Posts

Showing posts from 2013

2013

Image
Assalamualaikum. Sebelum 2013 berakhir aku nak buat throwback sikit. Setakat mana yang ingat. Ada yang memang dah pernah cerita kat sini dan ada jugak yang simpan kat dalam memori je sebab malas nak taip..hehe.

Januari: Explorasi Gunung Tahan Kali terakhir aku daki gunung i guess. Sebab dah semakin gemuk, semakin tak larat dan geng mendaki gunung dah habis belajar. Nak jumpa geng yang best bukan senang. Jadi aku rasa cukuplah kot hiking dan masuk hutan. Lepasni aku maybe join something yang berkaitan laut pulak. Snorkeling, kayak dan sama waktu dengannya.
Febuari: Awesome A Oh, girlfriends datang sini. Sempat lah foya-foya kejap. Macam biasa pegi Gua Kelam yang sebelum ni tak sempat pegi dan juga ke Wang Kelian bawak diorang gi shopping, diorang punya gila takpayah tanya..haha. Dan juga makan laksa dan abc di Kuala Perlis. Best betul petang-petang tengok sunset kan.. :)
Mei: Rumah Sri Kenangan Antara program yang aku join sebagai Ajk..tough memang tough tapi ini program under DPP Proton…

Kenapa aku ada blog?

Assalamualaikum.

Banyak alasan sebenarnya kenapa orang buat blog ni. Kalau tanya aku, aku memang jenis diary person. Jenis suka menulis. Aku perlukan buku untuk catatkan perjalanan hidup aku. Bercerita apa jadi dengan hidup aku pada diary sedikit sebanyak buat aku lega. Kadangkala sekadar untuk buat motivasi kepada aku sendiri.

Masa aku buat blog, aku memang bertujuan nak share apa yang suka, pengalaman travel, resepi dan juga hidup aku sebagai pelajar. Paling aku suka, blog walaupun takda lah banyak mana details aku tapi bila usha balik catatan lama buat aku mengenang masa lampau aku. Blog ni macam time travel lah. Dari zaman matrik dan sekarang aku sudah di tahun ke-3 di universiti.

Walaupun tak semua aku share di sini..tapi aku tetap rasa seronok bila jenguk blog ni. Paling best zaman matrik. Sikit je post tapi setiap kali baca, buat aku rindu. Ya..dalam draf macam-macam kisah yang belum sempat nak upload. Taktahu la bila yang sesuai nak di upload kisah yang boleh tahan basi tu..ha…

5 hari lagi.

Image
Minggu depan final exam. To be exact 5 hari lagi. Macam biasa lah, masih di awang-awangan..rasa macam tak percaya dah nak final. Hoii nervous sangat nih sebab semua paper berkembar, ada kembar dua, ada kembar tiga. Jarak antara exam haruslah jauh. Penat nak tunggu tapi mungkin ada baiknya. Tak ada lah aku stress sangat. kot. Macam bakal lagi stress pun ada..hehe. Tapi orang cakap appreciate every moment kan. So, aku appreciate je lah moment aku yang macam err..taktahu siang ke malam ni.

All the best untuk semua yang bakal exam. Dan tragiknya aku takdak study week. Oh sangat nice kan. Dari masuk U tak pernah lagi dapat study week. Seksa boleh tahan sebab tak sempat nak cover itu ini. Masuk je era final exam ni rasa macam hebat sebab boleh multitasking. Sambil basuh baju pun boleh hafal formula. Tengah sidai baju boleh ingatkan diri pasal mindmap yang buat semalam. Tengah tidur dalam mimpi boleh keluar soalan matematik. Dalam mimpi pun kena fikir. Taktahu lah apa tandanya..

Aku tak rasa…

Sebab aku kena diet.

Image
Masa kecik dulu aku fikir diet=tak makan langsung. Semua salah tv sebab asal perempuan taknak makan, dia akan cakap 'i diet lah'. So, aku buat kesimpulan, diet is tak makan. Err...memang takkan ada dalam kamus hidup aku lah kan diet mendiet ni. Sebab aku ni food lover yang sejati. Taktahu la sejati tahap mana, sebab aku mana ada ambik gambar makanan setiap kali makan lepastu upload ke social network. Mungkin tak cukup sejati..haha.

Dan sejak masuk universiti aku memang ibarat kena pam..gain weight banyak. Sangat banyak. Ayah dan emak bising sebab gehhmook katanya. Lepastu cakap aku ni budak lagi tak patut gemok gemokan begini. Setiap kali mak balik dari tadika bawak penimbang, mesti dia excited suruh aku timbang. Lepastu bebel..kenapa anak dia ni gemook begini rupa? Ayah akan jawab, asyik makan memang lah gemook anak kita ni.. T_T

Tapi memang pun. Masa zaman belasan tahun a.k.a muda lah kot, berat aku range 44 ke 46 kg. Ini dari zaman sekolah sampai lah habis matrik. Lepas set…

Aku dan impian.

Aku ni sebenarnya boleh la dikategorikan sebagai orang yang tak berimpian. Sebab apa? Aku aku rasa impian boleh melemahkan aku. Ye, tahu! Impian tu perlu untuk bagi kau semangat kan. Tapi aku lebih gemar panggil impian aku sebagai rancangan a.k.a plan. Sebab kalau buat rancangan lepastu tak jadi, takda la aku berduka lara dan bersedih-sedihan. Aku kan taksuka layan perasaan sedih.

Ada satu hari roommate aku tanya soalan cepumas. 'Mira tak rasa nak kawen ke? Kawan-kawan Mira semua dah banyak jugak yang kawen kan? Asyik pegi kenduri je.. Tak rasa macam tergugat ke or rasa nak kawen jugak!!' ujar sang roommate. Aku pun gelak lah sebab sejujurnya kawen tiada dalam plan aku yang asal. Masa umur 20 tahun aku dah ada idea apa nak buat dalam 5 years. Aku tak letak target  kawen dalam 5 year plan aku pun. Kiranya dalam 5 tahun tu aku nak buat apa yang aku suka.

Roommate aku pulak sebaliknya, dia sebolehnya nak kawen before graduation dia. Kiranya nak datang konvo dengan husband lah ata…

Perempuan dan Perasan.

Perempuan mudah tenggelam dalam perasaan. Juga mudah perasan. Sebab tu perempuan selalu sakit hati.
Ini contoh kisah aku perhatikan.

Si cantik manis Aurum crush dekat Barium yang kacak bergaya digilai ramai. Satu hari Aurum senyum manis kat Barium..Barium balas walaupun sebenarnya dia bukan sengih kat Aurum pun, dia sengih sebab kena cahaya matahari terik pagi. Tu yang jadi dia nampak macam sengih plus kenyit sebelah mata.So, Aurum perasan dah ni. 'Wahh, Barium suka aku!', kata Aurum dalam hati.

Disebabkan Aurum excited dia pun post lah kisah cinta malu-malu (bajet ye) dia tu di facebook, twitter dan tak lupa instag cuma tak sempat buat keek sebab takut jadi viral. Setiap hari post  biasa Aurum akan buat seperti, You are my last love, You light up my life, I love you beby..muahh muahh mahupun I chenta u sangat tau tau! Memang love in the air habis lah wa cakap.

Esoknya, Aurum terjumpa dengan Barium kat gerai jual pisang goreng, kemain senyum sampai pipi. Dan Barium pun senyum …

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Image
Assalamualaikum.

Itu hari, mungkin setelah berbulan lamanya aku rasa..Dayah ada tanya cemana nak kukus kalau takdak periuk pengukus. Lepastu aku cakap nanti aku draw lepastu tunjuk kat dia. Walaupun macam lama gilaaa dah, aku tetap kena tunaikan janji. So, here you go. :)

Maafkan lukisan yang ehemm..malas nak cakap, aku takda bakat melukis dan apa jua seni. Mohon tahu..haha.

Seperti gambar di Rajah 1, anda boleh imagine kan? Susun je mengikut apa yang sudah dilukis dalam rajah tu. Lepas boil air sampai agak-mendidih boleh la guna untuk mengukus apa yang kau nak kukus.

#Tips 1 : Periuk dalam rajah ini boleh diganti dengan loyang atau apa sahaja yang boleh bertahan dengan pressure.

#Tips 2 : Kalau nak tambah air, sila guna air panas untuk cepatkan proses boil tu. Kalau masukkan air sejuk memang lambat la makanan nak siap. Sempat agaknya layan cerita hindustan.

Dan bawah ni ialah contoh bakul rotan tu. Aku sebenarnya taktahu sama ada ianya layak dipanggil bakul ke tidak..haha. Tapi kalau …

Edisi Mudah: Sotong Masak Asam!

Image
Assalamualaikum.

Itu hari balik rumah ayah request sotong masak ayam padahal aku bukan tahu pun sotong masak asam tu cemana rupa. Macam hilang ingatan kejap..haha. Biasanya sotong buat masak sambal, goreng tepung kan tapi kat rumah aku sotong selalu letak dalam sayur, nasi goreng takpun tomyam dan of course masak asam ni. Selalunya sotong ni jadi side dish je sebab makanan wajib kat rumah aku adalah ikan.


Dan aku hanya makan seafood bila kat rumah atau kat kedai makan selain dari kedai yang ada kat dalam kawasan universiti. Sebab? Aku was-was tahap kebersihan dan food handling seafood ni. Aku kan di train oleh ayah untuk handle seafood. Memang pembersih tahap dewa kalau aku yang siang/handle seafood. So, aku jadi tak sedap hati kalau tengok seafood yang orang lain prepare. Kegilaan apakah ini? Aku pun taktahu..haha.

Lagipun kalau kat kafe universiti/kolej kan diorang selalu masak halal balal je. Kadang-kadang bau hanyir tak hilang. Itu memang aku takleh terima. So, selamat tinggal sea…

Pantang betul!

Assalamualaikum.

Aku ada dua jenis pantang bila cakap pasal makan.
1) Orang potong Q aku bila nak ambik/bayar harga makanan.

Okay, pantang pertama yang buat aku macam nak ajak tarik rambut orang ialah sebab orang potong Q. Aku kan dihantar ke asrama sejak umur 13tahun. Baru masuk form 1 dan berstatus super junior, haruslah dibuli insan bajet senior lah sangat kan. Seperti biasa kat asrama makan ikut time diorang, kau lambat berlapar lah kau sensorang..ahha. Dan satu hari aku turun makan lambat sikit sebab busy kawad dalam area 6.30 camtu.

Aku pun pegi lah ke dewan makan(DS) dengan hepi-nya. Ambik tray dan beratur. 6.30 tu time peak hour kononnya tapi tak kisah la sebab memang ada barisan dan surau sebelah DS je pun. Pasir Tumboh tu bukan besar mana pun, Pendang lain la..luas. So, tengah aku beratur tetiba ada sekumpulan akak senior taktahu malu ni terus potong Q pegi dekat kawan dia yang dah nak sampai turn dah. Exactly depan aku..

Apa aku buat? Aku sound direct je..takdak tapis dah. B…

To let go!

Image
Assalamualaikum.

Seperti yang anda tahu saya mengalami pertambahan berat yang banyak sampai saiz baju juga bertukar. So, saya pun dengan sedar diri nak let go lah baju saya. Sebab lemak degil taknak hilang. Ok, padahal malas nak bersenam..haha.

So, saya kan takdak smartphone mahupun kamera. Makanya, saya pegi google dan cari lah gambar yang exactly seperti jubah yang saya ada nih. Inilah dia...



Ini gambar full how this jubah look like. Tapi yang saya nak let go ni kaler merah macam kat atas tu.



New! Tak pernah pakai sebab masa beli macam muat lagi lepastu bila nak pakai ehemm ketat dah..wuwu. Dan saya kan pendek, kain ni meleret yang amat. Tapi jangan risau sebab saya tak alter apa-apa pun lagi dan tag pun tak cabut lagi. Tetiba rasa macam compulsive buyer..haha.

Sleep.

Image
Assalamualaikum.


Setelah aku experiment selama beberapa hari/minggu entah lah, tak ingat..aku mendapati aku punya mood lagi baik bila aku cukup tidur. Well sesapa pun kalau cukup tidur memang mood baik kan. So, pesanan aku pastikan cukup tidur. Ok, itu ja post hari ni..hahaa. Rasa macam ngada sangat kalau panjang tu je aku post. Bajet ini twitter kejap..hehe.

Ok lah, just share dengan anda-anda sekalian. Kalau nak dapatkan lebih tumpuan, mood baik dan kesegaran di waktu pagi please tidur before 12. Kalau lebih sikit, tidur before 1 am tu kira aci jugak lah. Sebab apa? Sebab tidur waktu malam tak sama kualitinya dengan tidur waktu siang. Just so you know.

Kadang-kadang memang tak dapat elak, sebagai insan marhain yang keja berlambak. Tak student langsung kalau tak pernah rasa buat keja berlambak dengan limited time. Sentiasa rasa macam tak complete etc etc etc kann. Jadi, penyelesaiaan tidur awal, bangun pagi-pagi buta dan siapkan keja.

Takut tak bangun tidur? Ahha..sonang tu. Buat se…

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Image
Assalamualaikum. *ini entri panjang

Hari ni tetiba rasa macam semangat nak share. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Dan rasa banyak juga yang terlepas pandang masa aku pegi hiking hari tu, lepastu menyesal..wuwu. Demi mengelakkan insan lain pun merasakan begitu, aku pun rajinkan diri untuk post tentang senarai barang yang perlu ada bila nak pegi hiking/camping dan yang sama waktu dengannya.

#1: Plastik sampah.
Sudah tentu bukan untuk kutip sampah. Ini untuk letak dalam backpack. Lepas letak plastik dalam beg, baru letakkan pakaian dalam tu. Ini penting demi mengelakkan hujan atau kemungkinan kau terjatuh dalam sungai. Aku suka guna plastik sampah kaler hitam ni. Beli yang besar dan tebal, so kau takpayah nak susah hati menghadapi cabaran dalam hutan tu.

#2: Raincoat.
Masih berlegar dalam kemungkinan yang sama. Hujan! Hujan dalam hutan dengan hujan kat luar memang tak sama. Sebab hutan kan banyak pokok, mengikut pemahaman aku even hujan dah berhenti tapi air hujan masih lekat kat pok…

Si Kurung Kedah

Image
Assalamualaikum.
Lately bila busy buat keja saya semakin merepek. Merepek pikir nak beli baju apa untuk diri sendiri as a reward la kononnya. Lepastu jatuh cinta. Saya jatuh cinta dengan Kurung Kedah. Mungkin cik Kurung Kedah (KK) tak glamer macam baju-baju lain tapi takpa, saya peminat cik! Hehee.

Cuma itulah, Cik KK ni asalnya tangan senteng. Nak kena bagi panjangkan. Lepastu biasanya lebar kan dia punya diameter tangan, itu takpa, sebab kalau saya beranak sepuluh pun nanti, insyaAllah muat lagi pakai baju tu. Tak membazir kan..hee.

Mulanya ingat nak buat dress loose tapi macam errr..mungkin tak pakai. So, rasanya lah mungkin akan buat KK ni. I bet it will be easier than dress. Takyah pikir cemana nak pasang zip belakang. Saya ni dah masuk zon malas nak pikir selain keja saya. Bukankah hobi tak patut memeningkan kepala si penghobi. Haha..alasan macam-macam kau Mira.

So, setelah go through some type of KK yang sudah di improvise. Cantik lahai. Jovian Mandagie + Lisa Surihani punya …

oh, my..

Image
Assalamualaikum.

Masuk minggu ke-7 a.k.a minggu ini memang super penat. Taktahu nak explain penat tu cemana. Midterm secara berjemaah bermula selasa ini. Semua subjek takmau kalah. Semua nak buat midterm exam awal. Dah kenapa? Dalam banyak-banyak hari kenapa harus pilih tarikh yang terlalu rapat. Pakatan mendera jiwa dan raga sungguh.

Itu belum kira assignment, presentation, homework mahupun revision. Kadang-kadang rasa tak sempat kejar masa. The only good thing from this busy schedule is I'm not hungry all day long anymore..haha. Stress punya pasal terus loss appetite. Pun boleh..haha. Mohon turun berat barang sekilo dua. Kalau turun alhamdulillah sangat.

Cakap pasal berat badan. Haruslah raya aidiladha hari tu aku dikecam hebat. amboi, kecam kau. haha..taklah, dikutuk hebat gara-gara masalah kegemukan yang melanda diriku dewasa ini. Ayat karangan spm, haruslah sedikit gramatis..ekekeke. Ok, back to the topic. Mohon kawan-kawan yang slim melim gorgeous share-kan idea turunkan be…

masak.

Sepatutnya aku nak meng-upload resepi Chicken chop yang mudah tapi pemalas nak menaip step by step dengan tekun lagi berjaya. Mungkin lepas raya, kalau rajin..haha. Lama sebab kena ingat balik setiap step. Aku belajar ni sebab join workshop masak-masak anjuran kelab hospitaliti uum ni. Untung ada course macam ni, boleh join aktiviti kelab diorang..hehe.

Aku sebenarnya bajet terer, tak tulis dalam buku pun apa yang encik tukang ajar tu cakap. Semua buat on the spot..haha. Rare tak rare. Kalau lupa pun hmm..google resepi kat internet je lah. By the way, encik tukang ajar tu lelaki. Malu jugak la tapi memikirkan prinsip 'apa nak malu ketika nak belajar' aku pun membuang perasaan tak selesa tu. Aku taktau macam mana nak cakap, tapi aku jenis yang tak reti nak bersembang dengan lelaki. Rasa tak selesa cemana ntah. *even dengan boyfriend sendiri pun awkward..hehe.

Ok, let's call tukang ajar as T. Dia yang suruh panggil camtu. Basically junior dari segi sem tapi senior dari segi u…

Hotel Transylvania

Image
Assalamualaikum.
Setelah lama tak buat review movie, hari ni nak review satu movie animasi. Aku kalau pilih movie selalunya memang animasi ja. Sebab? Senang nak paham, kelakar dan comel. Kali ni aku pilih Hotel Transylvania untuk di-review.

Hotel Transylvania ni kisah pasal Count Dracula (Drac) dengan anak dia Mavis, Drac ni pemilik hotel ni lah. Konsep hotel ni ialah 'human free'. Boleh tak monsters takut dengan manusia? hahaha. Keseluruhan cerita ni fokus pada persepi monsters kepada manusia.
Drac ni dia ada persepi tersendiri pada manusia. Pada dia manusia lah yang sebenarnya monsters. Isteri dia mati sebab manusia jugak. Itu yang dia tak suka manusia tu. Dan sebab tu jugak la dia bina hotel ni. Dengan harapan dia boleh sembunyikan anak dia dari manusia.
Tapi dia langgar pantang larang iaitu No Fire! Terus kawasan hotel tu dimasuki manusia yang bernama Johnny. Johnny ni pengembara bakpacker camtu. Sempoi gila dan busuk..haha.
Kekalutan terjadi bila Drac perasan yang Johnny…

Green tea.

Image
Teh hijau. Sebab apa nama nama teh hijau ialah teh hijau? Sebab kaler hijau lah..hehe. Ok, tak lawak.
Aku banyak baca pasal teh hijau lepastu rasa macam nak sangat tau apa bendalah yang menarik. Dulu first time tahu sebab ada cerita pasal kebaikan teh ni dalam satu novel tu. Maka haruslah excited nak tahu apalah rasa dia.

Setelah survey punya survey jumpa la teh hijau Boh ni kat cmart minggu lepas. Lipton pun ada jugak cuma itu hari hanya ada Boh sahaja. Boh pun boh lah sebab nak rasa sangat kan. Lagipun si roommate pun sama naik jugak, sibuk cari si teh hijau sebab dua-dua gila nak tahu teh hijau rasa apa..haha.


Teh hijau ni paling famous orang kata boleh kuruskan badan. Tapi aku paling suka sebab dia buat kita lawas. Senang cerita mudah gila nak berak. Takpayah nak sembelit bagai. Aku bukan jenis sembelit atau payah nak berak, daily routine memang akan berak sekali sehari. Yang bestnya bila minum teh hijau ni macam senang gila nak berak. Tak payah bertapa dalam toilet demi mendapat…

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers