Thursday, December 6, 2012

Must Watch Movie: Madagascar 3; Europe's Most Wanted

Assalamualaikum.

ra da da da da circus, da da da da afro..polka dot polka dot circus afro.. 
(lagu tema circus, even circus pun ada tema..haha)

Dah tengok Madagascar 3: Europe's most wanted? Ok, tahu la dah lama keluar dan baru sekarang aku nak cerita kann tapi dah tengok belum? Aku sebagai peminat tegar cerita animasi ni haruslah tengok. Aku syorkan pada korang yang stress dengan assignment, test dan seumpamanya tu supaya tengok la movie ni.

Laptop aku ada problem di mana aku tengok movie ni tanpa sound tapi still aku gelak macam orang gila. Kalau ada sound ntah cemana la aku gelak agaknya..

Watak utama yang semua dah kenal. kalau tak pernah layan madagascar ni memang harapan lah nak kenal kan. -..-
Gloria. Melman. Marty. Alex. Penguin gila..haha


Penguin macam besa ada 4 ekor jugak. Yang aku ingat Skipper dengan Private. Dua lagi apa ntah namanya. Yang penting 4 ekor ni masih nakal tapi genius.

sebahagian watak dalam madagascar 3

Kali ni diorang bertiga nak larikan diri dari pegawai daripada animal control yang psiko gila. So, diorang terpaksa la join circus sebab kapal terbang rosak teruk dah sebab terhempas. Kali ni naik train pulak merentasi europe.


antara warga circus afro.


King Julien masih ada dalam siri ni dan masih sengal. Annoying sangat sebab tu Maurice happy bila ingat si Julien ni mati sadly tak monkeys tu sempat selamatkan Julien..haha. Mort? Si comel yang annoying dan dibenci Julien tapi dalam cerita ni ada la part dia jadi hero sat.

top to bottom: Julien. Maurice. Mort

Seperti biasa madagascar kan suka tampilkan cerita cinta tanpa mengenal batas. Kalau dulu kita tengok Gloria-Melman cinta pelik si badak air dengan zirafah sekarang boleh tengok yang sama pelik. Lemur-Beruang iaitu Julien yang jatuh cinta dengan Sonya..awww.

Oh, Sonya ni bawak Ducati tau. Hebat tak hebat..si Julien belikan untuk dia sebab basikal dia rosak..haha. Yang lawaknya bila tengok diorang macam kita tengok orang couple la, scene dari dating sampai gaduh memang macam manusia. 

cinta pandang pertama si Julien.


Dan memperkenalkan watak paling ditakuti sekalian makhluk dalam madagascar ni. Chantal Dubois. Dia keja kat animal control kalau tak salah dari Monaco. Bayangkan dia semangat kejar diorang keliling europe sebab nak kepala Alex tu. Buat koleksi binatang yang awet buat perhiasan tu haa.

evil sangat tapi lawak bila tengok semangat dia yg pelik tu.


  paling penting ni! hahaha..XD

Bagusnya tengok ni kita nampak betapa family dan sahabat sangat lah penting. Kadang-kadang kita take things for granted. Tak nampak apa yang ada depan mata kita, sibuk nak cari kebahagiaan yang lain padahal trang tang tang dah ada depan mata.

Itulah moral values dari cerita ni. Gelak tu gelak jugak tapi kena faham la maksud tersirat yang nak disampaikan movie ni. Inilah reason aku suka layan cerita kartun..banyak maksud tersirat dan comelsss..hehe. (^__^)v


Love, Mira

2 comments:

  1. madagascar 3?? hahaha..filem ni mmg lucu sgttt... :D boleh wat kite tergelak terbahak2.. :D

    ReplyDelete
  2. itulah pasal.memang penat gelak tengok movie ni..puas hati, terus hilang stress..hehe. :)

    ReplyDelete