Monday, May 21, 2012

Baksis:Taman Negara Kuala Koh. Day 1.

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasal Bakti Siswa a.k.a Baksis yang dah cakap nak cerita hari tu tapi tak cerita-cerita kan. Dah sebulan berlalu baru nak update. Ya, saya pemalas..hee. Hari ni baru rajin sikit plus line wifi agak boleh tahan laju. Baksis ni dari 6-9 April hari tu dan dibuat di Taman Negara Kuala Koh iaitu kat area Gua Musang, Kelantan. Entri ni memang banyak gambar. Layan je lah ya.

Mula-mula meh tengok gambar lepas perasmian. Semua orang ada kecuali Mina sebab dia tukang ambik gambar.


Gila ceria gambar tu. Bila rewind balik, cuba tengok gambar sebelum perasmian. -..-
Tengok lah perangai sorang-sorang. kebosanan.

Fakta: semua orang tak mandi lagi time ni..haha. Kami bertolak dari uum petang 6 april tu then sampai kat felda apa ntah namanya tu dalam pukul 4 pagi camtu. Kami tido dalam bas dan berhenti kat stesen minyak. cuci muka, solat subuh, ganti baju, sarapan. Dalam 8 pagi baru bertolak ke Taman Negara Kuala Koh sebab jalan nak pegi sana memang mencabar kalau gelap takut apa-apa jadi susah lah, tak nampak kan. Even abang bas pun takut lalu jalan tu. Agak scary bila lalu jalan camtu dengan menaiki bas ya. Macam rollercoaster dah. Gambar tiada nak tunjuk bukti kat korang sebab semua orang takut so lupa nak ambik gambar then duk senyap-senyap kat seat masing-masing sambil berzikir. Aku ingat abang bas tu buat lawak konon takut tapi rupa-rupanya dia memang takut! Ok, nasib baik aku tido time tu..hehe.


Kemudian, masa untuk pasang khemah. Ah, khemah uum memang banyak expired. Tolong la pegi beli baru. Duit banyak buat apa ntah. Marah betul aku. Hilang keayuan sebab rasa amat marah bila tengok khemah macam hampeh sangat. Aku rasa dua jam lebih jugak la nak tunggu semua orang siap pasang khemah.






Sebenarnya, kawasan khemah lelaki bukan kat sini. Tapi diorang ni taknak pegi sana, nak duduk dengan kitaorang jugak. Mungkin sebab sebelum ni kitaorang dah biasa camping sama-sama jadi rasa macam pelik kalau separate tempat khemah. So, kami share tempat sama. Ni dah tak cukup tanah, duduk atas simen je lah abang-abang ni.

Dan aktiviti pertama hari tu. Yeay, canopy walk. Laluan canopy walk ni sebelah dengan tapak khemah tu je lah. Tapi nak lalu ni kena ada guide. Dan of course kena bayar tapi tak mahal pun dalam RM5 je untuk seorang.


Yang tuala pink tu syasya. dia sangat takut dgn ketinggian tapi cover baik punya.

 Ya, aku pun takut. tapi cover. haha. oh, kat bawah tu sungai. :O


Itu cousin aku, Imah dan jugak Nik. dua-dua takut tapi time ambik gambar tahan je lah. padahal muka pucat macam apa ntah..hahahaha.






Yang baju biru tu abang bas.

 Yang baju biru tu pun abang bas jugak. Yang baju biru duduk bukan abg bas, itu Nik.




Boleh kata semua orang takut benda canopy walk tu sebab gayat. Memang tinggi. Ni first time aku try, memang takut tapi nak try lagi..hehe. Perasaan sama tinggi atau kadang-kadang lebih tinggi daripada pokok yang ada kat sekeliling adalah sangat awesome! Rasa macam indahnya.. Nak tahu, kena try sendiri lah. :)

Dah habis canopy walk yang menyeramkan tu kitaorang sambung trekking. Trekking ni tak lama pun tapi mencabar jugak lah. Tapi jerai lagi mencabar..haha. Jerai boleh sampai habis takkan trekking kuala koh tak boleh kan. Malaysian boleh! *tetiba*.

Tujuan trekking apa? Ya, kita sebenarnya nak pegi tempat untuk tubing. Apa itu tubing? Naik atas pelampung pastu melalui arus sungai sampai destinasi yang ditetapkan.




Itu Abu. Aku bukan nak tunjuk gambar dia tapi nak tunjuk tempat yang kitaorang start tubing. Arus sungai ke kiri. Sebelum tubing kitaorang kena lulus ujian water confident. Ala, yang terapungkan diri tu. Pakai life jacket confident lah jugak boleh terapung kalau tak tenggelam agaknya. Masa test naik pelampung tu aku bergerak ke kanan iaitu melawan arus. Aku pun taktau kenapa. Dah la sorang-sorang. Haish, serius malu! Lepastu pakcik yang memancing kat tepi tu pegi selamatkan aku. Double malu. (-.-")


 

Mempersiapkan diri sebelum tubing bermula. Itu kak Siti. Semua orang sibuk nak kenenkan dia dengan sedara atau kawan masing-masing since kak Siti solo lagi. Kak Siti paling senior lah dari segi umur. She's 30 tapi tak nampak macam 30 pun.

Kat bawah ni gambar masa tubing. Seronok! Tapi kalau salah kayuh kau boleh salah arah dan mungkin tersangkut kat pokok. Kayuh dengan tangan. Lenguh weh, sakit ketiak asyik kayuh. Tapi aku taktau kenapa aku kayuh slow gila. macam pondan.



Itu Bulat. serius jeles. dia dapat ambik gambar stylo camni. :/



Untuk kali ni, setakat ni je lah. Mesti tertanya-tanya kan. Apa ke benda bakti yang kitaorang buat kat tempat ni? Macam bersuka ria dengan kawan-kawan je. Ok, part tu akan menyusul nanti dalam entri akan datang. Sekian.


 Love, Mira.

1 comment: