Ramai boyfriend dan Lembab!

Assalamualaikum.

Aku sejak dua tiga bulan kebelakangan ini dah jadi cepat sangat rasa annoyed dengan orang. Tapi kebiasaannya aku pendam je rasa menyampah tu sebab malas nak marah atau maki orang. Aku kalau dah marah, apa pun aku takleh fikir dah. Jadi adalah lebih baik aku buat derkk je dengan mereka-mereka ini. Ini satu sebab kenapa aku tak ramai kawan sejak masuk u nih. Adalah tiga empat orang camtu.

Jenis pertama yang buat aku rasa annoyed ialah orang yang selalu cakap pasal boyfriend. Aku pun cakap jugak tapi takda lah sampai setiap masa nak cakap. Lagi menyampah bila hari-hari ulang cerita yang sama. Aku dah boleh agak dah ayat yang akan keluar dari mulut mereka. Tension tahu! Dan aku tak berapa suka orang yang ramai boyfriend. Bukan apa, mereka selalunya jenis yang pernah kecewa dengan seorang lelaki lepastu balas dendam dengan start couple banyak-banyak. Masalahnya mereka akan end up dengan putus dengan lelaki seterusnya sambil bagi alasan berikut:

ah, lelaki semua sama! takleh percaya. benci tau.

aku tak rasa ada lelaki yang mampu ganti tempat ex aku.

dah la, aku benci lah mamat tu tak hensem macam ex aku.

Lepas tu dalam beberapa hari atau minggu kemudian dah couple dengan lelaki lain. And the flow goes on. Jadi bilanya mereka nak bahagia. Bila mereka tak bahagia maka aku jugak yang merasa derita, nak kena dengar luahan rasa yang sama buat lapan belas juta kalinya. Stress!

Jenis kedua pulak mereka yang sangat lembab! Lembab sesekali takpa tapi kalau sambil tahap tiap-tiap kali jumpa lembab kemain memang tak tahan lah aku. Dah la aku mewarisi sifat kurang sabar dari atuk aku..haih. Aku selalunya akan bertahan nak layan orang spesies ni untuk setengah jam je kalau lebih dari tu, aku buat-buat tido. Kalau aku takleh tido aku akan start me-moody-kan diri aku sebab bila moody aku takkan banyak cakap. Bila aku tak banyak cakap orang takkan berani tegur aku. Inilah kelebihan aku sebagai seorang yang banyak cakap..haha.

Hari tu aku bengang gila dengan kawan kepada sepupu aku nih, sepatutnya pangkat kakak lah tapi aku kesah apa. Hari tu kitaorang beratur gila panjang sebab ramai orang, dah sampai turn aku, aku bayar barang yang aku beli dengan sepupu aku punya sekali. Nak jimat masa kan tapi tetiba dia dengan lenggang kangkung datang bagitau nak kena beli barang lagi tapi taktau nak pilih apa. Sambil buat muka lembab plus terpingga-pingga. Kau gila nak tunggu dia beratur balik, panjang kot. Aku terus suruh sepupu aku ambik satu novel dekat rak nak bagi cukup duit dia tuh then bayar. Malu kot sebab sebenarnya aku dah habis bayar dah pun tinggal nak blah je. Adik-adik dan makcik-makcik sekalian yang beratur kat belakang aku pandang semacam je. Dalam bengang tu naik gak ah suara aku. Aku perasan orang tengok aku tapi peduli apa. Pantang weh! Yang aku pelik dia pun pembaca novel tegar jugak, apahal lembab sangat nak solve masalah ni. Ambil novel plus gula-gula pun dah boleh cukupkan duit tu ok. (Ni gara-gara baucer buku tu lah, nak kena cukupkan duit masa beli..haih)



p/s: aku masih garang dan dalam usaha nak mengurangkan temper aku.


Love, Mira.

Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers