Sunday, August 14, 2011

Sapa Cakap? Pepandai Kau Je.

Oh, semalam aku dapat idea nak tulis entri ni tapi sebab kemalasan melampau aku tulis la hari ni. Aku sebagai insan yang suka membaca rajin la jalan-jalan usha blog. Aku jenis yang suka baca blog orang yang sempoi dan tak terlalu skema. Kalau baca yang jenis kelakar+sarkastik adalah satu bonus. Aku suka baca pandangan yang straight to the point tanpa ada ayat cover. Biar la pedas sikit tapi maksud blogger tu sampai.

Melihatkan pada tajuk entri ni nampak emo gila kan. Ya, aku memang emo kebelakangan ni. Kawan aku pun ada yang tegur tapi aku nak emo jugak. Suka hati lah kan. Sapa makan cili dia terasa kepedasan kan?! Haha..Okay, ceritanya macam ni. Aku meng-usha blog kawan-kawan aku dengan riang ria. Ntah macam mana aku terasa nak buka satu blog ni. Aku pun klik je lah. Dah bosan kan..seronok jugak stalk orang sesekali. Aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku. *rasanya. Tapi aku kawan la dengan someone dalam hidup dia ni.

Jadi aku pun baca la entri dia yang agak boleh tahan la. Not bad. Banyak la jugak ilmu dapat. Aku pun dapat la belajar something dari blog dia. Kebanyakan pasal agama la. Pasal love life..family..study pun ada. Ya, aku harus akui bagus dia masukkan unsur agama dalam blog dia. Ilmu tu dapat disebarkan. Pahala tuh.
Tapi...
Tapi....
Aku macam bengang. Eh, bukan..SANGAT bengang sebab dia buat statement maut lebih kurang macam ni.


Aku pun couple. Takut jugak kan, banyak benda tak baik. Pegang tangan haram, nak call pun kira takleh kan. Tipulah kalau korang yang couple ni cakap tak pernah buat apa-apa. At least pegang tangan kan.

Demi membaca ayat ni aku serta merta rasa panas. Sapa cakap kat kau yang orang couple ni wajib pegang tangan? Kau pegi siasat semua couple kat malaysia ni ke? Pepandai je cakap camtu. Aku tak pernah pun pegang tangan boyfriend aku even tak pernah fikir nak pegang pun. And ada je kawan-kawan aku yang tak pernah dating pun tapi bahagia je aku tengok.

Aku tak kesah pun kalau ada couple yang pegang tangan ke apa..masa sekolah dulu pun bestfriend aku ada tanya soalan ni. Dia tanya patut ke dia bagi boyfriend dia pegang tangan dia. Aku jawab, 'Kau dah besar tau dosa pahala, fikir sendiri..' Nak pegang ke tak tu hak masing-masing. Semua orang dah cukup dewasa untuk decide bab ni kan.

Aku rasa kau pepandai je buat kesimpulan, "orang-couple-konfem-pegang-tangan". Sila la fikir dulu sebelum tulis boleh tak?? Aku kecik hati tau tak. Aku tak pernah buat camtu. Aku pun bukan baik sangat, pandai cakap pasal agama macam kau tapi aku masih tau jaga batas pergaulan aku okay. Jangan labelkan orang sesuka hati boleh.


google
Aku pernah pegang tangan atas kertas je. Dia hanya pernah lukiskan gambar kami macam kat atas ni. Itu je yang mampu. Nak real memang tak ah. Kalau nak rasa penampar aku boleh try. Kalau sesapa terasa, maafkan aku. Ni hanya luahan hati aku semata-mata. Sekian.
Assalamualaikum dan babai.

Love, Mira.


5 comments:

  1. nmpak sgt fikiran dia tak terbuka lg..ak yg kapel dekat 2 thn pn baru je jumpa dua tiga kali..bhagia jugak(rasanya)..nafsu dia mlonjak nk pgang tgn bf dia kot..hahaha

    ReplyDelete
  2. hg tu bahagia la, tak pyh duk sngsi lg. ntah, aku mympah toi..

    ReplyDelete
  3. hehehe..hg ngan z*** pn xde pgg tgn..terpelihara lg..ni mmg ikut diri sndiri..klu dh nk buat tu mmg buat gak..

    ReplyDelete
  4. tak!! aku kan gelli benda romantik bagai nih..haha. aku x kesah sgt tp jgn over dah ah.

    ReplyDelete
  5. tau...dah masak sgt dgn perangai hg yg bgai kejutan letrik bila kena sentuh..hehehe

    ReplyDelete