Saturday, February 18, 2012

A letter to Dad

Assalamualaikum.

Dua hari lepas ayah aku kemas barang-barang dia then terjumpa sepucuk surat. Surat ni aku dengan kakak aku si Am tu tulis masa ayah pergi kursus kat KL. Kalau tak salah tahun 1998. Waktu tu aku baru 7 tahun, kakak aku pulak 10 tahun dan adik aku si Dondi tu baru 3 tahun. Lama jugak kursus tu dalam enam bulan kot.





Kepada ---> Ayah


Assalamualaikum. Ayah..apa khabar? Am, mira, dondi dan mak di sini sihat-sihat selalu. Ayah seronok ke tinggal di sana? Macam mana ayah dah botak ke? Uban dah banyak ke? Tak gatal dah ke..sori. lawak saja, jangan la marah. Dondi cari ayah. Dia kata ayah pegi kerja, beli seluar keras. Hari selasa ini kami periksa. Kami akan belajar bersungguh-sungguh. Tiap-tiap hari kami tengok gambar ayah. Sekian untuk kali ini. Hingga jumpa lagi di lain kali.


Semoga Berjaya


Wassalam


Cuba teka siapa tulis..am atau mira.





p/s: seluar keras = seluar jeans.
adik aku tu manja gila sampai sekarang pun manja tapi tak macam dulu lah.
kalau korang perasan dalam bubble yang ada gambar tu ada dua bintang kat baju ayah aku kan. sebab konon macam cita-cita ayah aku nak jadi pegawai lah and he did it! aku rasa kitaorang sangat comel masa kecik-kecik dulu..hehe.


Love, Mira.

2 comments:

  1. serious comel! hahhaa

    kat boypren tulis gutu gak paa? haha

    ReplyDelete
  2. dak aih. kat boyfren kata thank you ja selalu..hahaa.

    ReplyDelete