Friday, March 16, 2012

Tragedi Coklat Cadbury.

Assalamualaikum.

Tajuk tragik sesekali adalah harus. Tapi takda lah tragik mana pun kalau nak dibandingkan kena rotan dengan mak sebab balik lambat..hehe.Ok, berbalik pada topik coklat cadbury, kisah ni jadi bila aku naik bas ekspress tahun lepas. aku kan pengguna pengangkutan awam yang sejati jadi kalau pegi mana-mana tanpa family wajib lah naik bas. Train bukan taknak naik tapi stesen jauh. Kira yang paling mudah dan mesra rakyat adalah bas.

Masa tu aku nak ke ipoh. Maka dari sintok ni ambik bas pegi shahab kat alor setar dulu, then lepas tu beli tiket ke butterworth dulu sebab nak pegi ipoh terus bas tiada, ada malam sahaja. Oh, tidak! Tak sanggup aku nak nganga dua tiga jam demi sebuah bas. Jadi, aku pegi lah naik bas ke butterworth dengan perasaan yang separuh berani. Separuh je sebab aku sorang-sorang, kalau ada kawan memang berani tanpa ragu-ragu lagi..hehe.

Dalam pukul 6.30 macam tu aku pun sampai kat butterworth dan terus cari tiket, dapat lah pukul 7 punya. Ok lah kan setakat setengah jam nganga aku boleh tahan lagi. Dan kat situ lah aku jumpa dengan seorang budak ni, lelaki. Tahukah anda possibility aku duduk sebelah lelaki dalam bas adalah amat tinggi iaitu sekitar 90%. Haa, jadi duduk sebelah lelaki lagi. Aku tak kesah sangat sapa duduk sebelah aku cuma aku risau aku tertidur pastu terlanding kat bahu orang sebelah. Naya tahu!

Dan lelaki itu baik orangnya. Since aku blur pada ketika itu dia lah yg tolong translate apa pakcik bas cakap semua tu. Then kami just lawan senyum sebab taktau nak sembang apa. Dalam sejam lepas tu aku sangat lah lapar. Balik kelas terus ambik beg, bersiap dan terus cari bas..kira tak sempat nak makan pun. so, aku cuba cari makanan dalam beg aku. Jumpa coklat natasha hudson. bagi lah kat orang sebelah sebiji. dia pun lepas tu duk cari makanan dalam beg dia jugak, jumpa coklat hacks bagi kat aku sebiji. macam kelaparan nak mati agaknya muka aku.

Tetiba aku teringat aku ada simpan coklat cadbury dalam beg. Rasa bersinar-sinar mata bila teringat..hehe. Dengan pantasnya aku pun cari dengan bersungguh-sungguh, masa tu dah gelap dah. Dan jumpa! Rasanya macam hip, hip, hooray! Bila memikirkan ada orang sebelah yang baik jugak tu aku pun bagi lah. Aku patahkan dua row pertama untuk aku. Lepastu aku offer dia. Mula-mula dia macam malu tapi ambik jugak. Dia patahkan dua row jugak then simpan baki coklat tu. Demmm..aku baru perasan. Mesti dia ingat aku offer semua tu kat dia. Padahal maksud aku sebenarnya aku nak dia ambik berapa banyak yang dia nak tapi bukan semua..huhu. Salah aku jugak..salah teknik offer! Sepatutnya kalau nak offer kita kenal sua coklat tu belah yang dah terbuka sambil cakap, 'nah, ambik lah'. Tapi aku tersalah, aku sua belah yang masih tertutup rapi macam bermaksud, 'kau ambik semua ni, aku nak dua row ni je'

Dan begitu lah kisah ini. berakhir. Takla tragik mana kan cuma aku rasa sadis sikit sebab aku lapar masa tu. Budak tu pun dah jadi friend kat fb. Nasib baik aku tak pernah luahkan perasaan sedih sebab coklat ni kat fb kalau tak mesti dia malu..hoho. Pengajarannya hati-hati bila nak offer, kot orang tak faham apa yang kita nak sampaikan. Kalau kawan sendiri boleh lah gelak sambil mintak balik coklat tu ye dak..haha. Apa-apa pun aku halalkan je lah dengan ikhlas untuk budak tersebut. =)

lebih kurang begini lah coklat tersebut. *sumber google


Love, Mira.

4 comments:

  1. awat la budak tu yakin gila hg nak bagi sume -.-

    ReplyDelete
  2. tulah, aku pun pelik. patut masukkan dia dalam kelab yakin..hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha..sy rasa, mybe sbb dia pon lapar jgk kot, tu pasal dia ambik semua..hehe

    ReplyDelete
  4. mizzerma: ahahaha..agaknya lah. maybe dia pun tak sempat makan kot. ikhlaskan je lah utk dia =)

    ReplyDelete