Tuesday, July 24, 2012

M.I.A

Assalamualaikum.

Rindunya belog ni. Hmm..lepas exam hari tu banyak sangat benda nak kena settle. Broadband pulak Am lambat bayar tapi takpa lah orang baru start keja memang begitu, ekonomi baru nak stabil kan. Apa-apa pun thanks kakakku kerana sponsor broadband ni..hehe.

Okay, memandangkan ada kawan tanya mana aku pegi maka kena cerita sikit lah. Kat facebook tulis panjang-panjang jadi pening nak baca sebab kecik so kita cerita kat sini je lah eh. Kat twitter lagi sakit hati 140 character je, tak sempat mukadimah dah kena reject. sedih!

Seminggu lepas habis paper aku pegi terengganu. Cuti-cuti pun uum sangat banyak aktiviti luar. Boleh pilih nak join apa and of course kena bayar yuran tapi selalunya bawah rm100 kadang-kadang rm10 je bergantung pada aktiviti. So, aktiviti aku join ni nama bakti siswa. Again. Tapi sangat berbeza dengan yang aku pernah join dulu. Kali ni dengan keluarga angkat. Part keluarga angkat dan kampung tu punya aktiviti best cuma yang tak best pengurusan. Kalau ikut rasa marah ingat nak lempang sorang-sorang mereka yang konon hebat buat keja tapi hampeh. Booooo! Bajet senior kira bagus sangat lah kan. Ingat aku kesah? Heh..


By the way, terengganu cantik cuma ada lah beberapa tempat yang kotor. Normal lah takkan semua tempat sempurna kan. Sedih sikit sebab pantai belakang umt tu kotor dan ada keluarga angkat yang kutuk student  situ kan. Walaupun aku bukan student situ tapi terasa jugak lah bila student dipersalahkan. Aku rasa semua orang bertanggungjawab. Bukan student semata-mata. Come on lah..jaga kebersihan sama-sama lah senang  cerita, jangan pandai tuding jari je.

Eh, tetiba aku melalut dengan panjangnya kan. Lepas balik dari terengganu, lepak kat rumah dan kemas  barang-barang yang masih dalam kotak lagi. Banyak woh. Lepastu dah ramadan. So, begitu lah aku m.i.a @ missing in action. Tak hilang pun cuma relax kat rumah tanpa dunia maya buat seketika. Start online je banyak lah email nak kena check, berita yang tak sempat nak update. Rasa ketinggalan zaman jap nasib baik ada Pipah yang selalu update berita terkini hiburan sensasi..hoho. Thanks Pah ;)

Akhir kata saya nak mintak maaf kalau awak-awak ni ada cari saya nak cerita masalah, ada nak share apa-apa saja tapi saya tiada. I'm so sorry but I love you.. (^_^)v


*Tahniah pada kawan sekolahku, Mas dengan Syamin yang dah selamat bertunang. Semoga dipermudahkan segala urusan selepas ni.

*Tahniah kepada Najwa sebab dah berbaik balik dengan teet..ehem. Kawin kang jangan lupa jemput aku pulak..haha.

*Goodluck kawan-kawan. Result final hari tu dah nak keluar kan. Goodluck kepada diri sendiri jugak :))



SAYA SAYANG AWAK SEMUA!

Love, Mira.

4 comments:

  1. lama nya m.i.a hehe tercari2 entry baru now da jumpa =)

    ReplyDelete
  2. oooo...g ganu tak g tau...anyway ak x terasa pun klu ckp student umt tu...sbb ak x lepak situ..hahaha

    ReplyDelete
  3. mai: hahaha..haruslah! mencari ketenangan(konon je lah kan) hehe

    ReplyDelete
  4. dayah, aku bgtau nak pi ganu tapi kat twitter lah..haha. sila buat twitter sekarang jugak! hihi :P

    ReplyDelete