 
Cubalah dengan pandangan org lain sebab kita belum tentu betul. Teamwork apa namanya kalau kau langsung taknak terima pandangan org. Dan sila jangan pandang rendah org yang diam ni sebab kalau dia start cakap memang bernanah telinga kau. Akulah orang yang takkan peduli pada carry mark aku bila aku bengang tahap dewa.

Sesungguhnya aku seperti bom jangka. Salah percaturan maka meletuplah ia..hehe. (^_^)V



p/s:maafkan entri panjang berjela ini..hehe.

Love, Mira





4 comments:

  1. teruknya dpt team yg perasan bgus mcm tu..xpe la mira, misti dia da termalu sendiri tu..padan muka, 0ps..hihihi

    ReplyDelete
  2. hahaha...ak tau cam na bekerja dgn hg dgn amee skali...even english ak teruk gile,xde la hg dgn amee tolak idea ak dgn cara kasar walaupun ak agak bendul...haha

    ReplyDelete
  3. kak emma, haah lega dah bila berakhir dah kelas tu. takpayah jumpa dorg lagi..hehe

    ReplyDelete
  4. dayah, terharunya aku. tapi aku garang kan? hahaha. eh amee adalah kamus bergerak..haha.

    ReplyDelete