Sunday, October 23, 2011

Najwa Shafiqa VS Najwa Latif

Assalamualaikum.

Aku saja bagi tajuk gitu sebab dengki dengan Najwa Shafiqa! Nak bagi nampak macam Wa tak suka Najwa Latif..haha. Aku jeles dengan dia sebab dapat jumpa Najwa Latif! Tadi dia tetiba call aku di tengah malam. Ya, memang tengah malam, pukul 12 tau. Lepastu siap gelak-gelak lagi. Aku ingatkan dia nak cakap yang dia setuju aku jadi kakak ipar dia..hewhew. Rupanya dia nak bagitau dia tengok Najwa Latif perform. Ciss, aku rasa tercabar sebab aku minat jugak si Najwa Latif tu. Dia kutuk aku sebab tengok Hujan je, apa kelas katanya. Wahh, aku dengki nih. Tahun depan aku nak paksa UUM jemput si Najwa Latif, pastu aku nak ambik gambar sekali dan terus tag si Najwa Shafiqa tu kat facebook..hahahahaha.*gelak evil kena panjang sikit.



ini dia Najwa Latif. Cinta Muka Buku.


Oh, lupa nak bagitau, Najwa Latif satu-satunya artis remaja yang aku minat. Kalau yang lain tu gitu-gitu je lah. Kalau artis youtube yang jenispakaitudungmaingitar dia dengan Yuna je aku layan. Eh, Yuna main gitar eh? Hehe. Yang lain-lain malas nak layan. Terutamanya si budak X yang bajet suara macam sedap tapi so so je.  Dah tu berlagak gila. Orang jumpa kau kat fanpage dengan facebook memang la kau layan baik, yang jumpa hari-hari ni ada? Oh, maybe kau dah berubah..bagus la kalau ya. Tapi maaflah aku masih tak dapat terima lagu kau.

ini dia Najwa Shafiqa. ambik gambar bajet cover album..heh.
Rasanya kalau Wa ni penyanyi mungkin dia akan buat lagu yang bertajuk Aku Benci Muka Buku. Bukan sebab nak lawan Najwa Latif ke apa. Tapi sebab dia selalu mengamuk kat facebook..especially pasal ex dia yang macam haram tu..haha. Wa, kau boleh maki aku sekarang..haha.



p/s: pening tak baca nama Najwa banyak-banyak? haha. Aku yang tulis ni dah pening dah. Oh, nak tau satu benda? Mak aku dulu niat nak bagi aku nama Najwa tapi cancel sebab nak bubuh semua nama anak perempuan start dengan huruf A. Kalau tak lagi pening..hehe.


Love, Mira.

Thursday, October 13, 2011

gadis seperti aku.

Assalamualaikum.
Bila tengok tajuk post ni, macam tajuk lagu kan? Tapi aku bukan la nak cerita pasal lagu Alif Satar yang dinyanyikan balik oleh Shila Amzah tu. Aku pinjam tajuk sebab macam best je..hehe. Okay, berbalik pada perkara asal, aku sebenarnya cuma nak luahkan apa yang aku alami kat sekeliling aku. Persepsi orang pada gadis seperti aku yang panas baran ni!

Aku mengaku aku panas baran. Sekarang pun aku cuba kurangkan sikit-sikit. Masalahnya orang asyik anggap aku ni baran je memanjang. Agaknya diorang fikir aku dalam tido pun mimpi marah orang agaknya. Tolong la tau, aku pun manusia biasa jugak, ada masa aku hepi..ada masa aku sedih. Takkan la seluruh hidup aku ni nak dedikasikan pada aktiviti panas baran tu. Tak logik lanngsung..haih.

Bila aku baran..marah sikit orang tu orang ni. Mula la cakap, aku ni takleh kena tegur la. Ego tinggi sangat, perasan bagus la. Berlagak, sombong..over..apa lagi? Semua aku kena. Aku pun tak faham la. Aku marah kat orang lain, orang lain yang nak emo kenapa? Rasanya mungkin orang yang emo tu terasa la agaknya. Tapi aku peduli apa. Takdak kaitan dengan hidup aku pun.

Bila aku mai feeling sweet je, mesti orang nak perli-perli aku. Kadang-kadang aku nak jugak cakap yang aku happy gila..nak cakap aku excited. Nak kongsi cerita. Tapi payah la, semua benda tak kena.  Aku tak berhak untuk jadi sweet walau untuk seminit kah? Jawab la wei.. Pelik sangat ke kalau orang yang dulu panas baran jadi sweet.

si panas baran yang tension sebab takleh jadi sweet.

p/s: susah betul nak jadi normal pada pandangan orang..-.-"


Love, Mira.

Wednesday, October 12, 2011

more than love.


Is the word "love" important? 

I don't know but for me, you are more important. 

Do you know why?

Because how can I say "I love you" if you're not here


Love, Mira.

Tuesday, October 4, 2011

kerana aku tak mampu.

Assalamualaikum.
Aku semalam bukak facebook, usha life orang lain. Biasa la, bila rasa blur tak mampu berfikir, haruslah cuci-cuci mata kan..hehe. Kadang-kadang best jugak jadi stalker ni. Tapi aku stalker yang berhemah la. Dalam pada best stalk orang tu, tetiba aku terjumpa profile seorang kawan masa kat matrik dulu. Disebabkan dia punya profile picture gambar berdua, maka aku pun tertarik la nak usha kan. Selama ni sepanjang dua tahun kenal dia memang tak pernah tengok dia ada boyfriend.

Lalu, aku dengan gembiranya usha la gambar-gambar yang ada..sekali...dia dah kawin? Aku macam..err..
blur barang seminit dua. Lepas tu sedar diri balik. Memang dia dah kawin lah. Takkan la berlakon kawin kot, dah sah-sah tu gambar kawin. Bukan photoshoot untuk butik pengantin ok..hehe. Aku pun terus wish dan sembang sikit-sikit dengan dia. Tengok wedding diorang tu simple je but nice! Sebenarnya ni lah first time aku cakap selamat pengantin baru kat kawan aku sendiri. Rasa berdebar-debar tau!*baru wish je kot, dah rasa nervous belum aku yg kawin lagi..haha.

Jadi semalam banyak la aku sembang dengan kawan-kawan aku, topiknya kawin la. Of course ahli yang join forum tu tak lain tak bukan si Amee, Alny dengan Sharfa. Tapi kami sembang asing-asing la. Amee dengan impian dia yang nak cari husband terus, dah taknak boyfriend segala bagai. Alny pulak masih mengubat duka katanya. Masih menanti mr.right. Sharfa baru baik dengan boyfriend dia. Kira macam dunia kembali bersinar la. Dia tunggu that guy keja dulu then baru fikir nak tunang ke apa. Sharfa sejak aku kenal dari form 4 lagi memang ada impian nak kawin awal.

Aku? Maaflah, aku tak mampu! Bukan taknak tapi tak boleh!! Aku tak rasa aku mampu. Aku dah la malas..kalau kawin kena jaga husband kan..adeh. Sungguh, aku tak mampu. Tanggungjawab tu berat sangat. Mana nak fikir study lagi, husband lagi, rumah tangga lagi. Setakat sekarang yang nak urus hidup sendiri je aku dah tak larat. Apa lagi nak tambah tanggungjawab. Takmau la.. Perkahwinan sepatutnya jadi pengalaman yang manis dalam hidup. Aku takmau rosakkan kemanisan tu dengan perangai aku yang tak matured. Aku dah la suka buat perangai..hehe.

Jadi, kesimpulannya aku tak bersedia nak kawin awal. Ni sebenarnya nak bagi jawapan untuk birthday girl hari ni, si Nurul yang celebrate birthday dia yang ke-19. Dia duk tanya-tanya sangat kat facebook tadi kan. Nah, jawapan panjang sikit..haha. Nurul, sila la jangan bagitau encik zaza pasal blog ni. Nanti dia keja nak gelakkan akak je. Takmau takmau..haha.

ini nurul. gambar curik facebook..hehe. sori nah.
Lupa nak bagitau, Nurul ni junior masa aku sekolah dulu. Dia memang mulut pot pet pot pet jugak. Ramah mesra di mana jua..hehe. Tapi maaf, hatinya dah dimiliki encik keding. Tak payah la simpan niat nak ngorat dia..it's too late bebeh! Last but not least, happy birthday Nurul Hasniza!!! May Allah bless you..Sekian.




Love, Mira.