Tuesday, December 27, 2011

Oh, kahwin muda!

Assalamualaikum.


Hari ni aku nak kongsi pasal kahwin muda. Rasa macam sekarang ni memang trend orang kawin awal kan. Kawin muda ni jadi pada golongan remaja yang still study (yang dah keja pun kira jugak) pastu decide nak kawin. Itu ikut pemahaman aku lah, orang lain aku tak tau. Entri kali ni sebenarnya diinspirasikan oleh Sharfa sebab dia telah meng- update status terbaru.. Dia nak kawin tapi aku rasa parents dia tak bagi. Tengok status dia kat bawah ni;

pinjam nah..:))

Demi nak tolong sharfa, maka aku telah google dan jumpa cara nak yakinkan mak bapak kalau nak kawin awal. Sharfa, hang try la start praktis semua tips tu dengan hati yang ikhlas dari sekarang. Insyaallah, parents hang nampak usaha hang untuk ke arah yang lebih baik yakni mampu jadi isteri yang super duper baik. Bila parents hang yakin, aku rasa takdak halangan keluarga lagi dah pasni. Oh, duit kena saving ah kalau tak macam mana nak buat kenduri. Kenduri kecik cukup la kot untuk keluarga, kawan rapat dan jiran. Kalau teringin nak buat garden wedding ke yang seumpamanya tangguh dulu impian tu, bila dah keja nanti baru realisasikan impian tu. Yang penting kena ada RESTU Allah, ibu bapa dan keluarga dua belah pihak sebab mereka yang akan sentiasa sokong kita masa susah dan senang. Kawan tak sepenting keluarga sebab kalau ada masalah duit kadang-kadang kawan takleh tolong pun. Yang akan kekal keluarga lah dan Tuhan juga.


Aku rasa kawin ni bukan mudah..ambik masa jugak la nak prepare. Sebelum aku baca status ni tadi, aku terbaca satu blog ni. Nama dia Mira, ini blog dia: diari rindu muhsin & mira. Boleh klik untuk baca kisah dia. Dia bagitau semua yang dia lalui sebelum dan selepas kawin. Kalau tak salah dia kawin lepas habis matrik..dalam erti kata lain diaorang baru je berusia 19 tahun. Muda lagi oh. Satu lagi blog yang bercerita tentang tema sama ialah blog kak Amalina. Aku teka dia mungkin tua setahun dua dari aku, so aku panggil akak je lah kan. Dia kawin masa masih study lagi. Sekarang ni dia dah ada baby girl yang comel.. Blog ni pun sama juga. Tapi aku taktau nak panggil pemilik blog ni apa. Klik je lah untuk baca kisah kawin muda nih. Banyak jugak orang kawin awal ni kan. Hmm..kagum sejenak.

Selain daripada tiga blog ni, Ben Ashaari pun ada pendapat dia sendiri, Klik sini lah. Blog hafizmohd.com pulak bagitau ini. Aku rasa pasangan yang baru nak kawin patut buat list pro's and con's la sebelum buat keputusan apa-apa macam yang blog ni buat. Aku rasa banyak lagi cerita pasal kawin awal ni, boleh google kalau nak tau lebih banyak lagi. Aku cuma letak sebahagian je nih. Tak kira apa pun, memang kena fikir
sepanjang-panjangnya sebelum decide nak kawin.



p/s: Bak kata ayah aku, kalau takda 10k dalam simpanan takyah nak fikir pasal kawin lagi. Okay, sentap sebab nak simpan 1k pun dah senak perut..huhu. Tapi who knows kot tetiba next year dia suruh aku kawin ke.hehe. Sharfa, aku compile semua blog yang cerita pasal kawin muda untuk hang. Take note. Ni je yang aku mampu bantu. Baca sampai pengsan tau..(^_^)


Love, Mira.

6 comments:

  1. setiap parents mesti payah nak lepaskan anak die :) terutamanya ayah terhadap anak perempuan :) macam ayah i, die kate, kalo takde keja nak bagi makan anak bini ape? pasir ? huaaaa :'( lame lagi la nampaknye nak kawen :')

    ReplyDelete
  2. kak mira taknak kawen muda? hehe.

    bytheway kak, komen cam biasa jaa. hihi

    ReplyDelete
  3. munirah: ok jugak tu, mak saya cakap makan batu terus..huhu. tapikan mana nak tau kot your parents terbukak pintu hati bagi kawin awal ke kan. kena doa la banyak2 once awak dah ready nanti. :))

    ReplyDelete
  4. nurul: of cos la NAK!! hehe..tapi kena habis degree dulu, takut takleh handle nanti. anyway, kalau kawin masa final year pun ok jugak kan. azam tahun baru nak saving duit for future lah..he3. :))

    nurul tak nak ke? hehe.

    ReplyDelete
  5. marriage is not as simple as it sounds. :) -faiqah

    ReplyDelete
  6. haah faiqah, kalau tak memang dah lama hang kawin kan? hehe..:))

    ReplyDelete