Saturday, January 14, 2012

Happy 12th Birthday Adikku!

Assalamualaikum.


Hari ni 14-01-2012 cukup 12 tahun umur satu-satunya adik perempuan aku, si Aina. Walaupun dia tu konfem takkan baca blog aku ni tapi takpa, kena juga tulis untuk mengingati birthday dia. Dah cukup 12 tahun, maka UPSR lah hang tahun ni..haha. Bahagia sebenarnya bila tengok budak sekolah terseksa bila time exam besar. Baru UPSR dah rasa nervous tahap biawak dah. Mai ambik exam aku tengok..emo tetiba..haha.


yang depan sekali pakai tudung kaler gold tu adik aku.

Disebabkan aku takda banyak gambar dia maka dapat upload satu je lah. Bukan takdak sebenarnya tapi tu semua gambar dia masa freehair. Malas nak letak kat sini. Sekarang ni dah start belajar pakai tudung. Rasanya ni mesti si Dondi yang suruh ni takpun dia ceramah kat si Aina kaw-kaw punya..hehe. Tapi benda baik kan, aku sokong je lah. By the way, Dondi tu abang Aina a.k.a adik aku jugak. Dia bab pakaian ni bukan boleh. Nasib baik aku tak seksi, kalau tak..mau pedih telinga nak tahan ayat sentap dia.


Akhir sekali,


HAPPY 12TH BIRTHDAY AINA NADIRAH!!

moga rajin belajar & dapat result bagus utk UPSR tahun ni. dan jadi budak baik. jangan duk jadi stalker aku sangat lah (-__-")




p/s: walaupun dia adik, tapi tumbesaran cepat gila. dia memang tinggi sangat. aku dah lama jadi budak pendek dalam family aku :'(

Love, Mira.

6 comments:

  1. 12 tahun dh tinggi cmni. aku 21 tahun still mcm...tak tau nk kata apa la.huhuhu.

    ReplyDelete
  2. sis, anda ditag :)

    http://jejariberjiwa.blogspot.com/2012/01/butikfiqra-first-giveaway-by-butik.html

    ReplyDelete
  3. seyes ak rasa rndu nk dgr citer pasal aina n dondi....emmmmmm

    ReplyDelete
  4. pipah: cakap je lah PENDEK!! haha

    ReplyDelete
  5. nurul: kak mira nak ngaku 1 bnda, kak mira tak reti nak join giveaway ka contest ka. camna eh sebenarnya? malu...

    ReplyDelete
  6. dayah: ngaku je lah hang rindu aku kan? kan? hahaa

    ReplyDelete