sinetron bukan untukku

Assalamualaikum.

Hari ni nak meluahkan perasaan yang dah lama terbuku tapi tak pernah terluah. Kalau anda peminat sinetron tak payah baca kot, takut sakit hati pulak nanti.


Masalah dengan sinetron ni bukan pada jalan cerita tapi pada panjangnya episode tu. Jalan cerita selalunya menarik pada mulanya. Sebab lepas tu akan terus jadi mengarut sebab nak jadikan beratus episode kan. Terus meleret ntah apa-apa ntah. Muak lah bila setiap cerita heroin ada kembar, eksiden tapi tak mati lepastu hilang ingatan. Kalau tak hilang ingatan pun buat-buat hilang ingatan. Aku paling benci bila heroin terlalu baik. Baiknya melampau benar. Pada aku tu bukan kategori baik tapi bodoh..haha. ok, kasar! Tapi serius aku rasa kalau nak baik pun berpada-pada lah. macam pepatah melayu tu. 

Satu lagi aku menyampah slow motion dalam sinetron. Slow gila ok. Nak tembak orang pun dah satu episode. Tak gila nak tunggu habis keseluruhan cerita tu. Tak sanggup. Kalau aku surirumah yang duk rumah sepenuh masa dan takdak keja pun rasanya aku takkan layan sinetron. Aku tengok episode first dengan last je. tengah-tengah aku biar je. malas nak ambik tau. Tapi yalah, kalau dah cerita indon of course last sekali yang jahat jadi gila, mati takpun kena bunuh atau insaf mungkin. Yang baik pulak hidup bahagia. Tak kesah lah dengan dengan hero utama atau hero kedua. Sebab dua-dua pun sama jambu aku tengok.

Aku bukan pengikut setia mana-mana sinetron tapi yang aku tau selalunya idea memang best. Kalau jadikan novel memang boleh jadi best seller. Tapi too bad bila buat sinetron jadi merepek. Nonsense dan tak logic! Aku suka jugak cerita tak logic tapi bukan sampai tahap memperbodohkan minda aku sendiri. Sorry sinetron! Me no like yu..hoho. By the way, kepada peminat sinetron jangan marah ya. Aku hanya meluahkan perasaan je. Tapi aku ingat kata-kata kakak aku. Dia cakap tengok sinetron ada kebaikannya. Nak tau apa? Dia kata, “tengok sinetron bagi orang harapan, hari ni jadi kalau miskin papa kedana loser gila tapi jangan risau, esok mungkin tetiba jadi pewaris harta keluarga, ada pejabat sendiri tetiba jadi hebat. Hang tau dak sinetron bagi penonton berfikiran positif.” 
Ok, kakak aku memang sarkastik..haha.


p/s: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.*tetiba iklan* Selamat berbuka :)


love, mira

Comments

  1. ak pun tak minat dgn sinetron,sama la macam citer bwang putih bwang merah..berjela mengarut..huhu

    ReplyDelete
  2. episod pertama dgn last je aku tgk. yg lain mengarut. aku surrender..haha. adik aku rajin ah layan..bebudak tau je lah kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers