Aku lupa lah kau kawan aku.

Assalamualaikum.

Tahukah anda saya seorang yang pelupa? Ceh, bajet trivia je kan. Eh, tapi ni betul cuma aku cuma akan lupa muka orang je selalunya. Perangai dengan rahsia mereka selalunya aku masih ingat..hehe. Orang yang aku takkan lupa muka mereka adalah orang yang melalui hari-hari bersama-sama dengan aku, senang cakap kawan masa kat asrama tak kira la masa kat sekolah atau matrik. Orang yang selalu spend masa dengan aku konfem aku tak lupa..insyaallah. :)

Nak tahu kenapa aku beria cakap pasal ni? Tadi aku duk baca news feed kat facebook, saja lah stalking sebab dah tinggal facebook seketika sebab nak exam. Ok, berbalik kepada tajuk asal aku pun stalk lah semua orang punya perkembangan. Lepastu aku macam tertarik nak bukak profile sorang kawan masa sekolah rendah dulu sebab status dia macam lovey dovey je lately lagipun masa sekolah dia ni jenis sinis, kepoh pun ya jugak jadi macam teringin nak tau sapa lah girlfriend dia kan.

Maka, aku bukak lah profile dia, klik pada girlfriend dia then tengok gambar..aik..macam kenal. Tapi aku macam tak cam sangat sebab gambar tu tak clear, tengok mutual friend budak tu ada lah si Iz dengan Yana. Iz dengan Yana ni sebelah bilik aku je. Mula-mula ingat coursemate diorang, sekali tak. Aku semakin curious siapakah awek tersebut. Dengan skill stalking aku yang kadang-kadang power jugak ni, aku dapat tau awek tersebut satu dpp dan blok dengan aku, dah la satu level je kot..bilik kami selang berapa buah je pun. Dan aku selalu jugak la, eh tak hari-hari aku terserempak dengan dia. Dan aku cam dia dari orientasi lagi sebab dia comel..haha.

Ok, aku pernah nampak dari jauh dia date dengan boyfriend dia kat kafe tapi aku macam buat bodo je lah memandangkan aku tak kenal sapa lelaki tuh. Dan semalam pun diorang date lagi, dan aku pulak makan ramai-ramai dengan geng study group math aku, kami duk gosip pasal dia dengan mamat tu. Kami semua macam tertanya-tanya..sapa mamat tu. sem berapa..blablabla.. Ala, gosip biasa bila tau orang yang kita kenal dah ada pasangan kan. Then, dah semua tak kenal maka takdak lah gosip lama pun, sambung study balik.

Tadi nasib baik sebab stalk kat facebook maka aku dah tau la yang lelaki yang kami duk gosip semalam tu kawan aku. Kalau aku tak stalk tadi rasanya sampai final year pun aku taktahu..hehe. Weh, kawan aku pun aku boleh lupa..ni kira first time lah jadi camni sebab dia lalu banyak kali kot depan aku tapi aku buat bodo je lah sebab anggap stranger kan. Lepas dah tau dia tu kawan aku, rasa macam teruk pulak sebab tak kenal. Oh, tapi dia pun tak kenal aku..kira fair ah kan. Sama-sama tak kenal..haha. Nanti kang esok kalau jumpa, aku nak tegur ah. Selalu orang cakap muka kau tak berubah dari kecik, ni nak kena buat kajian ni..hehe.

Aku memang susah nak ingat muka orang tapi aku ada naluri yang kuat. macam kalau jumpa seseorang yang aku rasa aku pernah tengok, aku akan tanya terus sebab selalunya naluri aku betul. Ada lah connection kat mana-mana nanti. Taktahu nak salahkan apa bila tak dapat ingat kawan-kawan, memori dah ter-delete..aku rasa nak salahkan matrik sebab banyak buat aku loss memory but i do gain lots of new sweet memorioes.. Sekian.




p/s: kadang-kadang aku lupa muka zaza macam mana. bila jumpa je, aku macam blur seminit dua. dia punya duk lambai kat aku, aku buat bodo je. sebabnya aku tengah fikir sapa dia..haha. nasib hang lah.. :))


Love, Mira.

Comments

  1. -.- perlu ke lupa muka zaid?aku kalau lupa muka along silap2 kena penampo.haha

    ReplyDelete
  2. kadaangkadang ramai sangat kan kawan ? jadi bila dah lame tak jumpe tu yang masingmasing pon tak sedar pernah berkawan :D

    ReplyDelete
  3. faiqah: hg memang ah jumpa hari2 kalau tak ingat g memang patut bg penampar pun..haha. aku jumpa pun jarang, posibility nak lupa muka dia sangat tinggi..hehe. :))

    ReplyDelete
  4. munirah: haah, lagipun sy ada sampai 7 sekolah, memang takleh nak ingat semua orang lah..hehe. :)

    ReplyDelete
  5. muka saya lupaaa daaaaakkkkk? T_T

    ReplyDelete
  6. nurul? takk! ntah la masih ingat sampai hari ni. magic dak magic dak? hahaha

    ReplyDelete
  7. iya kaa? ahaha. sedangkan 'miss' zaza yang kak mira selalu jumpa pon kak boleh lupa, ni pulak nurul, yang lansung tak jumpa lepas habes sekolah. haha

    ReplyDelete
  8. ntah la kenapa boleh lupa dia..haha. nasib dia lah. nurul akak ingat lah. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers