Posts

Showing posts from January, 2012

Manis 21: Faiqah Mohamad!

Image
Assalamualaikum.

Entri hari ni ditujukan khas untuk Faiqah Mohamad. Saja update hari ni sebab nak cakap;

HAPPY BELATED BIRTHDAY! 
Happy Birthday dah cakap dalam text semalam kan..hehe. Tahun ni kira first time kami tak celebrate dengan Faiqah. Kami tu adalah aku, Wa dan Lisa. Kami berempat roommate masa di matrix dulu. Dua tahun lepas celebrate dekat kfc di jusco Ipoh, tahun lepas aku dengan Wa nekad turun Penang untuk celebrate birthday Faiqah. Ok, tak la celebrate sangat pun, kitaorang just be with her je masa birthday dia. Kek pun takda. Aku rasa sadis lah pulak. Sebab masa tu aku dengan Wa sengkek gila tapi nak jugak pegi jumpa dia. Kitaorang cuma mampu bagi present yang tak seberapa harganya tu kat dia. Insyaallah bila dah keja nanti baru boleh bagi present yang best-best.

Walaupun Faiqah selalu taknak ngaku yang dia pun aneh macam kitaorang tapi sebenarnya dia memang aneh! Jangan terpedaya dengan muka dia yang innocent konon-konon tu. Yang paling aku ingat dia suka sangat nyanyi…

kenapa terlalu murah?

Assalamualaikum.

Secara jujurnya semua orang suka barang yang murah kan. Sapa taknak beli tudung cantik 18 helai dengan harga 18ringgit. Atau beli t-shirt comel dua helai dengan harga tak sampai 20ringgit. Aku pasti semua suka beli barang murah tapi kalau pasangan kau murahan kau nak? Aku rasa mengikut firasat aku ni takda sapa yang nak pasangan yang murahan kan?

Aku teringat nak share pasal benda ni sebab ada kawan aku, A ni mengadu pasal kawan yang sorang lagi iaitu B yang boleh tahan agak sosial lah. Aku tengok dia pun tau dia jenis peramah and kind of attention seeker. Sebabnya aku pernah keluar dengan diorang dengan tengok perangai dia. Gedik boleh tahan jugak lah. Bila A ni cerita pasal B aku macam terkejut jugak lah. Selama ni aku selalu anggap orang kat sekeliling aku baik-baik je. Kalau dengan lelaki masih jaga adab lagi lah. Tapi si B ni relax je boleh ringan-ringan dengan lelaki atas alasan taktau macam mana nak tolak. Aku sumpah rasa nak maki dia. Apahal lah lemah sangat n…

Ramai boyfriend dan Lembab!

Assalamualaikum.

Aku sejak dua tiga bulan kebelakangan ini dah jadi cepat sangat rasa annoyed dengan orang. Tapi kebiasaannya aku pendam je rasa menyampah tu sebab malas nak marah atau maki orang. Aku kalau dah marah, apa pun aku takleh fikir dah. Jadi adalah lebih baik aku buat derkk je dengan mereka-mereka ini. Ini satu sebab kenapa aku tak ramai kawan sejak masuk u nih. Adalah tiga empat orang camtu.

Jenis pertama yang buat aku rasa annoyed ialah orang yang selalu cakap pasal boyfriend. Aku pun cakap jugak tapi takda lah sampai setiap masa nak cakap. Lagi menyampah bila hari-hari ulang cerita yang sama. Aku dah boleh agak dah ayat yang akan keluar dari mulut mereka. Tension tahu! Dan aku tak berapa suka orang yang ramai boyfriend. Bukan apa, mereka selalunya jenis yang pernah kecewa dengan seorang lelaki lepastu balas dendam dengan start couple banyak-banyak. Masalahnya mereka akan end up dengan putus dengan lelaki seterusnya sambil bagi alasan berikut:

ah, lelaki semua sama! takleh…

tentang picnik.

Assalamualaikum.

Aku tengah sedih sebab Picnik dah nak tutup menjelang April ni. Dah la aku selalu edit gambar kat situ. Sedih aa camni. Rasa macam hilang tempat berteduh. Hiperbola kan ayat aku..haha. Aku sebenarnya malas nak baca email diorang sebab bahasa inggeris kan. Aku lemah sikit kalau bahasa penjajah ni. Tolong sesapa bagitau aku kot lah aku baca email tak habis, email tu acah-acah je ke takpun aku salah faham sorang-sorang ke. Share lah dengan aku yang malas baca email ni..hehe.

Mood nak bercerita dah hilang sebab fikir pasal picnik. Hahaha..gila tipu. Sebelum aku melalut tak tentu pasal baik aku stop kan. Esok ada benda penting nak buat. Harap-harap berjalan lancar. InsyaAllah. :)


Love, Mira.

Happy 12th Birthday Adikku!

Image
Assalamualaikum.


Hari ni 14-01-2012 cukup 12 tahun umur satu-satunya adik perempuan aku, si Aina. Walaupun dia tu konfem takkan baca blog aku ni tapi takpa, kena juga tulis untuk mengingati birthday dia. Dah cukup 12 tahun, maka UPSR lah hang tahun ni..haha. Bahagia sebenarnya bila tengok budak sekolah terseksa bila time exam besar. Baru UPSR dah rasa nervous tahap biawak dah. Mai ambik exam aku tengok..emo tetiba..haha.



Disebabkan aku takda banyak gambar dia maka dapat upload satu je lah. Bukan takdak sebenarnya tapi tu semua gambar dia masa freehair. Malas nak letak kat sini. Sekarang ni dah start belajar pakai tudung. Rasanya ni mesti si Dondi yang suruh ni takpun dia ceramah kat si Aina kaw-kaw punya..hehe. Tapi benda baik kan, aku sokong je lah. By the way, Dondi tu abang Aina a.k.a adik aku jugak. Dia bab pakaian ni bukan boleh. Nasib baik aku tak seksi, kalau tak..mau pedih telinga nak tahan ayat sentap dia.


Akhir sekali,


HAPPY 12TH BIRTHDAY AINA NADIRAH!!
moga rajin belajar &…

final examku sudah tamat.

Assalamualaikum.

Semalam 12-01-2012 last paper aku untuk sem satu nih. Rasa cepat sangat masa berlalu, dah habis dah satu sem. Sekarang ni kena tunggu result la pulak. Okay, cuak sebenarnya sebab usaha tak setara mana pun. Nak menyesal pun dah lepas dah. Boleh doa dengan tawakal je lah. Sebabkan paper hari ni habis pukul lima lepastu barang satu apa pun tak kemas lagi, maka aku decide balik petang esok ni. Ayah aku on je sebab beliau kan dah bersara. Goyang kaki la maknanya. Aku tak sempat lagi nak call tanya adik-adik aku pasal sekolah baru diorang. Mesti banyak cerita aku nak kena dengar esok. Sabar je lah.

Aku dah pindah rumah kat perlis. Kena mention jugak untuk kesekian kalinya sebab ramai je kawan-kawan yang taktau aku dah pindah. Kira ni insyaallah rumah tetap yang aku akan duduk sampai la aku ada rumah sendiri, sampai saat aku kawin, dan jugak rumah yang aku akan balik bila raya macam kat dalam tv tu. Rumah aku rumah biasa je, paling simple dan yang penting tersorok. Kalau kat…

The 7th January of 2012

Image
Assalamualaikum.

Hari ini memang sangat best sebab berkesempatan melawat Alny buat pertama kalinya. Ayat bajet macam Alny belajar jauh sangat je padahal dari rumah aku 15 minit pun tak sampai kot..haha. Sebenarnya hari ni Dayah ajak teman dia pegi tengok Kuan main bola. Dia segan sebab segala umat yang bergelar coursemate Kuan ada sama, ni kira first time lah nak jumpa. Family dah jumpa hari tu, so hari ni turn jumpa kawan-kawan pulak. Aku memang selalu inteframe ikut diorang, maka jadi part-time photographer yang tak berbayar and i like it! (^_^)

Disebabkan orang asyik kata, "A picture is worth a thousand words" maka aku tunjuk gambar je lah ya.


Alny call Tikah masa ni tapi aku yang cakap dulu sebelum pass kat Alny. Tikah dengar je suara aku dia terus jerit. Beliau amat bengang sebab tak dapat join..hehe. Takpa Tikah, kang bila awak balik sini kita keluar sama-sama ya..ngee. Anyway, goodluck Tikah untuk semua paper final exam awak yang tinggal dan semoga cepat sembuh jugak…

Aku lupa lah kau kawan aku.

Assalamualaikum.

Tahukah anda saya seorang yang pelupa? Ceh, bajet trivia je kan. Eh, tapi ni betul cuma aku cuma akan lupa muka orang je selalunya. Perangai dengan rahsia mereka selalunya aku masih ingat..hehe. Orang yang aku takkan lupa muka mereka adalah orang yang melalui hari-hari bersama-sama dengan aku, senang cakap kawan masa kat asrama tak kira la masa kat sekolah atau matrik. Orang yang selalu spend masa dengan aku konfem aku tak lupa..insyaallah. :)

Nak tahu kenapa aku beria cakap pasal ni? Tadi aku duk baca news feed kat facebook, saja lah stalking sebab dah tinggal facebook seketika sebab nak exam. Ok, berbalik kepada tajuk asal aku pun stalk lah semua orang punya perkembangan. Lepastu aku macam tertarik nak bukak profile sorang kawan masa sekolah rendah dulu sebab status dia macam lovey dovey je lately lagipun masa sekolah dia ni jenis sinis, kepoh pun ya jugak jadi macam teringin nak tau sapa lah girlfriend dia kan.

Maka, aku bukak lah profile dia, klik pada girlfriend …

Hey ho, tahun baru!

Image
Assalamualaikum.

Hari ni hari kedua tahun baru dan hari pertama aku membaca buku dengan khusyuk. Magic tak magic tak? Hehe.. Ni bukan azam tahun baru tapi qadha balik dosa tak score dengan baik masa matrix dulu. Maka kat u sekarang ni haruslah score dengan comelnya. Jadi takda lah mak dengan ayah aku menyeksa aku dengan kutukan berapi mereka. Ok, apa-apa pun, yang penting haruslah flashback kenangan 2011 dulu sebagai kenangan. Macam-macam dah aku lalui and i'm going to be 21 this year.. *sigh


2011 habiskan matrix yang azab jugak la. tapi aku rindu zaman tu..huhu. habiskan sebulan berpuasa di rumah. nikmat tahu? haha.masuk u. thanks UUM sebab baik dengan saya. *so far lah kan.jumpa mak dia even takdak pertemuan dramatik yang penuh sopan santun macam drama tv tuh.jumpa Faiqah lebih dari sekali dalam tahun ni..hehe. *lisa je tak jumpa2 lagijumpa dia lebih dari tiga kali dalam setahun. aku nak jumpa sekali pun susah tahu. macam gaya study oversea dah ni.dapat besday present yang awesome…

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers