Thursday, December 20, 2012

Syamin's Wedding ^^

Assalamualaikum.

Hari tu kan aku berdilema sangat nak pegi ke tak wedding classmateku itu dan diakhirnya 15 Disember itu aku pegi jugak..teheee. Bestnya la memandangkan ni first time dapat jemputan kawin kawan sendiri. 

Eh, lupa pulak nak cakap pengantin ni classmate time form 2 dan form 3 masa aku zaman mrsm pendang dulu kala. Nama dia Syamin, insya Allah bakal cikgu. Same goes to her husband..diaorang classmate kat maktab tu haa. Salah satu sebab diaorang decide nak kawin sebab selalu jumpa, then mak ayah setuju untuk terus nikahkan. Simple and Sweet kannn!

Pagi tu kami bertolak dengan kancil hijau highlight milik Efa. Serius hijau highlight dari jauh dah tau dah keta sapa..hehe. Dan Nada pun join jugak. Lepas ambik aku kat dpp aku ni kita orang ambik Ayu kat area Asun. Ayu form 4 baru maka aku tak kenal. Tapi 10 minit je lah aku segan dengan dia. Lepastu aku merapu jugak dengan dia. Tapi Ayu ni jenis sopan..jauh benar dengan perangai aku..hehe.

Nak jadi cerita temperature keta naik kemain tinggi lebih dari separuh..sobss. So, kami lepak kat R&R Gurun setengah camtu. Alhamdulillah ada la pakcik-pakcik yang tolong kitaorang. Kau tahulah kalau perempuan dengan keta ni..memang nganga. Tolong tengok boleh, check masalah memang hampehh..hehe.

Berbekalkan keyakinan dan ketabahan kami teruskan jugak ke sungai petani. Tunggu Raby sambil relax kejap. Raby sampai je kami terus ke Kota Kuala Muda rumah pengantin. Raby dah selalu pegi rumah dia, kira pakar dah selok belok ke sana. So, dengan bangganya kami tak sesat..hihi.


Bila geng Penang sampai lagi lah meriah kau. Pung pangg pung pangg memang dua tiga jam merepek sesama. Mula-mula risau jugak sebab kita-kita ni dah bertahun tak jumpa rasanya adalah dalam 6 tahun plus minus gitu, kalau sembang kencang kat facebook , twitter tu ada jugak la..hee. Dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tak sangka semua masih macam dulu.

Lima minit pertama macam malu-malu sikit lepastu rancak sembangnya sampai gaya nak roboh rumah pengantin. Oh, kami buat rumah pengantin macam rumah sendiri. sebbaik tak tido terlentang je. tu pun tahan mata sebab fikir keayuan diri...haha.

Dah cukup kot merewang merata aku merepek ni. Meh, tengok gambar..ni pun yang ditunggu-tunggu kannn.. :)

the bride & the groom. cantikkk!
three tiers cake.
Syamin + Fendi
parents Syamin yang friendly tak ingat..hehe
girls pendang yang dtg hari tu :)
guys pendang yg dtg. semua mok mok..hahaha.
all of us! aku pendek, nampak tudung pun jadi lah ;)

untuk pengantin :)
semoga berbahagia selalu. dunia akhirat. 
bak kata org zaman sekarang till jannah ye dak.

thanks utk invitation.
makanan sedap, pengantin awesome. 
everything's just perfect.
i'm happy for both of you.
i'm sure we all are happy for you.


Kesimpulannya, best woi pegi wedding..haha. Pipah mesti bengang baca post ni..hewhewhew. Dan satu lagi please la ingatkan aku beli wedges pakai g kenduri. Diaorang tinggi semua tu sebab kasut, aku pakai flat terpaksa jingkit..sobss. Sepatutnya aku melompat time ambik gambar kann.. (^_ _^)v

p/s: gambar dari fb Syamin, Mastura dan Dilah. Aku korek kat fb semua tu. Thank you.

Love, Mira.



4 comments:

  1. coi. x pa nti ak p kenduri kwn2 lain lak.hmm.

    ReplyDelete
  2. bila lg nak merasa kenduri cik kak ni plak..cepat2 kawen no

    ReplyDelete
  3. tikah, no lahh. lambat lagi hokay. tak ada ciri-ciri isteri org lagi ni..hoho XD

    ReplyDelete