Sunday, December 11, 2011

Tips Untuk Ke Sabah Borneo.

Assalamualaikum.

Seperti yang aku bagitau dulu, aku nak kongsi tips ke sabah. Walaupun aku tak layak nak bagi tips pun tapi peduli apa, aku cuma nak kongsi pengalaman aku je..hehe.

#1: Flight.
Ni yang paling penting. Tak booking flight nak naik apa? Berenang? Silakan..takdak sapa nak halang. Mana tau boleh masuk Malaysia's book of record ke..hehe. Eh, back to business. Sebelum nak pegi tu aku rasa adalah lebih baik booking lebih awal sebab kalau booking awal harga lebih murah. Kalau kau memang kaya tahap dewa dan dah taktau macam mana nak habiskan duit, boleh la booking last minute ya. Aku personally suka Mas kalau nak banding dengan Airasia. Bukan apa, akak aku kata naik Mas diorang sedia makan. Airasia takdak, kena beli..dah la mahal gila. Mungkin orang lain rasa tak mahal tapi bagi aku kalau satu bekas nasi lemak harga rm16 aku tak sanggup bayar. Kalau duk kat uum ni boleh makan sampai 16 bungkus. No way! Aku rela tak makan. Tapi untuk perjalanan 2 jam macam aku tak makan pun takpa tapi kalau nak pegi London ke kena la makan kan. So, aku cadangkan gunakan perkhidmatan Mas. Tetiba aku promote ..haha.

#2: Shopping
Apa erti satu percutian tanpa pe-nyopingg-an? ayat ni tiada dalam pengajaran bahasa melayu.harap maklum!  At least kita kena shopping jugak kan walaupun sikit. Aku tak buat list sebelum pegi, maka aku telah terover spend. Aku pun macam pelik, cepat gila duit aku habis.Oleh itu, sila buat list. Yang agak penting, bila nak pegi Sabah sila la pilih hari yang beserta hari Ahad. Sebabnya mudah je, hari ahad ada Sunday Market. Harga kat sini memang berpatutan dan of course boleh tawar. Rasanya kalau boleh cakap slang sabah mesti boleh tawar lagi banyak. Masa kat Sunday Market tu aku jalan sorang-sorang sebab family aku duk hotel lain, jalan pun asing-asing la. Adalah lebih baik jangan jalan sorang-sorang. Sepanjang aku duk beli-belah tu, ada la beberapa penjual yang cakap kat aku suruh hati-hati, jaga beg. Sebenarnya aku keluar dengan maksu, paksu, mak ndak dengan nabila iaitu sepupu aku. Tapi disebabkan diorang lambat, aku decide pegi shopping sorang-sorang. Elok je lepas aku terjumpa paksu aku, kami terus pegi jumpa dengan yang lain. Masa paksu aku patah balik pegi beli topi untuk anak dia, dia cakap ada budak perempuan ni hilang beg. Aku macam..oh, okay..aku bernasib baik. Sila peluk beg ketat-ketat kalau takut hilang. Aku peluk sikit je. Bukan apa, aku cuma masukkan barang yang aku beli je dalam tu. Barang penting macam purse, handphone semua dalam poket. Kalau aku kena ragut, mesti peragut tu menyesal ragut aku..haha.

#3:Makan
Sepanjang aku pegi sana, aku jarang dapat makan sedap. Diorang tak pandai buat sambal belacan, jadi aku rasa terseksa. Aku dah la takleh kalau takdak sambal belacan. Tapi diorang selalunya sediakan kicap dengan cili api. Cili api dia memang api seapi-apinya..puas hati! Even beli kuetiau goreng pun ada cili api+limau+kicap. Mungkin tu makanan asas kot..mungkin. Kalau kat pasar filipine..memang sangat banyak pilihan untuk makan seafood tapi tak berapa kick sangat. Mungkin kedai yang aku pegi tu tak berapa expert kot.

#4: Solat
Sepanjang aku kat sana, memang sangat sikit jumlah masjid yang jumpa kat sepanjang jalan. Gereja banyak gila. Terasa mcam pegi oversea sat..hee. Bak kata akak aku, sebanyak mana masjid kat sepanjang jalan kat semenanjung ni, sebanyak tu lah gereja kat sini. Macam sebaliknya lah situasi kat sini kalau nak banding dengan semenanjung. Aku sempat singgah tiga masjid je. Ada satu masjid ke surau ntah dekat dengan pasar filipine tu memang sedih la tengok. Patut buat baru. Satu lagi, anjing banyak sangat sampai aku dah tak takut..hehe. Akak aku kata lagi, anjing kat sini banyak macam mana banyaknya kambing kat tepi jalan di semenanjung. Masa naik gunung kinabalu by road hari tu, kitaorang berhenti la kat pondok, makan sat..konon piknik la tetiba ada anjing ni jalan sebelah je. Lalu dengan gembiranya kat sebelah kitaorang. Mak aku apa lagi.. gelabah puyuh lari..haha. Sori mak!




Hmm..cukup la kot. Aku rasa macam aku merapu lebih je. Mintak maaf la ya sebab dah buang masa anda baca ni. Aku sekadar share pengalaman sendiri je..hehe. Lepas ni insyaallah pegi sarawak pulak. Ayah aku macam excited gila nak belajar kebudayaan negeri lain. Hari tu kat sabah dia macam excited sangat. Mungkin sebab ni first time dia bercuti dan takdak sapa-sapa kacau dia pasal keja lagi. Oh, ayah aku bersara dah jadi dia sedang enjoy hidup dia. Dia kata nak rehat setahun. Aku jeles..!


Love, Mira.

4 comments:

  1. tips yg menarik... akak plan nak pi Sabah

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak..sabah best! :)

    ReplyDelete
  3. hehe..pasar filipine,ak rasa situ byk seaweed sbab time ak blaja,bnda tu je la yg sll lecturer ak sebut..hehehehe

    ReplyDelete
  4. betul! seaweed banyak. kalau nak cari makanan laut memang senang kot. ajak abg abdul aziz bin hamzah pegi honeymoon sana..hehe..:)))

    ReplyDelete