Sunday, March 27, 2011

aku dan kawan-kawanku...

Aku ada banyak kawan sebab aku memang suka berkawan. Masa mula2 masuk tadika dulu aku tak pernah takut tak ada sebabnya mak aku cikgu tadika situ, kalau takda orang nak kawan ngan aku, mak kan ada..hehe. Tapi banyak ja kawan yang aku dapat. Aku ngan kawan2 tadika kawan masa tadika sampai darjah 1 ja. Lepas tu, aku pindah dan lost contant ngan diorang. Kalau diorang lalu depan aku sekarang ni pun memang sumpah aku tak kenal. Aku mungkin ingat nama tapi kalau rupa tu..tak kot. Aku susah nak ingat muka orang.

Akhir tahun ni, keluarga aku pindah perlis balik jadi kemungkinan untuk jumpa semula kawan tadika tu memang tinggi lah. Mesti mak bising kalau dia tau aku tak ingat kawan2 aku ni. Mak aku memang boleh kata konfem ingat diorang lah. Lagipun mak aku jenis mesra alam, memang segala salasilah family kawan2 aku tu pun dia tau. Tapi tak heran pun, dah tu kampung dia memang lah dia kenal mak bapak kawan2 aku tu.

Masa pindah kat kelantan aku baru darjah 2, innocent lagi time tu. First time kot pakai tudung pegi sekolah. Konon2 nak buat anjakan paradigma lah, masa darjah 1 aku free hair..besa lah, mak aku tak bagi pakai masa tu, takut aku ambik tudung tu buat lap tangan lepas makan..haha. Ok, masa tu memang takut takda kawan. Paling aku takut, aku tak faham sepatah apa yang diorang cakap. Aku cakap utara diorang cakap kelantan memang macam itik ngan ayam. Demi untuk elakkan malu sebab tak pandai cakap kelantan aku diam ja. Sampai ada sorang budak ni tanya aku nama apa. Aku excited gila, ada orang nak cakap nak aku. Dan kami pun berkenalan..lepas 2 bulan, dengan tunjuk ajar diorang aku dah boleh cakap kelantan dah. Dah terer dah masa tu tapi kat rumah masih cakap utara lagi, yang tu takleh buang punya.

Aku paling lama bertahan kat sekolah tu lah, SK Lemal. Aku sekolah kampung ja tapi kampung2 pun student dia memang bijak tahap dewa weh. Ramai bakal2 doktor, cikgu, engineer..yang study kat oversea pun ramai. Rasa bangga sebab penah belajar sama2 satu ketika dulu. Cuma aku ja yang masih mencari jalan hidup aku, dah tersalah langkah masa spm dulu, kena qadha balik lah..hehe. Lepas upsr, kami berpisah sekolah tapi masih contact lagi.

Lepas tu, tak tau kenapa aku pilih masuk mrsm. Memang aku tak layak pun dapat tapi dah rezeki,  kebetulan jiran sebelah pun dapat jugak. Jadi kami pegi ja lah. Kat Pasir Tumboh tu, aku tak risau pun kalau takda kawan. Aku mula2 kawan ngan roommate ja lah..kami bertiga kalau nak pegi mana2. Masa kat situ memang banyak kawan dari negeri lain tapi macam besa aku tak lama kat situ, 1 tahun ja.

Ayah kena pindah sg.petani. Ok, aku memang berat hati nak tinggal kawan2 kat situ. Aku try cakap nak study situ sampai pmr tapi ayah aku tak bagi, dia kata susah kalau emergency nanti. Aku pun pindah lagi. Yang ni emamng nangis kaw2 sebab sedih gila nak tinggal member kat situ. Tapi lepas tu aku redha ja.
Disebabkan aku kat mrsm jadi nak pindah pun kena cari mrsm lah jugak kan. Maka, cikgu aku kat sana dulu suggest Pendang, aku ikut ja. Waktu tu hati sedih, dah tak kisah dapat kat mana pun, aku pegi ja lah.

Masa first day kat pendang aku cam aneh gila. Aku taktau nak cakap bahasa apa. Dulu kat sekolah cakap kelantan, kat rumah cakap utara. Sekarang pulak full time cakap utara, aku memang takleh adapt. Bila dah lama2 tu aku pun dah ok baru lah kawan2 kat pendang cakap aku cakap utara tapi kuat gila slang kelantan. Jadi diorang sebenarnya tak berapa faham apa aku cakap. Tengok, aku sendiri konfius dengan diri sendiri. Lepas pmr, aku kena tendang..besa lah tak pandai. Kan dah cakap tak layak, memang lah tak lama dalam sistem tu.

Pindah sekolah lagi. Kali ni lah aku paling takda perasaan. Masa hari daftar tu ayah aku ada keja dia suruh aku settle hal pendaftaran segala bagai tu. Disebabkan aku ni jenis muka-kering-takda-perasaan aku pun tak kisah. Cikgu hep pun cerita bla..bla..bla.. Aku angguk ja pastu dia suruh aku jumpa sorang cikgu pempuan ni. Ynag lebih menarik cikgu tu tengah ada kat dewan. Budak form 4 ada orientasi waktu tu. Dewan tu pulak jenis terbuka. Aku kan taktau struktur bangunan sekolah tu, sekali aku sampai kot depan. Memang free ja aku tayang muka kat situ..ambik kau satu form tengok ja. Malu tapi wat muka kering. Hari tu aku pun dapat ramai kawan jugak. Sampai hari ni masih contact tapi kat fb ja lah.

Huh, panjang kan cita aku. Aku cita setakat sekolah ja lah. Sebabnya penat nak sambung lagi. Aku memang banyak kawan cuma aku agak jeles ngan orang yang ada kawan-yang-sama-dari-sekolah-sampai-masuk-u. Mest rapat gila kan, aku jeles yang tu ja. Aku tak penah rasa ada kawan macam tu. Tapi aku still bersyukur sebab kebanyakan kawan2 aku masih ingat aku walaupun dah lama tak jumpa. Pada yang tak ingat tu tak pa, aku tau diorang sibuk study..positif kan aku..haha.

p/s: Jangan pernah salahkan perpisahan kerana disebalik setiap perpisahan pasti ada hikmah. I've found one..=)



Love, Mira.

No comments:

Post a Comment