hujan oh hujan!

 Assalamualaikum.
Hari ni aku bukan nak cakap pasal cuaca hujan yang melanda sintok ni. Senang cakap negeri-negeri kat utara ni memang asyik hujan la. Tapi tu bukan main point hari ni. Hari ni nak cerita pasal band Hujan. Tak kenal hujan? Where have you been? Ceh, bajet macam Hujan glamer gila la kan..hehe. Tapi menurut perkiraan aku glamer la jugak.

ini band Hujan

Okay, tak kisah la glamer ke tak Hujan ni yang pasti aku berpeluang dengar diaorang nyanyi live semalam. Ya, aku excited tapi takdak la sampai terkinja-kinja ibarat tiada hari esok! Aku cuma nyanyi sama-sama tapi suara slow je lah. Takut salah lirik..malu lah kan..haha. Tapi maaflah tak ada gambar Noh ke Hujan ke yang dapat dikongsi. Aku ada kamera fon je kot, gambar of course tak lawa, jadi aku tak ambik langsung. Orang yang pakai dslr dapat la snap picture Hujan banyak-banyak. Okay, jeles jap..haha.

Kesimpulannya, hujan best! Cuma bila beliau nyanyi lagu rock sangat, kepala aku pening..haha. Apa-apa pun, pujian pada Noh, tabik sikit kat dia sebab berjaya kawal audience yang menggila tuh dan mintak diorang duduk. Kalau tak dah tentu aku tak dapat tengok muka diorang just dapat dengar suara je. Dan aku suka la lagu slow tu..err..tapi sori la lupa pulak tajuknya..ehee. Lagu faveret aku diorang tak nyanyi..kenapa? Mungkin lagu tu tak hits sangat kot. Aku suka lagu 'aku mahu kau tahu'. Fine, tak pernah dengar kan?! Pergi cari sendiri kat youtube. Emo jap..ahaha.

Lepas Hujan settle je nyanyi, ada bunga api. Aku seperti biasa haruslah excited. Okay, aku nak buat pengakuan, aku suka gila tengok bunga api! Rasa nak baring tengah padang sambil sengih panjang..hehe. Oh, merasa gak ambik gambar pakai dslr..tapi tak sure either kak nas or kak syida punya. Mungkin kak syida kot sebab dia yang upload kat facebook. Terima kasih! Oh, tudung aku bulat gila semalam..dah la kaler biru, nampak macam doraemon..huh!

aku, kak nas, yana





aku, kak syida, yana


tetiba ada extra. buat peace lagi. sapa kau?

p/s: Hujan datang makan & lepak kat dpp TM iaitu dpp aku..maka dengan itu ramailah classmates serta coursemates yang jeles..ahaha. Hujan je kot, yang excited bagai apasal? Tu belum Siti yang datang sini..hehe. Sekian.

Love, Mira.

Comments

  1. haha.seronoknya kau kat sanaa wehh! haha

    ReplyDelete
  2. ahahaha hari tu siti dtg sini! n agung pun ada skali! wah wahh! sila lah jeles! :))

    ReplyDelete
  3. nasib baik saya x minat siti..ahaha. tapi diorang kat sini mmg happening gila. besa la, duk hujung dunia kan..hehe. saya nak g cerita kat diorg ah, bg diorg jeles ngn awk..hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers