Thursday, March 29, 2012

Lelaki Tak Tahu.

Some guys don't realize how long something they say or do can stay in a girl's mind.


Assalamualaikum.

Pernah alami tak benda ni. Oh well, kalau anda perempuan aku rasa mesti pernah berada dalam situasi ni kan walaupun sekali. Aku sendiri memang jenis suka ingat benda yang kadang-kadang crap dan nonsense pada padangan orang lain. Aku rasa aku banyak berfikir sangat lah. Dan secara terang dan nyata itu bagi impak buruk pada emosi aku. Oh, aku nak mengaku aku ada masalah kecelaruan emosi yang amat rumit bila exam dah nak dekat..what should i do? T_T

Berbalik kepada quotes tu. Korang rasa berapa lama masa korang ambik untuk lupakan apa yang boyfriend/tunang/husband cakap? Maksud aku bila diorang cakap sesuatu yang negatif atau sensitif pada korang. Contohnya;

a) apasal awak nampak gemuk eh. dua tahun lepas slim je saya tengok.

b) ex girlfriend saya si Ana tu ajak saya keluar. boleh tak? ala, kitaorang just nak lepak-lepak je.

c) apasal awak makeup macam ni? dah macam opera cina dah saya tengok.



Sila pilih jawapan yang menggambarkan apa yang anda selalu buat atau rasa. Pilihan jawapan adalah seperti berikut;

a) sehari je ingat. lepas dia pujuk aku ok lah balik..hehe.

b) seminggu kot. lepas tu terus lupa.

c) ah, sampai bila-bila aku takkan lupa. forgive but never forget u know.

d) sejam je. aku ada short term memory loss macam Dory dalam finding nemo tu.



Personally aku jenis susah nak lupa, aku ingat macam mana dia bagitau aku dia ngorat awek lain masa on the way nak pegi kelas. Aku still ingat macam mana dia gedik ngorat junior (masa ni kami masih bergelar musuh..haha) Aku ingat sampai hari ni. Bukan lah saja-saja nak ingat tapi dah takleh nak delete. Kalau memori otak boleh di reset memang dah lama dah aku buat. Tapi bila fikir balik banyak benda baik dia buat tapi aku tak ingat. Fine, aku terlalu buruk sangka mungkin. Harus lebih positif kan.

Dalam banyak keadaan perempuan banyak pendam rasa. Mungkin di depan lelaki, perempuan buat macam tak kesah, nampak macam dah lupakan benda tu bila dah dipujuk tapi hakikatnya tak semudah itu! Perempuan kan berjiwa lembut walaupun perangai kasar macam jantan(akulah tu..-.-).Mimpi lah perempuan cepat lupa weh. Biasanya every single things memang diorang ingat seketul-seketul. Teliti sangat. Ini norma kehidupan..haha.

Kesimpulannya, dalam bahasa mudah, elakkan cakap benda sensitif yang mampu gugat emosi perempuan ni. Biasanya kami perempuan dah judge lelaki dari cara percakapan mereka. Ok, tolong lah tahu perempuan adalah sangat berbahaya but cute enough. Kalau tak takda lah lelaki sengih-sengih bila dapat mesej daripada perempuan kesayangan kan. ^^

Love, Mira.

5 comments:

  1. ha ah la, setuju sangat2 tang sengih2 sbb baca sms kita..hik3, hm..kalo sy pulak, sy jenis yg igt sampai bila2 gk tapi juz igt jela, bukan berdendam ke apa kan..=)

    ReplyDelete
  2. setuju sngt ngn entry nih...thumb up

    ReplyDelete
  3. mizz erma: haah, sama lah. ingat memang takkan lupa. tapi taklah sampai dendam :)

    ReplyDelete
  4. mai: haa, mesti mai pun rasa yg sama jugak kan :)

    ReplyDelete
  5. aah...sama jer...dorg bkn nk pham..pling senget bila wat2 xfaham hehe

    ReplyDelete