Friday, August 5, 2011

Mari Berkenalan..

Entri kali ni adalah yang pertama dalam bulan puasa. Sepanjang puasa ni aku memang amat malas nak buat apa-apa. Selalunya main game, tengok spongebob, gelak-gelak tengok family outing. Maka, mereka hari-hari bebel tapi aku buat muka innocent saja..haha. Semua gara-gara baju raya aku yang tak siap-siap lagi. Mereka takut aku tak berbaju raya. Ni semua gara-gara nak buat tema baju raya sama. Kan dah kena beli kain lagi..kan aku kena buat baju raya lagi..aiseh. Jadi sekarang aku sedang bertekun nak menjahit. Doakan baju aku jadi ya. Kalau tak raya tahun ni aku tak pegi mana-mana..tido diam-diam kat rumah sudah.

Oh, sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal bestfriend aku sejak dari mula masuk matrik. Walaupun kami baru je berkawan(dua tahun kira baru ke?) tapi kami sangat rapat. Semuanya bermula bila kami dapat satu bilik..T4.24. Lisa dengan faiqah kenal lebih awal..mereka pst. Aku dan Najwa pdt..jadi kami masuk lambat sebulan rasanya. Aku rasa yang merapatkan kami semua adalah perangai aneh yang dimiliki sejak azali lagi.

#1: Nur Lisa Zaharin
Paling aneh dan kadangkala selalunya sengal gara-gara selalu blurr dan ketinggalan. Mungkin kerana pengaruh si blur Seha tu..adeh.

meet the Dramaqueen

#2: Faiqah Mohamad
Selalu mereka cerita tak logik seperti..bagaimana mahu kawin dengan anak sultan mahupun raja. Selalu anggap diri sendiri tak aneh padahal...

ketua kelab carut


#3: Najwa Shafiqa Shahzalan
Tiada perkataan selain aneh, aneh dan aneh! Paling takleh lupa masa dia mengamuk sampai kerusi jatuh..perghh! Sering bengang kerana orang selalu tak respon bila dia senyum kepada mereka.

weird.selalu overeacted..aish.
                                                                    
 Last but not least....tadaaa..



rasanya ni gambar first kami ambik bersama.

Walaupun mereka aneh tapi tak mengapa..aku ok je sebab aku pun kadangkala aneh jugak. Weh, makan nasik lemak dua bungkus kira aneh ke? Bebel lepas bangun tido aneh ke? Mintak air sunkist tengah malam aneh ke?Okay, sebelum aku mengarut lebih banyak baik aku stop.

p/s:I love you guys just the way you are..

Love, Mira.

4 comments:

  1. aik...aku manaa ada suka carut.hahahhaha...
    syg ko jugak

    ReplyDelete
  2. welcome lisa, aku tau kau pasti berbangga dgn title tu..hehe. faiqah, jgn nak menafikan..bajet bru kenal 2 hari..haha.

    ReplyDelete
  3. hahaha.so sweet! aku syg korang jgk weirdos! ;D

    ReplyDelete