Thursday, May 3, 2012

edisi jimat: pilihan selain megi!

Assalamualaikum.

Ya, hari ni aku nak bagitau pilihan selain daripada megi yang student patut sedar. Sedar? Ya, kadang-kadang kita bosan nak kena makan megi je dikala kesempitan wang mahupun kerana malas turun ke kafe. Tapi kala ni aku nak bagi option lain yang lebih menarik iaitu spagetti..*wink wink*

Firstly, pegi pasaraya yang korang suka dan cari lah dua benda iaitu spagetti, sos prego dan epal. Dah nama pun nak buat spageti takkan nak cari kuetiau pulak kan. Aku sebenarnya taktau apa beza pasta, spagetti, macaroni ke apa ntah lagi. Yang aku tau makan! Haha. Ok, tak point aku sekarang kau nak beli jenis apa pun suka hati, yang panjang tu ke spiral ke  mahupun bentuk macam cengkerang ke suka hati sesedap mata anda lah sebab rasa lebih kurang je. Yang penting tahan lama. Aku tau yang keluaran san remo je. Lepastu sos spagetti pulak aku pilih prego dengan perasa tradisi. Nak perasa lain pun boleh sesuka hati anda lah, itukan perut anda.


rasanya tak sampai rm10 pun benda berdua ni.

Kedua, beli epal dua bijik. Nak lebih pun boleh tapi ni kan edisi jimat dua ke tiga biji sudah cukup. Nak ganti dengan epal hijau pun boleh. Takda hal punya. Oh, epal adalah elemen yang boleh tahan penting jugak lah.




Kemudian apa lagi, patahkan benda alah tu dan masukkan dalam kettle. Takda kettle pakai rice cooker takpun dapur gas. Takda jugak? Lupakan niat nak buat spagetti, pegi tido lagi baik.





Kemudian biarkan kettle tu menjalankan tanggungjawab dia. Dia tau la apa keja dia. Sila jangan memandai bukak penutup tu kang banjir pulak bilik kau. *ok, bilik aku lah yang banjir tu..pftt. Aku boil dua kali sebab aku tak reti sangat guna kettle selain dari masak air. Sekali boil macam still tak berapa nak lembut..eh ke kettle aku yang kero.  -..-




Lepastu, dengan relax sambil tunggu kettle tu masakkan spagetti, boleh la anda take time potong epal dalam bentuk yang disukai.





Kemudian campurkan epal dalam sos spagetti prego. Serius? Ya, ini serius..resepi baru tau. Aku yang discover. Tahniah Mira! *tepuk bahu sendiri*






















Ok, tak! Tipu je lah. Ntah apa rasa kalau epal campur dengan spagetti tambah sos prego tu. Mungkinkah esok aku menempah jamban?! Itu aku taktau. Nak tau korang boleh try..hehe. Aku makan epal dengan rojak kacang mak bee je lah. Boring tunggu spagetti tu sejuk dan nak kena boil pulak untuk second time..huehuehe.

sedaaaaaap..


Dah, cukup merepek mira ooi! Kita kembali kepada spagetti tadi, kita angkat dan letak dalam mangkuk/pinggan. Aku tak tos pun sebab macam tak perlu je.





Kemudian, tuang sos prego tu dalam spagetti dan gaul sampai boring. Dan akhir sekali makan spagetti sambil tengok miss congeniality 2. Aku tinggal sorang tadi, terpaksa la layan movie sambil makan. Kalau tak rasa macam hambar je..wuwu.


tadaaa! tadaa lah sangat. -,-

Ok, sebenarnya takda la jimat sangat pun tapi selain daripada megi at least merasa lah benda lain jugak kan. Kalau nak tambah sosej, ayam atau cendawan pun boleh. Ikut bajet masing-masing. Memandangkan aku bujang dan duk hostel ni jelah yang mampu. Peti ais mana ada!






Haa, ni beraneka perasa sos prego kat pasaran. Pilih lah mana suka. Lepas ni rasanya nak beli yang dalam botol mungkin boleh tahan lama sikit kan. Apa yang penting tengok tarikh luput dan logo halal bila nak membeli.
*google


Taknak prego? Kimball pun boleh. Orang cakap ni lagi murah, rasa pun boleh tahan. Aku tak try lagi, tak berani komen.

*google jugak


p/s: memandangkan aku takla makan banyak sekarang ni, spagetti tu mungkin 3 ke 4 kali makan baru habis kot. Sos dia je lah kena beli dua tiga tin simpan. Mungkin beli yang dalam botol lebih jimat kot. Bila kelaparan dan mahukan kelainan. Inilah jawapannya. Ok, boleh mintak keja jadi promoter prego atau kimball lepasni. Kimball tunggu ya, minggu depan kita cari awak eh.. :))


Love, Mira.


8 comments:

  1. hehehe..pndainya awk rebus spagetti tu..ritu sy penah buat tapi nape sy rsa sy pny spagetti mcm terlebih lembik aje..hm, T..T

    ReplyDelete
  2. huiyooo! hihiks, boleh cuba nehh :p

    ReplyDelete
  3. MAKCIK,, YOU ARE GOOD IN MAKING FOOD LA NOW.. HAHAHA
    -FQH

    ReplyDelete
  4. kak mira, sila buat utk saya sama spagetti tu.huhuhu.
    air liurku meleleh tgk epal ngan kuah rojak mak bee.hehehe.

    ReplyDelete
  5. kak erma: spageti tu lembik sebab biar terendam lama dlm periuk kot. takpa, practice make perfect org kata..hehe. try lagi. :)

    ReplyDelete
  6. nurul: ya, kena cuba tau. ^^

    ReplyDelete
  7. faiqah: dlm tin aku reti lah buat. manual mmg kena duk rumah praktis selalu la we..haha.

    ReplyDelete
  8. pipah: ya, dtg rumah nanti. hahaha..aku teringin gila tu yg beli epal, sblm tu aku jumpa mempelam masa pi psr malam. lagi syok..hehe.

    ReplyDelete