Opss..aku rasa terjatuh cinta lah!

Assalamualaikum.

Aku kan terasa macam terjatuh cinta lah..hmm. Aku sebenarnya bukan la jenis yang senang jatuh cinta sebab dah pernah rasa kecundang di tengah jalan.Tapikan masa naik Lrt petang tadi on the way balik dari kelas ada mamat hensem iras-iras Zul Huzaimy tegur aku. Awww..comel lah awak! Hehe. Tapi aku macam malas ah nak layan. Then, dia kata kami pernah jumpa before ni. Lepastu aku terus teringat, last time naik Lrt ada la benda memalukan yang jadi antara kami berdua.Terus aku malu sendiri..blushing muka aku ni. Malu la malu..hehe.

Okay, silalah percaya dengan ayat propa di atas..haha. Sejak bila pulak sintok ada Lrt bagai..tetiba maju sangat apahal? haha.. Aku sebenarnya nak cakap yang aku petang tadi dah ter-meng-download cerita kau laksana bulan. Drama ni pernah ada kat tv2 dulu tapi aku tak sempat tengok. Jadi ni kira aku qada' balik la.  Rasanya ramai yang dah tau yang drama ni adaptasi dari novel tajuk yang sama tulisan Aina Emir. Hmm..rasa macam kat awang-awangan sat bila tengok cerita ni. Kesan tengok cerita ni, aku dah tersengih macam kerang busuk dari petang tadi..adeh. Anyway, aku rasa Ayu Raudhah dengan Zul Huzaimy memang sesuai la bawak watak Adriana dan Firas.

Oh, berminat nak tengok drama best ni? Boleh klik SINI untuk download. Siap ada sinopsis sekali. Kalau nak cari novel susah sikit la sebab jarang dah jumpa kat kedai, kalau tempah senang la kot.


cayaq bak hang..~


poster 'kau laksana bulan'.
*sumber gambar: google tentunya!

p/s: kalau jumpa lelaki macam Firas, aku rasa macam paling bertuah lah. aku nak lelaki yang boleh buat aku senyum dalam marah..haha. tak romantik takpa, yang penting dia sayang aku. aku suka Zul Huzaimy!! (^_^)

Love, Mira.

Comments

  1. aina amir ke yg buat??ak x bape sure la...citer tu cam na ye,llki gemuk tu ke???

    ReplyDelete
  2. err, aaa, otak blurr tetiba. lupa kat mira study sintok, mai mana pulak lrt. adeyhh. pecaya bahagian lrt tuh -.-'

    ReplyDelete
  3. Jatuh cinta? Lrt? mmg mimpi jer lar..

    ReplyDelete
  4. dayah: haha..hg mengarut apa? mana ada laki gemuk. hg tgh berangan pasai cerita AD+IZ ka? ni memang aina emir lah. bukak la link yg aku bagi tu. sia-sia bagi link..adeh.

    ReplyDelete
  5. nurul: wahahaha..ada jugak yang percaya. patut takyah bongkar rahsia tu..hehe.Lrt oh Lrt!

    ReplyDelete
  6. hampir-hampir nak percaya yang perenggan fes tu. pergh, masa tengah baca tu..rasa macam..waw, macam dalam cerita je.

    sekaliiii. heh! hahahaha..

    ReplyDelete
  7. ira: hhehee..kira berjaya jugak la kan taktik ni..hehehe..

    ReplyDelete
  8. betul la...dh lama ak tggal novel tuh...lupa la...t ak cari n baca blk..huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers