Posts

Showing posts from 2012

au revoir 2012

Assalamualaikum..

Akhirnya, sampai jugak di penghujung disember yakni penghujung tahun 2012. Rasa setahun tu taklah lama tapi tak jugak sekejap kan. Macam-macam jadi tapi still aku terus berdiri teguh. Perghh..teguh sangat padahal asal stress je makan sampai tak hingat dunia lepastu nangis sorang-sorang dalam shower..hehe.

Tapi sebenarnya tak kira apa jadi kita kena kuat. Masa happy kena ingat, masa susah pun kena ingat jugak. Ingat apa? Ingat pada Pemberi segala nikmat ini. Alhamdulillah untuk segala nikmat kesenangan dan kegembiraan yang Dia kurniakan dan Alhamdulillah jugak untuk segala ujian yang Dia berikan kerana itu semua menjadikan aku lebih matang dan tabah. :)



Love, Mira

Of first final paper today.

Assalamualaikum.

Hari ni first paper. Memandangkan ianya english then aku taklah stress sangat. A good start actually. Tapi risau jugak sebab ini first time belajar english dengan cara dan gaya berbeza. Kalau aku tak rujuk past year mau nangis tengok kertas soalan..hoho. Tapi kalau tengok past year pun sama jugak sebab sem ni diaorang set format yang berbeza sikit. But at least kita dah alert dengan bentuk soalan walaupun bukan seratus peratus sama.
Oh, nama subjek ni process writing. Stage pertama english ni kita panggil english communication atau nama glamer dia kita panggil e.comm I. Lepastu  kena ambik e.comm II dan stage ketiga process writing. Kalau tak pass satu stage, takleh further seterusnya, kena bagi pass dulu baru boleh proceed. Lepas habis ni ada lagi business and profesionnal communication dgn satu lagi apa nama ntah, aku lupa. Kira semua ada lima stage. Tapi kalau band muet bagus boleh skip beberapa stage..hehe. Tolonglah tau yang muet penting kat U tapi taklah penting…

Syamin's Wedding ^^

Image
Assalamualaikum.
Hari tu kan aku berdilema sangat nak pegi ke tak wedding classmateku itu dan diakhirnya 15 Disember itu aku pegi jugak..teheee. Bestnya la memandangkan ni first time dapat jemputan kawin kawan sendiri. 
Eh, lupa pulak nak cakap pengantin ni classmate time form 2 dan form 3 masa aku zaman mrsm pendang dulu kala. Nama dia Syamin, insya Allah bakal cikgu. Same goes to her husband..diaorang classmate kat maktab tu haa. Salah satu sebab diaorang decide nak kawin sebab selalu jumpa, then mak ayah setuju untuk terus nikahkan. Simple and Sweet kannn!
Pagi tu kami bertolak dengan kancil hijau highlight milik Efa. Serius hijau highlight dari jauh dah tau dah keta sapa..hehe. Dan Nada pun join jugak. Lepas ambik aku kat dpp aku ni kita orang ambik Ayu kat area Asun. Ayu form 4 baru maka aku tak kenal. Tapi 10 minit je lah aku segan dengan dia. Lepastu aku merapu jugak dengan dia. Tapi Ayu ni jenis sopan..jauh benar dengan perangai aku..hehe.
Nak jadi cerita temperature keta nai…

too much

Image
Assalamualaikum.
too much things to do  yet so little time. how lah wei? stress thinking about study, money..T_T annoying people around me ton of notes to be revise. homesicks :( i got full package.. i've every reason to cry for..
eh? apa kejadahnya nak ber-oh my english ni... argh..mari guna bahasa kebangsaan kita. tiba-tiba bajet patriotik. ke-stress-an ini sungguh meng-jengkelkan.  rasa nak marah orang,  kalau boleh terajang muka mahkluk yang annoying itu alangkah bestnya. tapi it's okay, aku berjaya kawal perasaan ini. jangan risau, setakat hari ini dan detik ini belum ada yang terkorban. esok lusa taktau lagi..haha.  ok, itu cubaan buat lawak.  kalau anda tak anggap lawak sila jangan charge aku atas dakwaan ugutan membunuh.
see..aku dah start gelong balik dah cakap merapu merepek meraban.  bukan meraba eh.  ini bukti bagaimana education boleh  mengubah hidup seseorang sebanyak 360 darjah. atau mungkin lebih..@_@
membebel di sini pun tak mampu tambah teori dalam kepala …

Hey, dear......

Image
Assalamualaikum..

Masa bosan-bosan haritu aku jumpa website yang best nak dijengah bila takdak benda berfaedah nak buat. Dan jumpa benda dinamakan Dear.... Website ni banyak la benda-benda menarik nak ditengok. Yang aku paling suka adalah benda Dear... hehe.

Agak tak faham apa benda aku merepek ni, sila scroll down ya.. (^__^)

it must be easy to be colorblind huh?

ini random tapi aku rasa kelakar sebab dear utk diri sendiri..hehe 

memarahi math adalah perkara normal dalam kehidupan student. unless anda bijak math.

 good one :)
 bajet macam couple pulak diorang ni -.-'

 sangatlah setuju. selalu memang cakap 'google it'

 marah benar dia sebab kita lupakan dia..hihi

 sayalah di antara fan yang confius itu. please do tell us..
 titanic balas dendam nampak..haha XD
 fairy tales bad effect..hehe.

untuk keseronokan yang lebih lagi, sila layari.... boredpanda.com
p.s: today 12.12.12. the last repeating date kan. so, semoga hari ni aku sedikit gembira setelah seminggu dilanda masa…

kisah Am dan Mira.

Image
Assalamualaikum.

Hari ni tetiba rasa nak cerita perangai zaman kanak-kanak yang mana bila fikir balik pheww...naif gila ah. Tapi yalah, pengalaman akan mendewasakan manusia kan. Layan je lah. Kalau adik, cousins atau anak sedara kita tanya soalan pelik-pelik nanti, kita layankan je. Budak-budak memang begitu. :)

Dah ada anak sendiri nanti pandai-pandai lah handle ya.. Kids always curious about everything. But they're cute..hehe. Kita yang dewasa ni lah yang kena cool bila guide diorang.




Am dalam cerita ni adalah kakak aku satu-satunya. Dia lah yang selalu layan soalan aku yang bila fikir balik memang menguji kesabaran sebab tak logik. Nanti aku update lagi siri soalan yang aku pernah tanya dia..hehe.

*True story*



p/s: masa ni aku 7 tahun, Am 10 tahun..kira dia dah cerdik dah, tapi aku still naif lagi..haha. by the way, maafkan kehodohan kartun ni, aku memang takdak bakat nak melukis..redha je lah. ^^


Love, Mira

Must watch Movie: Madagascar 3; Europe's most wanted

Image
Assalamualaikum.
ra da da da da circus, da da da da afro..polka dot polka dot circus afro..  (lagu tema circus, even circus pun ada tema..haha)
Dah tengok Madagascar 3: Europe's most wanted? Ok, tahu la dah lama keluar dan baru sekarang aku nak cerita kann tapi dah tengok belum? Aku sebagai peminat tegar cerita animasi ni haruslah tengok. Aku syorkan pada korang yang stress dengan assignment, test dan seumpamanya tu supaya tengok la movie ni.
Laptop aku ada problem di mana aku tengok movie ni tanpa sound tapi still aku gelak macam orang gila. Kalau ada sound ntah cemana la aku gelak agaknya..
watak utama yang semua dah kenal. kalau tak pernah layan madagascar ni memang harapan lah nak kenal kan. -..-
Penguin macam besa ada 4 ekor jugak. Yang aku ingat Skipper dengan Private. Dua lagi apa ntah namanya. Yang penting 4 ekor ni masih nakal tapi genius.


Kali ni diorang bertiga nak larikan diri dari pegawai daripada animal control yang psiko gila. So, diorang terpaksa la join circus seb…

Online Shopping.

Image
Assalamualaikum.
Hari ni aku nak review online shopping. Walaupun rasa kurang macho untuk seorang yang bernama Mira cakap pasal shopping dan benda gegirl ni tapi sebab sahabatku, aku buat jugak lah. Ni sebab Tikah tanya lepastu malas nak cerita kat twitter sebab limited character. So, cerita kat sini. Sonang. Semua boleh baca kan.

Pengalaman beli barang online setakat ni semua berjalan lancar. Tak pernah ada benda-benda pelik jadi. Alhamdulillah la kan. Semua layanan dari owner baik, pos laju pun okay sangat. Semua kedai yang di-review hari ni harganya berpatutan lah. Takdak la sampai nganga mulut luas-luas bila tengok harga. So, malas nak cakap banyak. layankan je lah post ni.

#1: Ashanim Dress Lab
Ini antara yang aku suka usha sebab banyak baju yang menepati selera aku.

Kemeja
Bagi aku kemeja dia lain daripada yang lain la. Design yang aku jarang jumpa. Tapi taktau kot orang lain selalu jumpa aku je yang tak pernah nampak kan. Biasanya aku jumpa kemeja plain dengan polka dot, tapi …

Jelly Bunny..oh lalala.

Image
Assalamualaikum


Post kali ni gegirl sikit. Tetiba hari ni rasa nak cerita pasal shopping. Oh, ingat tak aku pernah cerita pasal jelly bunny shoes yang aku pegi beli bersama Faiqah dan Lisa masa pegi kL itu hari? Tak ingat takpa..Kalau ingat, meh high five sikit! hehe.

Oh, sebenarnya kami jumpa kedai ni pun dengan secara kebetulan. Masa tu nak pegi solat Asar. On the way jalan tu kami terpandang kedai yang sungguh adorable ni. Macam kedai barang baby pun ada. So, TERlangkah kaki masuk kedai. Aku syak itu godaan syaitonnirrojim. Jadi, aku nasihatkan pegi lepas kau dah solat. So, takda lah masalah tergoda-goda ni.

Memandangkan Alny Marlynni tetiba meng-tweet tanya pasal jelly bunny pagi tadi, maka kena lah tunjuk apa yang jelly bunny tawarkan. Perghh..ayat taknak kalah. Okay, kita teruskan dengan tengok gambar ya..

Ini, depan kedai jelly bunny tu.


Sebahagian daripada dekorasi dalam kedai. Yang best kat sini kerusi banyak. So, senang lah nak try kasut. Tak payah berebut kerusi dengan o…

Aina's result..hehe :)

Image
Assalamualaikum.


Yeay, hari ni result UPSR keluar. Haruslah aku joget-joget sebab lepas ni ada benda nak bahan Aina..heheh. Aina satu-satunya adik perempuan aku. The one and only. Walaupun dia super malas. potong bawang pun baru reti, sarsi baru pandai buat sendiri dan banyak benda dia tak reti buat. Tapi still aku selalu rasa dia special. Mungkin sebab tahap hati kering dan kekebalan telinga mendengar bebelan semua orang. Mungkin jugak kerana dia tinggi. Lebih tinggi dari aku..cess! Baru 12 tahun dah lawan akak kau ni. Rasa terhina diriku..sobs..

 Eh, aku nak cerita pasal Aina punya result kan sebenarnya. Yang melalut sampai ketinggian dia pahal..adoi. Haa, so dengan gembiranya dia mesej aku dan berkata, 'kak, teka aina dapat berapa' ceh, begitu yakin beliau. aku janji nak call 10.30am tapi tadi kelas takda gap seperti selalu. So, terlupa. Sebabkan beliau mesej aku dulu, haruslah result dia best kalau tak, harapan la dia nak mesej..tahu dah.
Aina ni kalau mesej dengan dia saki…

Oh, kenduri.

Image
Assalamualaikum.


Masa zaman aku sekolah kat pendang dulu, aku dan kawan-kawan selalu la jugak cerita pasal kawin-kawin ni. Majlis impian, lelaki idaman lah dan sebagainya. Terasa sungguh gedik. Time tu je lah yang aku rasa perempuan sikit pun. Masa lain aku jadi gangster..hehehe.

Kami sangat open dan rapat sebab duduk asrama tau je lah kan. Sampaikan aku sekarang ni still ingat beberapa perkara yang pernah jadi masa zaman sekolah. Antaranya kami selalu pesan sesama sendiri; 'tak kira apa jadi, bila nak kawin jemput tau. jangan sorok-sorok pulak'.

Maka dengan itu, dua minggu lepas dapat invitation kawin seorang classmate. Dia dah nikah masa ramadan ke syawal tahun ni. Aku macam lupa pulak..hehe. Woh, aku tak sangka seawal ini. Rasa macam..orang lain dah matured enough untuk mendirikan rumah tangga, hang duk sengih-sengih tengok spongebob lagi mira?!

Tapi tiga minit je aku sentap. lepastu sambung layan spongebob, tambah phineas & ferb dan kungfu panda lagi..haha. Dari situ d…

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers