Jumaat yang dinanti

Jumaat adalah hari yg sangat2 penting dalam hidup aku ni. sebabnya hari jumaat ja lah aku rasa mampu bernafas dengan tenangnya. Aku ada masa nak makan tengah hari sambil tengok movie dengan room8 aku, tak perlu susah2 makan laju2, boleh sembang ngan kawan lama2, boleh gosip sesama..hehe.

Orang yang pernah masuk matrik tentu dah familiar ngan kesibukan dan kemeluatan bila duk kat matrik ni. aku dah cukup meluat dah ngan hidup matrik ni. Ada orang kata hidup matrik ni singkat tapi sweet tapi aku kata tak. Sebabnya jadual pack gila. kalau ada gap dalam jadual kira boleh sujud syukur dah. lecturer pulak berdedikasi yg amat, asal gap ja nak buat extra kelas. Bagi orang macam aku yg kapasiti otak tak cukup besar..otak tak sempat nak absorb memang rasa nak gila, otak jem pastu mula nak mengamuk kat kawan sebelah yg sebelah mata ja boleh jawab soalan yg lecturer tanya. Saat tu rasa sungguh lembap dan stress.

Oleh sebab itu, aku sangat berbahagia dengan kedatangan hari jumaat..jumaat kelas half day ja. Petang dah boleh tersenyum gembira.hee. Tapi esok kegembiraan jumaat tu separuh ja sebab sabtu ada kelas ganti, 8 to 4 lah.. tak dapat lah nak enjoy hujung minggu puas2. Tapi takpa..aku redha dah. lagipun tak lama dah pun nak tinggalkan matrik ni..


Love, Mira.

Comments

Popular posts from this blog

edisi mudah: puding karamel kukus

Cara buat pengukus manual bagi yang tiada periuk pengukus.

Barang kena ada bila pegi hiking/camping!

Total Pageviews

Daisypath Anniversary tickers