Monday, November 26, 2012

Online Shopping.


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak review online shopping. Walaupun rasa kurang macho untuk seorang yang bernama Mira cakap pasal shopping dan benda gegirl ni tapi sebab sahabatku, aku buat jugak lah. Ni sebab Tikah tanya lepastu malas nak cerita kat twitter sebab limited character. So, cerita kat sini. Sonang. Semua boleh baca kan.

Pengalaman beli barang online setakat ni semua berjalan lancar. Tak pernah ada benda-benda pelik jadi. Alhamdulillah la kan. Semua layanan dari owner baik, pos laju pun okay sangat. Semua kedai yang di-review hari ni harganya berpatutan lah. Takdak la sampai nganga mulut luas-luas bila tengok harga. So, malas nak cakap banyak. layankan je lah post ni.

#1: Ashanim Dress Lab
Ini antara yang aku suka usha sebab banyak baju yang menepati selera aku.

Kemeja
Bagi aku kemeja dia lain daripada yang lain la. Design yang aku jarang jumpa. Tapi taktau kot orang lain selalu jumpa aku je yang tak pernah nampak kan. Biasanya aku jumpa kemeja plain dengan polka dot, tapi kat page ni macam-macam jenis ada, dari plain, polka dot, bunga-bunga semua ada.

Dress
Untuk feeling princess tahap maksima, boleh try..haha. Color dari kedai ni cantik-cantik. Untuk pilihan warna yang lebih banyak pegi klik page dia.

Top.
Yang pasti bukan Top Bigbang..hehe. Ok, tak lawak. Aku sebenarnya taktau nak panggil apa benda ni, blouse ke t-shirt ke so sebabkan dipakai kat bahagian atas kita panggil top je lah ya.

 

 #2 Dehotshop
Kedai ni banyak pakaian muslimah. Tadi pun muslimah jugak kan..hehe. Yang bezanya sini banyak jubah dan dress camtu. Tak reti nak explain, tengok sendiri lah. Oh, kalau tak salah peplum pun ada jugak jual kat kedai ni. Yang bestnya, sini free postage.. :)




Ini kalau tak kenal taktau lah. Aku suka gila tengok design kat sini. Semua macam selesa dan memberi feeling tepi pantai..bagi aku lah kan..hee. Oh, sini aku tak pernah try beli lagi. Tapi aku suggest untuk korang try la sebab macam best. Aku try beli sem depan je lah. Untuk sem ni kuota dah over sangat dah. :(

top. aku suka kiri tu ^^
dress. boleh pakai pegi kenduri.

aku suka kiri sekali warna biru tu. :D


Itu sahaja, penat kumpul maklumat. Sebenarnya ada banyak lagi yang best-best macam Cala Qisya, EightDesigns, Zalora, TudungPeople. Tapi poket tak tebal so aku lupakan lah hasrat untuk beli-belah di situ..sobs sobs.



*sumber gambar: semua website masing-masing.
p/s: aku shopping sekali dua je dalam satu sem. tu pun sebagai reward utk diri sendiri lepas menjalani hectic week. korang pun tahu bagaimana hectic yang aku maksudkan kan? so, online shopping lagi senang sebab aku stay sintok, nak keluar satu masalah dah, maka online shooping je lah yang mampu nak. sekian.

Love, Mira

2 comments:

  1. dulu kite suke jugak on9 shopping masa zaman u.. maklum saje..u kite jauh di utara.. mmg payah nak balik ke kl.. so, on9 shopping ni paling best bile parcel sampai... hehehe :D

    tapi skrg ni kita lebih suke pegi sendiri kat kedai tu..boleh pegang2...boleh rasa kain tu mcm mane.. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. itulah, stay sintok ni jauh nak keluar rasanya online shopping lagi jimat..hehe. tapi lagi best kalau bleh rasa kain tu kan. :)

    ReplyDelete