Monday, September 17, 2012

Menipu. Ditipu. Tertipu.

Assalamualaikum.

Merujuk tajuk di atas aku percaya semua orang pernah rasa atau pernah buat kan kan.. Aku sesungguhnya benci ditipu. Eh, ada ke orang suka ditipu? Rasanya budak kecik pun tak suka ditipu ya tak? Contohnya mak dah janji nak beli barbie balik keja karang kemain excited lah budak tu tunggu tapi habuk pun tarak. Tak ke terguris perasaan budak kecik tu..

Hari ni aku nak cerita pasal ayah aku yang selalu kena tipu. Ayah aku selalu cakap camni.. "biaq pi ja orang nak tipu kita, kita bukan efek apa-apa pun. kita tak jatuh miskin kerana dia, tak juga kaya kalau dia bayar balik. jadi, biaq pi ja lah. tapi satu hari nanti bila dia dah berubah, mungkin nak pi haji ka, teringat gamaknya dia kat hutang-hutang dia ni. yang pasti ni antara kita dengan dia. tak dapat tuntut sekarang, kat 'sana' nanti. kita rileks dah lah". Ya, lebih kurang begitulah kata-kata ayahku sambil duk layan running man..haha.

Walaupun ayah aku selalu kena tipu tapi beliau cool ja. Contohnya, si penyewa rumah yang begitu 'bagus' tak bayar sewa selama berbulan-bulan plus duit air dengan elektrik pun tertunggak kemain banyak. Yang lawaknya pakcik tu pindah rumah lain tapi hek'eleh pindah dekat area tu jugak. Kalau pegi pasar tu kemungkinan untuk terserempak dengan dia sangat tinggi ok. Lain kali pindah jauh sikit boleh? =..=

Sunday, September 2, 2012

The Power of A (^_^)


Assalamualaikum..

Hari ni aku mampu upload gambar ni je. Kira teaser lah kononnya.. Facebook keji buat hal..lembab kemain. Tak dapat lah nak download gambar kejadian best semalam. Baru nak excited update blog setelah diugut oleh Tikah..haha. *ugut lah sangat* Tapi facebook memang demm betul! =..=

ALNY. AFIFAH. AMIRAH. ATIKAH

~The Power of A~



Lots of Love, Mira.