Sunday, November 18, 2012

Oh, kenduri.

Assalamualaikum.


Masa zaman aku sekolah kat pendang dulu, aku dan kawan-kawan selalu la jugak cerita pasal kawin-kawin ni. Majlis impian, lelaki idaman lah dan sebagainya. Terasa sungguh gedik. Time tu je lah yang aku rasa perempuan sikit pun. Masa lain aku jadi gangster..hehehe.

Kami sangat open dan rapat sebab duduk asrama tau je lah kan. Sampaikan aku sekarang ni still ingat beberapa perkara yang pernah jadi masa zaman sekolah. Antaranya kami selalu pesan sesama sendiri; 'tak kira apa jadi, bila nak kawin jemput tau. jangan sorok-sorok pulak'.

Maka dengan itu, dua minggu lepas dapat invitation kawin seorang classmate. Dia dah nikah masa ramadan ke syawal tahun ni. Aku macam lupa pulak..hehe. Woh, aku tak sangka seawal ini. Rasa macam..orang lain dah matured enough untuk mendirikan rumah tangga, hang duk sengih-sengih tengok spongebob lagi mira?!

Tapi tiga minit je aku sentap. lepastu sambung layan spongebob, tambah phineas & ferb dan kungfu panda lagi..haha. Dari situ dah nampak dah kebudak-budakan aku yang macam langsung tak terhakis dek masa. Ceh, ayat drama.

Aku ada dua masalah sekarang, tak tau jalan. Aku tau separuh je..nak cari rumah pengantin rasanya sesat sampai ke sudah. Kedua, of course takdak geng. Si Pipah konfem tak balik, januari baru menapak kat bumi kedah ni. Aku bercadang nak ajak Alny teman tetapi kalau Alny teman pun cemana kami nak sampai ke destinasi yang dituju tanpa salah rumah? Orang dah jemput kena pegi kan. 
So, aku tengah berkira-kira kewajaran untuk pegi kenduri itu.


Love, Mira.


2 comments:

  1. and i'm here, dengan setianya menunggu your wedding card okayyy! dunt ever dare to forget me here! hehehe


    jodoh, lambat or cepat, sampai jugak. hehe

    ReplyDelete
  2. ya, dgn itu. anda dimasukkan ke dlm list vip..hehe

    ReplyDelete